Friday, May 29, 2009

BOSAN GILA!



Bosan.bosan.bosan.bosan!!!
dah tahap max dah ni!
Bawak saya keluar dr thp kebosanan yang melampau ni.
Saya mungkin mengalami tekanan dalaman yang sgt kronik kerana kebosanan yang gila!
Setiap hari saya buat benda sama!
Mahu pergi dari kebosanan ni!!!Take me away!

Thursday, May 28, 2009

Sepetang di Tasik!

Pose masing2.On NAdia's birthday!


Petang yang sihat!Mencuba segala macam exercise lepas joging satu tasik sama2~
Syikin,ala2 gaya promoter dalam iklan 'Smartshop".HAha.Mengajarkan kami erti sengalism terhadap lelaki~
NAdia-4KL-Joy and laughter,dia tak perasan pon masa saya ambil gambar ni~
Popo,saya,Cik Ji dan Dada~

MAlaysia pon ada je tempat lawa2 ok?Tak perlu sibuk cari tempat lawa2 kat oversea~

Deep down inside,we ARE still little kids~


Haha,masih ingat waktu saya meminta izin abang2 kuda utk ambil gambar.
"Bang,boleh tak nak ambil...."
"Boleh2,"
Haaa..tak sempat abiskan ayat lagi tu.Btw,muka saya ketakutan,haha,takut binatang kan,semua pon nak takut~

Words can't describe how happy i was back then!Maybe because of my dear friends.I never realise how happy I can be when I go to the tasik.Probably because i'm with my friends kot.Tu yang bertambah2 bahagia!
Diorang lah yang buat saya tersenyum di kala hati berduka lara~

Kenyang perut suka hati!

Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati!

Inilah perasaan saya sekarang.Baru selesai masak Mee Rebus Udang,saya ambil resepi di internet petang tadi dan berjaya!Haha.Sebenarnya,memang dah lama nak makan mee rebus,kempunan,so,tanpa fikir panjang2,saya pon carilah resepi dan terus buat untuk dinner malam ni.
Lepas menonton Nigella Express di Channel Travel and Living,saya terasa nak buat kek lak esok.HAha.Ni mesti PMS ni,semacam je nak makan.Saya mmg macam ni,kalau tetiba rasa nak makan,mmg saya akan masak.Tak boleh biarkan perut saya menyanyi lagu2 yang tak sepatutnya,dan end up kempunan.Sebab tu la pipi makin tembam!LOL~

Masa tgh masak ptg tadi,tetiba teringat waktu ptg2 camni,kalau di K1,mesti tengah kat tasik,jalan2 ke,joging ke...wah,rindu kat diorang!

My favourite short story


Saya sgt kagum dgn kakak saya.Dia berbakat dalam menulis.Baik puisi,cerpen ataupun apa la.Walaupun mungkin tak sepuitis En.A Samad Said,tapi dia tetap kakak saya yang berbakat.MEmandangkan saya tak tahu nak buat post tentang apa,saya letakkan Cerpen yang dia pernah posted dalam blog dia 2 tahun dulu.
EnjoY!

17/12/2007

Dia 'Cinta Pertama' Saya

"Kalau aku bagitahu kau rahsia nih, kau kene bagitahu something."
"Huh?"
"Janji yang kau akan jawab soalan aku nih."

Saya mengerut dahi. Membuat muka penuh kepelikan.
"Soalan ape?"
"Janji dulu dengan aku yang kau akan jawab soalan nih."
Masih mengerut dahi.
"Err.. ok. Aku janji. Apa yang kau nak tanye?"

Diam. Dia memandang ke luar. Bas Makcik Chom melepasi perkarangan sekolah.

"Kau suka sape, Aini?"

Saya diam. Tak tahu mahu dibalas apa persoalan itu. Separuh hati meronta-ronta mahu menjawab dengan jujur seikhlas mungkin. Tapi..

"Nicholas Gene Carter." Sengih saya melebar.

"Aku tanya betul-betul nih."
Tidak tahu sama ada itu adalah ayat yang keras ataupun sedikit hampa.

"Kevin richardson?"
"Akela, budak nih."
"Tom Cruise boleh?"
"Weih, betul-betul la! Kang aku tak bagitahu rahsia Lan karang."

Saya diam lagi. Masih jelas benar dalam ingatan posisi kedudukan saya dan dia. Dia berdiri, di tempat duduk belakang bas. Dan saya melutut di atas seat bas, berhadapan dengan dia. Kali ini, bas melepasi perkarangan sekolah Cina pula. Kami sebetulnya di atas bas sekolah, menuju pulang ke rumah dari sekolah agama. Sudah lama sebenarnya tidak berbual dengan dia. Banyak sangat yang menghalang. Saya sibuk dengan tugasan harian, dan dia dengan aktiviti sukan. Kami dua insan yang sangat berbeza. Sungguh! Masih ingat lagi, bagaimana saya membantu dia menjawab soalan peperiksaan. Demi Tuhan, saya tidak pernah membantu sesiapa kecuali dia. Dia teman sepermainan. Besbol, kejar-kejar, ceper. Masih ingat lagi, dia pelari favouite rumah merah. Dan saya sebagai ketua pelajar, hanya sekadar mengepalai perbarisan. Acara balapan bukan bidang saya. Saya lebih berminat kepada silat seni. (Well, tuh cerita sekolah menengah).

Dia.
Dia yang sangat signifikan untuk kehidupan saya sehari-hari.
Dia yang berkeras membawa pulang beg sekolah saya sewaktu saya tiba-tiba tidak sedarkan diri di sekolah.
Dia yang saban minggu meneman saya pulang dari aktiviti ko-kurikulum.
Dia yang membantu saya memanjat bukit, melalui jalan short cut untuk pulabg ke rumah.
Dia yang meneman saya sewaktu menunggu semalu kembang semula untuk eksperimen sains darjah empat.
Dia yang apabila didampingi oleh gadis menyebabkan saya terasa hati.
Dia yang apabila sudah tidak sekelas lagi, menyebabkan saya jadi jemu meniti hari-hari.
Lalu saya belajar untuk hidup tanpa dia.
Saya belajar untuk berdikari, bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai ketua pelajar.
Saya sedar kami jauh. Dan dia banyak berubah. Sudah tidak sependiam dulu. Sudah tidak sepemalu dulu. Tapi dia masih budak lelaki yang paling kacak yang pernah saya suka.

"Aku tak suka siapa-siapa, Man. Aku muda lagilah. Aku nak study hard, nak masuk asrama macam abang aku. Aku nak study sampai PhD. Nak kerja. Pastuh, time tuh, kalau kau nak tanye aku suka sape. Baru aku ade jawapannya kot."

Dia diam. Saya pasti kali ini dia betul-betul diam. Benar, mahu sahaja saya menjawab mengikut rasa yang dipendam selama beberapa tahun. Tapi saya tahu, saya terlalu muda untuk itu semua.

"So sekarang, cepat bagitahu aku, apa rahsia Lan?"

****

Dan semalam, selepas sepuluh tahun, saya ternampak dia. Kalau bukan disebabkan kami di majlis kahwin jiran, sudah tentu saya bertegur sapa. Kami bersaudara sebenarnya, bau-bau bacang kiranya. Setelah sekian lama, saya terlihatkan dia, saya tersenyum sendirian. Masing-masing membawa hala tuju kehidupan. Saya ke Labu, dia masih di Segambut. Merisik khabar dari rakan-rakan. Habis sekolah, saya tiada mendapat khabar berita. Sibuk benar mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sengaja memerhati. Dia pula mundar-mandir membantu kerja-kerja mengemas meja. Minta adik yang bongsu menyampaikan salam. Emi membuat muka masam. Berbuat bizi malas mahu menyampaikan salam.

" Macam lah dia kenal awak, Nurul."
Saya senyum.
"It would be funny kalau dia tak kenal nurul."

Dia, cinta pertama saya.

Wednesday, May 27, 2009

The Oprah Show

Antara channel kegemaran saya di ASTRO ialah Hallmark.KEnapa?Sbb saya tak ada pakej movies-yg STAR WORLD,HBO and etc.Kenapa HAllmark?Sbb HAllmark shows a lot of movies that suit my taste.Maybe,people will say,I'm boring,i've got no taste.But,you know what,i don't give a damn to what people say.Bak kata Ana,respect beb,respect!

McLeod's Daughters pon dah menjadi antara siri favourite saya.I dunno why,but I just got so attached to them since 2 years ago.Seeing how women are capable to manage their property without any help by the men,how they run their farm,for me,it is interesting and different.And that's the reality of life.Unlike some other series like,HEROES,SMALLVILLE.C'mon dude!

Baru2 ni,saya agak kerap menonton episod2 Oprah show.Dulu,when it's time for Oprah,I'll just switch to other channel,maybe AXN or Travel or anything that available.Tapi sekarang,saya akan menjadi penonton setia dari awal hingga akhir rancangan.Seriously,saya kagum dengan topik2 yang dibincangkan.Like yesterday,penggunaan tenaga yang sudah melebihi tahap yang bakal meletakkan bumi yang kita duduk ni tak selamat.Imagine,America is only 5% of the population on Earth,but the energy they consumed is almost nearly 25% .So,that makes me thinking.

1.Kalau kat rumah,berapa banyak lampu yang terpasang waktu malam?Kat semua bilik ke or certain je?Kalau kita tgh dinner kat dining hall,lampu kat ruang tamu kita biar terpasang jugak ke?
I still remember when I went to Adelaide last December.Diorang balik keje around 5.And since it was summer,so,masa terang tu lama.Dekat pukul 8 baru macam nak maghrib.And there's one time,when I was on the way to my sister's house,kat suburb ni,rumah2 kat situ dah gelap.And cuma satu ruang je yang terang berlampu sebab ada orang kat ruang tu.

Sebenarnya,bil elektrik kat sana sgt mahal.Same goes with water.So,sebab tu,penduduk Australia sgt berjimat cermat.Kita kat Malaysia patut sangat bersyukur sebab tarif elektrik dan air kat sini can be considered affordable.Tapi,tu bukak menjadi sebab kita boleh membazir dengan sesuka hatinya.

Berbalik ke Oprah,Oprah buat challenge to the Americans family yang sanggup utk ikut condition Oprah dalam masa seminggu,dengan melakukan penjimatan sehebat mungkin.Antara rules yang Oprah bagi ialah:
1.Tak boleh bukak TV,komputer(unless for homework),videogames.
2.No dining out, take away,kena makan kat rumah.
3.Habiskan left over.
4.Shower limited to 5 minutes.( I can't do that,haha)

So,menarik sebenarnya.The fact that kita selalu ignore and buat tak tahu.

Banyak lagi episod2 yang menarik dalam Oprah.Antaranya,transgender.SO,kalau berkesempatan,silalah tgk ye.

Tuesday, May 26, 2009

Aku,Dia dan Kamu.

Apa yang korang rasa kata ganti nama diri yang appropriate utk digunakan?

1.Kasar??(kah?i don't think so)
Aku,Kau.
Ada orang ckp dgn saya,dia rasa sgt tak sesuai utk gunakan aku.She said she hates being di 'aku kau' kan.Dan ada orang,selesa menggunakan aku untuk membahasakan diri.
'Aku' juga kita guna bila kita bercakap dengan Tuhan.
Dan saya juga pernah terbaca dalam website mane ntah,yang aku digunakan bila kita selesa dgn seseorang tu.

Formal?Skema?Atau considered sopan?
Anda,Saya,Kamu,Awak.
Saya?Saya sendiri menggunakan 'saya' dalam membahasakan diri utk blog ni.Sebab ada org tak suka 'aku kau' in writing form.And i respect her.
Ada orang rasa bila guna saya,lebih appropriate and decent.Dan rasa seperti mahu bercakap lama2.Haha.

Sebenarnya,saya punya pendapat sendiri ttg hal ni.And everyone does.Kalau masa di sekolah dulu,saya membahasakan 'kite awak,kite 'name',awak saya' dengan kwn2 perempuan.Tapi,dgn lelaki,ada exception di mana saya tetap ber'aku kau' dgn diorang.Tapi,sejak di Matrikulasi,saya mula ber 'aku kau' dengan kwn2 perempuan.Why change?Sebab berkali2 saya ber kite2 dgn mereka,mereka masih ber'aku kau' dgn saya.Tapi,dgn roommates2 saya tetap ber kite2.Kdg2,saya sendiri jadi pusing!

Kenapa kena ada exception?Sebab tu bila masuk uni,saya berazam,okay,biar saya selaraskan.Biar saya ber'aku kau' dgn semua orang.Tak la saya pening2.Tapi,saya jadi makin pening bila jumpa kawan yang boleh guna kejap aku,saya,kau,kamu,awak dengan orang yang sama.Biasa nya,kata ganti nama diri yang lain applies untuk orang yang lain.Saya jadi makin berpusing2.

Lepas tu,dalam 2 minggu yang lps,Nadia ckp yang dia tak suka di aku kau kan.Saya pon tak tahu macam mana nak buat.Sebab dari mula sem1,saya dah menggunakan aku kau dgn dia.WAlaupun dah lama2 saya tahu dia tak suka.Since saya tgk org lain cam lepak je ber aku kau dgn dia,saya pon go on je la.Susah nak tukar all of sudden kan,tapi,i should respect her.So,NAdia,i try okey?KAlau tetiba tersasul tu,sori okey, babe?

Lama2,saya figure it out.Benda ni actually depends on the individuals.ADa orang tak kesah,tapi seriously,u should not take lightly when there are people who care!Because kita assume they will adapt to it,tapi bukan semua orang boleh di'apply' method sebegitu.Ada orang yang memang tak boleh terima di aku kau kan.

So,pada saya,kalau kita dah biasa ber aku kau,teruskan je la kalau orang yang kita ber aku kau tu tak kesah.Tapi,kalau ada org yang prefer ber awak saya,kita patut guna kata yang sama.Sebab dia rasa lebih selesa.Eventhough,i've seen people who still able to communicate even sorang ber aku kau dan sorang lagi ber awak saya.

p/s:
Ada orang yang tak mahu berkompromi.Itu terpulang pada diri masing2 pada saya.Hak masing2 kan?Selagi tak affect komunikasi,teruskan saja.Saya tak kesah sgt,flexible,bleh ber aku kau,ber awak saya.Since dgn adek bradik pon say ber awak2 dgn diorang.Boley aja!

Saturday, May 23, 2009

Menjengah kebosanan


Saya mengalami backpain.Mungkin :
a) salah tidur.
b)terlebih tidur.
c)tilam saya cam menggelendut.
d)semua jawapan di atas.

Hari ni hari Sabtu.Seperti biasa,di hujung minggu,jarang untuk saya stay di Segambut.Kalau tak ke Muar,ke Temerloh,kalau tak,ke Putrajaya,tak pon,ada je la jemputan2 kenduri kahwin.Ada2 saje.KAlau spend masa di Segambut pon,saya tahu,saya tetap akan bosan.Kebosanan.

Saya sudah di ambang kebosanan.Tidak tahu mahu berbuat apa.Kebanyakan semua yang sudah saya rancangkan sebelum cuti dulu dah pon dibuat.Ketupat Cinta,checked.Kemas almari baju,checked.Kemas almari buku,checked.Even saya dah siap mengemas brg2 untuk dihantar kembali ke asrama untuk semester baru nanti.Cuma tinggal buku2 yang masih belum habis dibaca.Movies?Saya tiada mood untuk menonton movies.House dah saya habiskan satu season,so as One Tree Hill,Bride Wars.Apa lagi?Saya dah kebosanan.

NAsib baik minggu ni agak banyak juga aktiviti.Isnin,ke Mid Valley dengan Emi.And coincidently semasa di Pizza Hut,saya duduk bersebelahan dengan meja kawan saya di Matrik dulu,Zara.Selasa,ke kolej mencari fail Nik.Tapi tak ditemui.Rabu,sekali lagi ke kolej dengan Nik,cari fail,jumpa,ke hospital,photostate,ke Maju Junction dan akhirnya ke Sogo untuk lunch.Khamis dan Jumaat saya tak berbuat apa2.

Saya sebenarnya mempunyai dilema.Saya akan tinggal di Plaza Rah semester depan.Dan saya perlu ke K1 selalu untuk latihan silat.Macam mana ni ye?Takkan la setiap Rabu dan Khamis saya perlu menumpang di bilik orang je?Kadang2 rasa macam nak stop aktif,tapi saya bakal ke Sarawak Ogos ni menyertai pertandingan silat.So,mestilah lagi banyak practice,and saya akan perlu ke K1 lebih kerap.To make it worst,mesti latihan sebelah malam.Duh,takkan nak balik ke Plaza Rah tgh2 malam kot?I don't want to drive.I refuse to.Macam mana ye?

Thursday, May 21, 2009

Update.

Mari meng'update'!



















1. Semalam saya ke kolej terchenta dengan cik Nik.Tolong dia mencari fail2 yg ada sijil2.Dah pon ke sana kelmarin,tapi tak bertemu dengan fail tersebut.Sebab kat surau tu macam ada zillion kotak2,beg2,dan baldi2 budak2 nih.Memang tak tau mane satu Nik punya,so,kebarangkalian untuk jumpa tu mmg sgt tipis.

2.Hari ni,setelah beberapa purnama,akhirnya,saya berjaya membuatkan mak abah ke pasar malam untuk saya.Hehe,dah lama jugak tak merasa nasi beriyani,roti john,ayam bob,dan masih lagi menyumbat makanan2 dan masih terasa gelodak di perut.Alhamdulillah,Allah sayangkan saya.Mak abah sayangkan saya.Masih berpeluang menikmati nikmat yang Allah bagi.Alhamdulillah,syukur.

3.Entah kenapa,sejak pulang ke kampung hujung minggu lepas,saya sudah hilang mood berblogging.Entah kenapa.Saya pon tak tahu.The enthusiasm that i used to have has gone.Maybe it will come back,when the mood for blogging is back.

4.Kris Allen was crowned as the idol.I really2 like him.Seriously,he is good.So as Adam Lambert,but Kris just suits me more.His voice,his music.For me,he deliver his songs sincerely.Really.

5.Bakal menghabiskan buku ketupat cinta malam ni.Sepatutnya dah lama da habis.Tapi,tak tahu,mood membaca baru dtg sekarang.Maybe sebab tu mood blogging pulak hilang.

Wednesday, May 20, 2009

1 tikus RM1

Kempen 1tikus RM1.

Ada baiknya bila berlakunya penyakit2 macam ni timbul.Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.Barulah DBKL sibuk2 nak buat kempen2 mcm ni.Benda2 macam ni mmg patut dah lama dibuat,apa taknya,kebersihan tak dijaga.Imagine,bila tgh sedap2 ratah ayam kat satu kedai ni,tiba2 nmpak cik tikus lalu.Hilang selera beb.Serius.Saya tak faham macam mana ada org boleh buat2 tutup sebelah mata bila makan kat tempat yang mmg dah OBVIOUSLY KOTOR.

Kalau nak kata semua tempat tu kotor,memangla.Tapi,still,ada tahap2 yang masih boleh diterima.Kalau dah terang2,tak ade proper sanitation,mmg nampak giler kotor,mmg tak de selera la kan nak makan kat tempat tu.

Bila ada kes Leptosiprosis,baru nak bertindak.Pelik betul.Selama ni,cik tikus2 tu dibiarkan melompat2,berkejar-kejaran dan membina mahligai bahagia kah??

Moving again~

Moved to this new address.
Really,haha.Running away from my own family.
It's not like i hate them,i just don't want them to know the inside of me.
I rather not to let them know.
I have my own reasons.

I'll be back with more posts.