Thursday, May 28, 2009

My favourite short story


Saya sgt kagum dgn kakak saya.Dia berbakat dalam menulis.Baik puisi,cerpen ataupun apa la.Walaupun mungkin tak sepuitis En.A Samad Said,tapi dia tetap kakak saya yang berbakat.MEmandangkan saya tak tahu nak buat post tentang apa,saya letakkan Cerpen yang dia pernah posted dalam blog dia 2 tahun dulu.
EnjoY!

17/12/2007

Dia 'Cinta Pertama' Saya

"Kalau aku bagitahu kau rahsia nih, kau kene bagitahu something."
"Huh?"
"Janji yang kau akan jawab soalan aku nih."

Saya mengerut dahi. Membuat muka penuh kepelikan.
"Soalan ape?"
"Janji dulu dengan aku yang kau akan jawab soalan nih."
Masih mengerut dahi.
"Err.. ok. Aku janji. Apa yang kau nak tanye?"

Diam. Dia memandang ke luar. Bas Makcik Chom melepasi perkarangan sekolah.

"Kau suka sape, Aini?"

Saya diam. Tak tahu mahu dibalas apa persoalan itu. Separuh hati meronta-ronta mahu menjawab dengan jujur seikhlas mungkin. Tapi..

"Nicholas Gene Carter." Sengih saya melebar.

"Aku tanya betul-betul nih."
Tidak tahu sama ada itu adalah ayat yang keras ataupun sedikit hampa.

"Kevin richardson?"
"Akela, budak nih."
"Tom Cruise boleh?"
"Weih, betul-betul la! Kang aku tak bagitahu rahsia Lan karang."

Saya diam lagi. Masih jelas benar dalam ingatan posisi kedudukan saya dan dia. Dia berdiri, di tempat duduk belakang bas. Dan saya melutut di atas seat bas, berhadapan dengan dia. Kali ini, bas melepasi perkarangan sekolah Cina pula. Kami sebetulnya di atas bas sekolah, menuju pulang ke rumah dari sekolah agama. Sudah lama sebenarnya tidak berbual dengan dia. Banyak sangat yang menghalang. Saya sibuk dengan tugasan harian, dan dia dengan aktiviti sukan. Kami dua insan yang sangat berbeza. Sungguh! Masih ingat lagi, bagaimana saya membantu dia menjawab soalan peperiksaan. Demi Tuhan, saya tidak pernah membantu sesiapa kecuali dia. Dia teman sepermainan. Besbol, kejar-kejar, ceper. Masih ingat lagi, dia pelari favouite rumah merah. Dan saya sebagai ketua pelajar, hanya sekadar mengepalai perbarisan. Acara balapan bukan bidang saya. Saya lebih berminat kepada silat seni. (Well, tuh cerita sekolah menengah).

Dia.
Dia yang sangat signifikan untuk kehidupan saya sehari-hari.
Dia yang berkeras membawa pulang beg sekolah saya sewaktu saya tiba-tiba tidak sedarkan diri di sekolah.
Dia yang saban minggu meneman saya pulang dari aktiviti ko-kurikulum.
Dia yang membantu saya memanjat bukit, melalui jalan short cut untuk pulabg ke rumah.
Dia yang meneman saya sewaktu menunggu semalu kembang semula untuk eksperimen sains darjah empat.
Dia yang apabila didampingi oleh gadis menyebabkan saya terasa hati.
Dia yang apabila sudah tidak sekelas lagi, menyebabkan saya jadi jemu meniti hari-hari.
Lalu saya belajar untuk hidup tanpa dia.
Saya belajar untuk berdikari, bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai ketua pelajar.
Saya sedar kami jauh. Dan dia banyak berubah. Sudah tidak sependiam dulu. Sudah tidak sepemalu dulu. Tapi dia masih budak lelaki yang paling kacak yang pernah saya suka.

"Aku tak suka siapa-siapa, Man. Aku muda lagilah. Aku nak study hard, nak masuk asrama macam abang aku. Aku nak study sampai PhD. Nak kerja. Pastuh, time tuh, kalau kau nak tanye aku suka sape. Baru aku ade jawapannya kot."

Dia diam. Saya pasti kali ini dia betul-betul diam. Benar, mahu sahaja saya menjawab mengikut rasa yang dipendam selama beberapa tahun. Tapi saya tahu, saya terlalu muda untuk itu semua.

"So sekarang, cepat bagitahu aku, apa rahsia Lan?"

****

Dan semalam, selepas sepuluh tahun, saya ternampak dia. Kalau bukan disebabkan kami di majlis kahwin jiran, sudah tentu saya bertegur sapa. Kami bersaudara sebenarnya, bau-bau bacang kiranya. Setelah sekian lama, saya terlihatkan dia, saya tersenyum sendirian. Masing-masing membawa hala tuju kehidupan. Saya ke Labu, dia masih di Segambut. Merisik khabar dari rakan-rakan. Habis sekolah, saya tiada mendapat khabar berita. Sibuk benar mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sengaja memerhati. Dia pula mundar-mandir membantu kerja-kerja mengemas meja. Minta adik yang bongsu menyampaikan salam. Emi membuat muka masam. Berbuat bizi malas mahu menyampaikan salam.

" Macam lah dia kenal awak, Nurul."
Saya senyum.
"It would be funny kalau dia tak kenal nurul."

Dia, cinta pertama saya.

No comments: