Tuesday, August 25, 2009

Diri sendiri di tgh2 orang lain



Seperti cekodok di tengah2 Krispy Kreme.

Bagaikan Bangunan Plaza Rah di tengah2 rumah2 kampung Melayu yang ada di kampung Baru.

Seperti air ECPI di tengah2 lambakan botol mineral yang ada.

VAIO di celah2an acer.


Perumpamaan2 di atas cukup menjelaskan siapa saya.Di celah-celahan manusia yang gila2,happy go lucky,terselit manusia yang bermuka masam, dan serius.Kadang2,saya risau dengan penerimaan kawan2 saya sendiri.

Walaupun saya sentiasa teguh dengan pendirian menjadi diri sendiri,kadang kala,saya bimbang jika saya tak diterima,dan orang mula menyampah dengan saya.

Tiap kali berkawan,persoalan tu mesti timbul.

Tapi,saya sangat bersyukur berada di celah-celahan mereka.Hidup saya sentiasa gembira.Cuma saya harapkan,mereka juga gembira bersama saya!:)

Wednesday, August 19, 2009

Takpe2,saya tak kisah semua tu


'Cah!'
Berkali-kali saya dengar nama saya disebut,tapi,masih ragu2,orang lain kot yang dipanggil,bukan saya kot.Tapi,bila kali ke-4 dan masih tiada orang lain yang menyahut,saya menoleh.Ye kot,panggil saya.

'Apa barang kalah kat Sarawak?'

Tak terkata.Tetapi,mulut saya terkumat kamit memarahi manusia tu.Walaupun apa ayat yang keluar dari mulut dia,saya tetap anggap seperti yang saya tuliskan di atas.

Takpe2,sebenarnya,saya tak kisah kalah di Sarawak.Sebab,bukan kemenangan pingat yang dicari.Kalau menang,ya,ia adalah satu bonus buat saya.Tapi,pada saya,cukuplah sekadar saya bersyukur atas pengalaman yang saya dapat sepanjang di sana.Memang seronok dan bahagia!Haha.Selama ni,bila ke practise silat,saya lebih cenderung untuk bercakap dan berbual-bual dengan alia,ili dan zila sahaja.Tapi,bila dah ke Sarawak,saya akui,semua orang mula mengenali saya dengan nama cacot(thanks to Zila) dan dapat berkomunikasi dengan lebih baik antara satu sama lain.

Ya,tahun depan ke Kedah!
Mai pi Kedah!

Thursday, August 13, 2009

Off to Sarawak

Selepas 2 minggu yang agak memenatkan,saya akan ke Sarawak pagi esok.Memandangkan flight pada jam 7 pagi,kitorang terpaksa bertolak awal dari KTSN dan bermalam di LCCT memandangkan tak boleh nak bertolak tengah2 malam.

Apa expectation saya?Bukan pingat yang saya harapkan,cuma saya hanya mahu lakukan yang terbaik,saya tak menyesal walaupun saya pulang tanpa pingat.Oh ya,perlulah diingatkan,saya hanya memainkan watak kecil sahaja iaitu sebagai 'crook' dalam 4 acara.Saya tahu,penat lelah yang tak seberapa sepanjang 2 minggu ni perlulah berbayar,saya tak mengharapkan yang tinggi2.Tapi,yang pasti,saya akan buat yang terbaik.Dan usaha takkan disia2kan macam tu saja.Dan yang paling penting,apa yang saya nak kutip daripada trip ke Sarawak ni ialah pengalaman.Dan mungkin tekad untuk masih kekal dalam Silat Cekak ni.Sebab dah banyak kali saya nak berhenti separuh jalan,tapi teruskan jugak.Pada saya sayang kalau belajar separuh jalan.Jadi,bak kata mak,'kerja buat separuh jalan,nanti belajar tak habis'.Pantang betul bila dengar mak cakap macam tu,sebab saya tak nak belajar separuh jalan.

Kepada kawan saya,Nisa,terima kasih!Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya katakan selain daripada terima kasih.Dah banyak menyusahkan selama ni,menumpang di bilik,makan minum di bilik kamu,dan membuat bilik F106 seperti bilik ke-2 saya sendiri.Allah je dapat balas segala jasa baik kamu dunia akhirat.Next time,kalau ada training weekly,datang lagi erh?hehe.

Kepada kawan2 saya merangkap housemates saya,Ana,Cikin dan Nadia dan Cik Ji,terima kasih daun keladi.Terima kasih atas sokongan korang!Koranglah yang menguatkan semangat bila rasa nak give up dan berhenti silat.Silalah terus menyokong saya!

Kepada rakan2 silat,terima kasih!Saya masih baru,banyak yang tak tahu!Semoga kita selamat pergi dan sampai,dan lakukan yang terbaik di sana!

Btw,Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri,yang telah pergi menemui Ilahi hari ni.Nasyid2 yang didengar sejak kecil2 lagi,yang sentiasa mengingatkan saya.
Moga rohnya dicucuri rahmatNya.
Saya ambil petikan di bawah daripada blog arwah.
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim

Sunday, August 9, 2009

Untuk syikin..


Cikin..

Jangan bersedih sorang2,kitorang selalu di sini.Everything will be okay,Dia sentiasa bersama kita.
Biar kita bergelak ketawa bersama2 dan menangis bersama2!

Friends are for sharing laughters and wiping tears!Kami sayang kamu!

Saturday, August 8, 2009

Saya terkena!


Saya terkena.Serangan dan penculikan abu sayyaf,haha,dibaling telur,disimbah air,haha...memang,saya makin sayangkan mereka!huhu..

Wednesday, August 5, 2009

2 minggu yang menyesakkan

Yes,i'm very damn busy right now.Latihan silat tiap2 malam membuatkan malam2 saya memang terisi,tapi sebaliknya saya kesuntukan masa untuk study,assignment whatsoever.Minggu depan,Pesta Konvo dah start.YAng pastinya,minggu depan saya bakal sibuk dengan latihan silat yg bakal lebih'kononnya' intensif.

Seriously,saya dah muak,jelak,boring dan menyampah!Sepanjang2 program di uni ni,tak pernah ada yang punctual!Tak profesional langsung.Dari saya first year sampailah sekarang.Masa bagaikan tak berharga,dan boleh dicuri2 sesuka hati.Yang bencinya,orang2 di sini jadikan masalah ni sebagai alasan yang dah boleh diterima,dan ia seperti satu kesilapan yang selama-lamanya takkan diubah dan diperbaiki.Saya tak faham langsung dengan perangai2 manusia yang macam ni.Program selalu start lambat,bila meeting,start lambat,semuanya lambat.Ah,alasan semata2!

Hari2 saya lebih menyesakkan bila semalam,Abang Kai,jurulatih silat kitorang cakap ada practise on weekends nights!Saya seperti................................tak terkata.Tapi,tengokla,saya memang takkan datang langsung weekend ni.Cukuplah masa weekdays saya dah dicuri.Takkan weekends pon nak rompak jugak?Practise datang je hari2,tapi selalu je tak cukup orang.Yang tinggal,terkontang kantinglah,ternganga,dan tercanguk.

Saya hanya mampu mohon pada Dia,permudahkan urusan saya,tenangkan hati,semoga 2 minggu yang menyesakkan ni akan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan cepatnya!

Y