Friday, December 31, 2010

Farewell 2010

'Tahun depan kita jumpa lagi, ok?'
'Oh, maksud kau, minggu depan kan?'

Fine. Today, is the last day of 2010. Sibuk-sibuk usha blog orang lain, semua pun sibuk-sibuk menulis the last entry of 2010.
Tak lupa juga kepada orang yang cuba sedaya upaya membuatkan hari terakhir dalam tahun 2010 ni sebagai hari paling memorable yang boleh diorang buat.
Fine.

Marilah kita merenung diri sepanjang setahun ni, apa perubahan yang dah kita buat, yang dah pun tercapai. Ada tak yang boleh tick dalam wishlist or new resolution list tepat-tepat 365 hari yang lepas.

2010. 
Bila fikir-fikir, macam mana nak mengenang balik apa yang dah saya lalui, dah buat untuk tahun ni, oh, of course the best way is to read my own blog. Old blog post.

Bila baca-baca balik. Sedih pun ada, gembira pun ada.

Antaranya,

Oh, banyak jugak benda jadi tahun ni bila pikir-pikir balik.
Antaranya, berjaya jumpa Dr. Faisal Tehrani dan A. Samad Said depan mata. Memandangkan saya gemar akan hasil karya Faisal Tehrani,seronok masa dapat jumpa di Book Fair yang lepas.
And thanks to Nadia, yang mengajak ke RANTAI last Sunday di Balai Seni Lukis Negara.
Mendengar A.Samad Said mendeklamasi puisi, rasa macam tak percaya. Nak tangkap gambar pun berdebar-debar.



I do have a lot of regrets.
If only I do this and that. Tapi, tak guna kalau asyik menyesal.
Instead, usaha lebih lagi supaya hasrat tercapai.

2010 is another great year.Yang membuatkan saya lebih matang.
Bukan menjadi lebih tua, tapi lebih matang.

Mari tutup buku dan kalendar 2010.
Kita buka buku baru. dan buat resolusi baru.
What is my new resolution?
Tunggu esok la eh, on the first day of 2011.

Farewell 2010.

Tuesday, December 21, 2010

Babbling part yang ke 9

Bila dapat mesej daripada emikucheng menanyakan kalau ada hajat di hati mahukan apa-apa sempena  "Hari Kotak , (sila baca: Boxing Day) 26th December nanti, saya tak tahu nak apa. Kalau ada apa-apa yang boleh diminta. Haih, nak je jawab, as long as you come back in one piece, safe and sound, that's already enough for me. Tak perlu bawak hadiah apa-apa. (Poyo gila) But of course, takkan saya melepaskan peluang me'ngepow adik sendiri bukan?

Tak tahulah, mungkin ini rezeki saya. Dapat abang dan kakak serta adik yang bermurah hati nampaknya. Bila masuk gaji, I am the happiest girl on earth.Haha.

But then, it's not about the money that matters. Rasa dihargai, diperlukan, dan disayangi bila balik rumah. Haha. Who wouldn't want that? A total whacko? Right.

These last five days, I'm not feeling so well. Dari minggu lepas dah mula rasa tak sihat. And end up cancel important date dengan kawan-kawan. Sorry mates, we'll go next time yeah? Really sorry.
Nak buat macam mana, we did have a good plan, but Dia yang menentukan. Things don't go well as we wish for.

Okay, mood swing. mood swing. The great thing about being a girl is that you can get away by blaming it on nature. Haha. Tak tahu kenapa, I have been quite stressed out recently. So, hopefully, tak ada apa-apa yang memberatkan kepala. I just want to take things slow and easy, to start off this new semester. Just want to enjoy this new semester. Dengar ana nyanyi dan menari lagu SNSD would be pleasing. Haha. dan boleh gelak sambil tengok cerita korea dengan popo. Right, that never happens, but then since we have a thing on this drama called 'Secret Garden', that might be possible. Hehe.

So, esok akan ke RAH. Ya, i'm still at home. enjoying myself.
Tak sangka akan sedih tinggalkan rumah.
Haha, menyampah gila, rumah saya setakat 10 minit drive to faculty.
Dekat gila.


Goodbye home, hello RAH.


*still tak ada idea what I want for Boxing Day T_T*

I know I have you

Tak kisah panas berdekang atau basah kuyup,
You guys are always there.
No matter what.

I love you.
Whenever things get really hard and I feel like I don't have anywhere else to turn to
I know I have you.
and I won't be in despair no more.

Thanks.
For always be there for me.



I heart my family! :)



Friday, December 17, 2010

Here we go again

New chapter begins.
In a few days, or to be exact,in the next couple of days?

So, here we go again, going through the same old routine, waking up in the morning with heavy heart, wishing the lecturers will be good enough to postpone or just cancel today's class. Having a mug of hot milo, and while waiting for your friends to be ready to class,you kill the time by reading headlines on the internet. Whether it's KOSMO or the star, anything that can give you the idea of what is going on the other side of the world.

Same ol' same ol' routine.
Well, I only have 3 semesters left.
Just exactly 3 semester, to go through this same old routine.

However, i'm looking forward for this semester.
It will be good though, going to class and learn something new everyday.Better than sit at home doing absolutely nothing.
It's the least I can do, for now.
Oh c'mon, this is the time where we get paid for just being a student.
Tak kisahlah you're a JPA scholar ke, PTPTN ke, PAKMAK ke, dah kerja nanti, you have to work for the money. kan?

Good luck and all the best friends!


"Cheers to a new year and another chance for us to get it right." Oprah Winfrey

Malu itu perlu

People who know me should be aware of what kind of person i am.
I am not the kind of person who show my love,appreciation or gratitude through words.
I am not good at words.
May never be, kot. Haha.

I fail  miserably to put my own feelings into words.


'Words can never describe how thankful I am to be one of your friends, friend.'
Saying it right at your face lagi bagus kot.haha.not trough IM!hehe.

Friday, December 10, 2010

Songs and memories

Pernah tak rasa bila dengar certain lagu tu, korang akan terbayangkan certain incidents that happened, something like bila dengar lagu A, korang teringat masa korang berkawan dengan B.
Lebih kurang macam tu la kiranya.
Yang membawa maksud, lagu-lagu ni ada signifikan penting sebab  feelings at that time dan mungkin mengingatkan korang kepada one of the main highlights in your life. Or simply, certain lagu tu boleh mengingatkan korang kepada benda-benda yang remeh tapi korang tak tersangka akan teringat kan lagu tu.

Cinta Sakti,Def-Gab-C
Lagu ni yang sememangnya lagu yang banyak kali diputar-putar masa dengar ERA zaman sekolah dulu.
Kalau naik bas Che' Chom, mesti ada lagu ni. Masa tu ERA tengah mula nak naik. Hari-hari pun mesti ada lagu ni. Tak pun lagu Gadis Ayu-Black Dog Bone.

Haha. So, bila dengar lagu ni, automatic saya akan segera teringat masa naik bas, muka busuk, tudung putih dah jadi ala-ala kelabu, dengan kaki atas seat bas. Teringat zaman-zaman konon-konon kamceng dengan Che' Chom bila ditugaskan kena kira berapa orang dalam bas, cukup ke tak.
Bajet-bajet macam ketua geng bas sekolah.Haha.

Wherever you will go -The Calling
Lagu feveret masa sekolah ni. Haha. I was so in love with the vocalist. Masa ni saya sangat layan semua rock band yang ada, Puddle Of Mud, Creed, Hoobastank. Semua pun layan. Masa zaman sekolah ni, lirik semua lagu kat radio pon tahu. Missy Elliot, Stacie Orrico, dan mana-mana kakak-kakak serta makcik-makcik hollywood yang menyanyi, saya tau punya la. Haha. Sampai satu tahap, rasa bosan.

Teringat masa kena gelakkan dengan kawan-kawan sebab suka Yellow by Coldplay. Masa tu saya Form 1. Hah, terbukti sekarang Coldplay sangat cool dengan lagu-lagu yang super cool.

Between the lines- Sara Bareilles.
I was sooo into this song. Masa first year, end of semester one.This song was on my playlist for months. Tapi, atas certain incidents yang berlaku masa tu, terpaksa kurang-kurangkan dengar lagu ni. Kalau tak mesti teringat that feelings masa tu. Hoho.

Starlight- Muse
Bila dengar lagu ni, saya teringatkan KMJ. Automatically. Sebab masa tu ada Battle of Bands. Kot. Tak ingat apa nama pertandingan tu. What makes me remember it so much is that, that certain band yang nyanyi lagu ni dah officially murdered lagu ni dengan kejamnya. Haha. Tak best langsung!

Kenangan Terindah- Samsons
Masa kat KMJ jugak, ramai-ramai nyanyi lagu ni masa last dinner satu KMJ. It was cool sebab tengok kawan-kawan saya yang berbangsa cina menyanyi bersama-sama. And diorang hafal! And it was 'kenangan terindah'!

Hey Soul Sister- Train
Teringat masa karaoke ramai-ramai dengan budak2 9-18 masa second year. And of course, sebab lagu ni ada dalam video yang kawan saya buatkan masa 21st birthday!

Lagu untukmu-Meet Uncle Hussain
I heard this song masa matrik. Mula-mula I thought lagu ni macam one of the song yang sangat tak best, memekak kan telinga. Tapi, Syaz berjaya membuat saya suka lagu ni. Haha. and now, saya yang suka kat Azlan & the typewriter. Everytime I listen to this song,teringat kenangan study sama-sama, hari-hari, like every night, dengan Syaz. Makan megi tomyam yang pekat gila, buat air milo, Kopi Radix cair. Haha. Those days!


Oh, that's why kita dengar lagu kot. As they bring back bitter sweet memories that you have. So that you remember those memories everytime you listen to them. :)

When the ride gets rough you got to carry on

Nombor-nombor tu tak menentukan apa-apa.
Huruf-huruf tu tak juga menentukan apa-apa.
They're nothing?

Not really, they are something.
and I will start to realize about how REALLY important and crucial is those numbers to my life.

When I start looking for a job
bila saya mula fikir kenapa saya bukan Kar Hau/Nutri atau pun Siew Fen/Nutri.
Just exactly how I felt when I was applying for university. Kenapa la result tak macam tu, tak macam ni. Kan senang semua boleh pilih.
Haha.
Tapi, bila fikir balik, bukannya saya tak mencuba, tak berusaha.
In fact, I did, give everything that I could. So that I have no regrets.

But they are not everything.
That my whole life depends only on it and nothing else matters.

Somehow, I know my life could be really hard when the day comes.
When the day comes, I know I'll be in huge mess.
Walaupun sekarang saya selalu berlagak cool dan optimis tak kira bila apa-apa berlaku. Saya tahu nanti saya akan jadi sangat gelabah dan mengalami heart palpitation, tachycardia, u name it.

But deep down inside,
I know, He has his plan ready for me.
and I don't have to worry and thinking about that day.
Until that day finally arrives.

So, I just have to carry on.
When the ride gets rough, I have to carry on.
Life goes on.

"So I try to hard to keep the rhythm of a train
Rolling right along 
When the ride gets rough you got to carry on"

dan saya menjadi tenang kembali.
Sebab saya percaya akan ketentuan Dia. :)

and this song really fits this situation :

Some days I feel like crying
It don't matter if it's rain or shine
I feel like my heart was broken
At least a million times

Some days I wake up dreaming
Feels like I've never even woke
I answer life's big questions
As if it's one big joke

Maybe it's too soon to be sure
But I really do believe that someday 
We're gonna have it all
So I try to hard to keep the rhythm of a train
Rolling right along 
When the ride gets rough you got to carry on
Carry on

Some days I feel like singing
I sit back and just groove the day away
Maybe pick up a guitar 
And play what I want to play

Maybe it's too soon to be sure
But I really do believe that someday 
We're gonna have it all

So I try to hard to keep the rhythm of a train
Rolling right along 
When the ride gets rough you got to carry on
Carry on

Today I feel like laughing
Seems to be no reason at all
And if the world stops spinning
I'm not afraid to fall


-Jeremy Kay, Have it all.

Thursday, December 9, 2010

I can't believe I have to say this out loud

Ok, I know some of you will not believe that finally I have to admit that :

Korean drama or songs, or whatever korean wave they call is highly DESTRUCTIVE!

They drive you crazy for waiting until the latest episode to be uploaded.
All you wanted to do is to watch the drama over and over again because you are soooo touched by the whatever so-called-romances and funny-yet-weird-teary eyes of the beautiful heroes.
and it gets worse when you could care less about the things that happen around you.
you just can't get enough of them that you want to see them every second and everyday.
This is SICK!

Sekarang baru faham kenapa Abah cakap jangan layan sangat cerita korea masa tengah gila 'Autumn In My Heart' dulu.

U can be crazy about them, but, chill lah!
P/s: just so u know, it's not me who's having this sickness.

Sunday, December 5, 2010

Simplicity works best for me

I don't go for brands, as always, not into Prada, Guess, DKNY or whatever it is. Which is why, I don't go all excited bila kawan dan kakak saya seronok menunjukkan barang-barang branded mereka.(however, i'm happy for them) But, I'm not against branded stuff either. Even if I was offered a free gorgeous Debenhams' blouse, of course, I'll grab it immediately.
I do believe that brand goes along with quality.
If I have all the money in the world, of course I would never hesitate to go and look for brands.
But in my case, unfortunately, I don't have the ka-ching.
and I choose simplicity, which I think works incredibly well with me.

For those who know me, they would understand how do I look normally outside, even when I hang out with dear friends at Pavi or KLCC.
I'm the girl without make up, no eyeliner, mascara, eye shadow or whatsoever.
I don't fancy all the girly stuff like bangles, necklaces, rings.
I'm still using the worn-out MOMOE handbag which I bought three years ago.

As long as I look okay(accordingly)and I feel okay,
that's just OKAY for me.
after all, Islam itu sendiri bersederhana kan?
:)

Saturday, December 4, 2010

This is especially for 'You-Know-Who'

I'm happy when you're happy.
I smile when I read your blog.

Is he the right one for you?
No, you are still looking for the answer.
Meaning, you just don't know, not just yet.

Take your time.
Take all the time you need.
and find out what you really NEED.

If he is, then I wish you all the happiness in the world.
 and  a special VVIP table for me!
haha!

If he is not,
there's plenty of good HUNKS out there.
:)


NO WORRIES!

Monday, November 29, 2010

I see you girls in three weeks' time

There's so much that I have to thank for :

For the love of family and friends!
U make me a better person each day.

For splendid-and wholesome-super-great life.

Project PP dah habis. We did a great job, I reckon. Haha. Walaupun ada kekurangan here and there, but the most important thing is that we LEARN something.
I learn so many things!

Thanks a lot to all Nutri/3, you guys have been sooooo super duper excellent!

Finally, baru rasa betul-betul bercuti!

I see you in three weeks' time.

Till then,
take a good care of yourselves!Oh,cmon,three weeks sekejap je, surely I miss u girls already! :)

HAPPY HOLIDAY!


Sunday, November 28, 2010

Waiting on the world to change.

It kills me to see racist people.
It is indeed nerve wracking when people are being racist towards me.

Apa lagi orang yang dah lama rasa tempias manusia yang sangat mengira kulit warna, bahasa, dan yang penting mementingkan ego sendiri sebab rasakan diri mereka yang berhak ke atas muka bumi Tuhan.

Bila naik teksi, dan cuma nak ambil orang sebangsa sahaja dengan mereka.
Bila pelajar tahun satu dah diterapkan bahawa mereka perlu bersikap racist terhadap bangsa lain.
Bila semua ni nak berhenti?

Bila orang nak sedar yang regardless of our skin colour, our mother tounge, and all of the differences , we are ALL human being.
Sama je, yang penting HATI.

I'm glad that I have grown up.
To learn to tell the differences between right and wrong.
To learn that my super seniors are totally wrong.

'Diorang kedekut'
'Diorang pentingkan diri sendiri'

It's time to change.
stigma ni perlu diubah!
Because they are not as BAD as YOU think.







Friday, November 19, 2010

Especially for Anis.


Dear Anis,

I thank Allah for getting to know you.
For being your friend.
KMJ was the place, where we shared laughters and wiping tears.
You are one in a million, and there's only one Anis Syakirah Ghazalli on this planet called Earth.
You taught me a lot of things. From A to Z.

I wish you happiness and joy.
May Allah bless you, always.
Happy 22nd birthday!

Update.

Call me nerd, lazybum or whatever you like.
I haven't been like this for a really long time, maybe since last book by Faisal Tehrani, Bahlut kalau tak silap.
Jodi Picoult's House Rules captivates me.
I haven't been doing much work in this house since I got back on last Monday. All I do is sleep, TV, korean drama and read the novel.
and keep having the thought about the intervensi program which will be held on next Sunday.

there's one thing that i really worry about.
I keep on eating, eating and eating. and there is no slight of chance of me doing any moderate physical activity.
This could be PMS ,I guess.
Gemuklah gamaknya.

Raya Aidil Adha was okay. ayam goreng berempah, daging, kuah kacang. This is the time when I can have my kuah kacang and SUP!( other than Raya Aidilfitri)
But then again, it's not about the food.
Yang penting, apa tujuan kita meraikan Hari Raya Aidil Adha.


Selamat hari raya AidilAdha,
Sejauh manakah pengorbanan yang telah anda lakukan?

p/s: sorry lah jarang update. sebab takde mood and tak tahu nak post apa.
so, I'll only update whenever I feel like to, not because I have to.


Tuesday, November 9, 2010

NO turning back.

Things done cannot be undone.
Kata-kata tak boleh ditarik balik.
Same goes to blog,
kalau dah post, tak payah delete pon takpe.
Sebab semua orang dah pun baca.
Muahahaha!

Okey, semua orang pun marah kenapa nak delete. It's my own opinion, why do I have to take back my words? Dua puloh sen saya?

Haha.



*BAiklah, lepas ni tak delete lagi, unless betul2 necessary untuk delete sebab post tu menggugat keselamatan dan keamanan dunia hahahaha!*

Saturday, November 6, 2010

Updates.

Update tentang diri sendiri.
Okay.
Today: I had fun with Nurul, went to Kak Syaz's wedding at Bandar Enstek,Nilai.Oh yeah, having big brother and sister, is really cool. Sebab all expenses ditanggung beres. Am I not the luckiest person on earth? haha.

Last Monday : I'm done with 5 papers that nearly killed me. But i am still alive for the next and last paper, which happens to be on next thursday. Oh c'mon, exam won't kill you at all!

Last two weeks: I got myself with a new mobile phone. Using my own money and it is white (the colour that i always wanted to have)

Next 2 weeks : By this time, I might be done with PP project.and that's when I can really watch tv and read novels. Can;t wait for that!


Tak sabar!

Friday, November 5, 2010

Life is a sincere beauty.

never thought i will enjoy the blow of the wind
the smell of fresh green grass
the noise of small kids running around chasing each other
while listening to arctic monkey- the bakery
it's so refreshing
and relaxing,
i love every bits of it!







Tuesday, October 26, 2010

This is CRAZY!

Walaupun tiba-tiba nak jadi penyanyi,
pelakon,
alih suara cerita kartun,
kerja kat bakery,
tak pon nak tukar belajar course lain.

Bak kata Farhana Nazri, esok still kena sit exam Farmakologi jugak!

Wednesday, October 20, 2010

Let us be normal people again 2.

I know,
you need time.

you had issues.

but do remember, this is the life that you chose, that we chose.
It's all about tolerance, and honesty, and understanding each other.
I know we love each other.
and I hope we can fix this.

Let us be normal people again.
Like we always do.

Monday, October 18, 2010

Are you ready?

Thanks to UKM, dan pengurusan, jadual exam dipercepatkan.
Gap yang panjang jadi sikit.
Dem.
Terima kasih kepada yang terlibat.

I'm home right now.
Pagi tadi sempat ke surau SPPK dan jumpa Ayu.
Dan sempat bersama-sama keluarga Ayu ke kubur sekali. with Syikin.

Allah saja tahu perasaan dia.
Semoga roh arwah ayah ayu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.




'Kat sini kita punya tempat nanti Icah, pilihlah yang mana satu'
Syikin,Oktober18,Tanah Perkuburan Segambut Dalam, sambil menunjukkan pada tanah di kubur yang masih kosong.

Bila fikir-fikir balik,kita struggle gila-gila untuk score dalam exam. Dan kita tak kisah hasilnya bagaimana, janji kita study dan boleh jawab.
Tapi,macam mana dengan mati?
Cukup ke apa yang kita ada untuk bekalan di sana? Macam mana dengan 'exam' dan 'ujian' dengan Allah?
Bila-bila masa je Allah nak panggil, bersediakah kita?


ada satu benda yang kita selalu lupa,
kita lupa tentang mati.


Satu hari nanti giliran kita

Kali terakhir saya menghadiri upacara untuk jenazah , bermula dari kafan sehingga lah ke masa di tanah perkuburan, ialah masa saya darjah 3.
Masa Tok Cik meninggal dunia.
Masa saya masih lagi tak faham apa-apa.

Bila saya lihat Mak menangis, saya mahu turut menangis, tapi tak tahu kenapa.

Well, saya masih kecik kot.

Kalau esok saya sempat ke rumah Ayuni untuk menziarah famili Ayu setelah mendapat khabar yang ayahnya meninggal dunia malam tadi, itulah kali pertama dalam 12 tahun ni.

Bila rasa kehilangan, Tuhan saja yang tahu.
Walaupun jauh sudut hati, sedar yang semuanya kepunyaan Dia.
Tak pernah menjadi hak milik kekal hambaNya.
Tapi, rasa sedih Dia saja yang Maha Mengetahui.

Berbanyak lah bersabar Ayu!

Sejak Atuk Wan tiada, saya rasa lebih fragile. Senang sangat menangis.
Tiap kali bila terkenangkan arwah atuk.

Tu semua ujian dari Nya.



Satu hari nanti giliran kita.




Wednesday, October 13, 2010

Average is me.


Inspired by this video http://www.youtube.com/watch?v=ULRosL7AOpk,
thanks to Nurul.

Average may not be fame, wealth, or achievement.
But, by being average, you're not given opportunities, but you fight for it!
-Anthony Corvino, a bachelors degree candidate in political science of The Binghamton University.


The Binghamton University Events Center was filled with laughter provided by undergraduate Anthony Corvino, a bachelors degree candidate in political science, chosen to deliver the undergraduate student commencement remarks.

Corvino championed the "average" individuals out there, who aren't often in the limelight, unlike their genius fellow students. The political science major thanked his "average" mom for always sending him a package of Swedish Fish and Sour Patch Kids on Halloween, and he proclaimed his opinion that Wikipedia is the greatest innovation ever. He then urged fellow graduates to thank those who helped them get to this point in their life.

He also told his compatriots that while they may be "average," that doesn't mean they can't have an effect on the world and others.

"You aren't given opportunity," Corvino said. "You fight for it."

Corvino will remain at Binghamton to pursue his masters degree in elementary education. He has performed with the Dickinson Community Players and in Bard in the Yard and is currently the president of the Roller Hockey Club.








Saturday, October 9, 2010

What comes next?

I have been thinking, a lot.

about me, about my future, about where i'm heading to next.

I've chosen this path. Without pressure. From anyone, not even my parents.

I love what i'm doing, I love what I see and what I learn every time I go to class.
I love my lecturers and admire them, and their knowledge.

It's just that i have doubts for myself.
Whether I'm good enough in this area.
Jobs opportunities?



For now,
Apa yang saya boleh buat ialah tunggu dan lihat.
Dan berdoa pada Allah.
Supaya jalan yang diambil ini benar dan baik buat saya.



Doakan yang terbaik buat saya :)






Monday, September 27, 2010

P/S : we LOVE u


Nasib setiap orang berbeza.
Dugaan setiap orang berbeza.

Dan yang pasti,
ada hikmah di sebalik segala-galanya.
Jangan kau gusar,
Jangan kau ragu,
Kerana kita pasti, Tuhan tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia.

Dan kami akan sentiasa di sini!

Minta maaf kalau pernah menyakiti.
Terima kasih kerana sentiasa di sisi.
Sememangnya,kau sahabat sejati!

Moga hari ini,
Kau bertambah bahagia,
bertambah ceria.
di samping bertambah usia.

Moga Tuhan sentiasa memberkati,
perjalanan hidup kau,
dalam meniti hari-hari.

Happy Birthday Nisa!
May happiness be yours, always.

P/S: We Love U

A day of gratitude.


Semalam hari penghargaan.
Hari memanjatkan kesyukuran.
Juga hari mengenang persahabatan.

Alhamdulillah,syukur Ya Tuhan.
Semoga persahabatan antara kami berkekalan,
dunia dan juga akhirat.

Kelemahan diterima,
Kebaikan dirai dan dihargai.

Kamu adalah anugerah Tuhan.
Yang tak mungkin aku ganti
Dan tak mungkin dapat dicari
Walau ceruk hujung dunia sekalipun!

You guys are life's blessing!and i love u to death!

Happy 21st Birthday Popo!
Seriously,it was one of the best day i had in my life!
Reminiscing on our friendship.

May Allah bless u.


Tuesday, September 21, 2010

Syikin.Happy birthday!






Syikin mokhtar,
maaf ye, lambat buat post khas utk kau!

HAPPY BIRTHDAY!
semoga panjang umur+murah rezeki!
semoga bahagia dunia akhirat!
thanks for being such a super duper kawan yang sengal extravaganza!
haha!

silalah menjamu selera mata dengan mengembalikan nostalgia yang tak berapa nak lama sangat!
haha.

Saturday, September 18, 2010

Bila hati dah suka

Bila hati dah suka,

Yang indah saja ada di mata.
Semua tentang dia, indah-indah belaka.
Tiada cacat cela.
Kalaupun ada,
buat-buat tak nampak saja.

Dialah satu-satunya kumbang 7 bintik di dunia.
Tiada yang sama.
Tiada yang setara.

Mana lagi nak jumpa sepertinya?

Sayangnya,
dia sudah berpunya.
Hati selalu berkata,
Kenapa bukan aku yang di matanya?

Saban hari teringatkan dia.
Setiap masa terbayangkan dia.

Tapi kawan,
Tuhan Maha Mengetahui
Mengapa kau bukan untuknya
Mengapa bukan kau yang dipilihnya
Yang pasti,
ini takdir Ilahi,
yang perlu kau fahami
dan tak harus persoalkan dan kembali ke takuk lama
akibatnya, kau yang merana

Mungkin dia bukan untuk kau
Kerana kau berhak yang lebih dari itu

Sudah masanya kau berhenti,
menangisi dan meratapi pada yang tak pasti!



2nd part of Raya









Okay.
Here goes the second part of Raya.

Kali ni, Muar destinasi kedua.
Macam biasa, setiap tahun pun bergilir-gilir. Dan tetap ke kedua-dua tempat setiap tahun.

Ramai yang dah balik. Sebab tak ramai yang cuti. Jadi cuma ada 3 buah keluarga je yang tinggal kat kampung.
Pak Uda, Pak Njang dan keluarga Mak Ngah( Mak saya)

macam biasa, raya kat Muar pergi ke Kampung Kolam, Jorak.
Findings yang diperolehi sepanjang raya ni:
1. Saya berjaya mencungkil sejarah lampau dan juga mengenali nama2 saudara sepupu sepapat sebelah Emak yang berketurunan jawa.
dan telah tergelak *berdosanya* bila dengar nama pelik-pelik.
nama Tukul, Pungut, Elek, Nanuk, apa lagi,banyak la. Komeng.
Tapi, Tukul?tak tahan!
maaf pakcik !

2. Lebih mesra dan boleh berbual dengan orang secara ramahnya. Maybe sebab dah besar kot.
Tak lagi menyorok di belakang punggung Mak.

3. Nama-nama kampung memang sangat menarik!
Antaranya : Kampung Buntut Pulau, Lubuk Kawah, Minyak Beku.
Unik.mana ada kat KL macam tu. Taman Dutamas Seroja la.Damansara HEights la. Semua pon bunyi nak urban. Tak klasik. Haha.

4. Berat yang turun masa bulan puasa naik balik.
2 kg lost, 2 kg regain.

5. Raya is no longer as fun as it used to be bila dah besar.
Well, fit the purpose la kan. Raya bukan lagi tentang cerita apa best kat tv, lagu raya berkumandang kat telinga, duit raya siapa yang paling banyak.
Raya mengingatkan kita pada kebesaran Ilahi, ziarah-menziarahi, dan mengingati mati.

6. Jadi Mak memerlukan banyak kesabaran. Baru jaga Sarah satu hari. Mandikan, kasi makan minum, main-main. Nasib baik la budak tu dah 3 tahun. Tapi sangatlah comel!


Silalah lihat gambar raya kali ini.
Sangat malas nak berposing.
Jadi, gambar saya memang tak ada.
haha.
takat sekeping dua.


Salam aidilfitri~ :)





Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya.






Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin.

Buat rakan2 yg rajin follow blog saya ni :)
Terima kasih daun keladi,
Rajin2, jenguk2 lah lagi ye?

Raya tahun ni, tak cukup seorang, as always. seperti raya-raya yang lepas, dah dekat 7 tahun tak pernah lengkap satu famili. 4 tahun tak cukup 2 orang, 3 tahun tak cukup seorang. Mak Abah extra sedih sampai tak nak amik gambar famili utk raya ni pun. sobsob. penat2 panggil suruh amik gambar. Haha.

Si emikucing pulak sibuk call abah 3 kali sehari.
gila apa?homesick mengada2. memang anak kesayangan larr.
haha.

Saya baru pulang beraya di Temerloh.
Petang ni akan bertolak ke Muar. Sialah tunggu edisi album raya kedua pulak ye?
Raya dah tak ramai orang datang ke rumah, sebab Wan dah tak ada. Basically, orang datang melawat orang tua. Jadi, since orang tua dah tak ada, sangatlah tiada langsung orang datang menjenguk. Jadi, di pagi raya, kami bersenang lenang ke rumah orang lain dan melepak di rumah sendiri.

Raya kali ni, memang mencabar keimanan sungguh.
Berkejar-kejaran dengan tikus pada malam raya. fuh!
Family gathering yang terbesar. Baru tahu saya generasi ke 5 .
And the best part is,
dapat duit raya lebih sikit. Haha. Untung ada abang kakak yang dah kerja, duit raya boleh mintak!
hehe!

Okey,sebagai penutup, saya kasi sikit2 gambar raya di temerloh.

Salam aidilfitri!

Tuesday, August 31, 2010

Erti merdeka buat diri saya

Merdeka,
bukan setakat bebas daripada cengkaman penjajah, tapi merdeka dari segala sudut. Dari segi pemikiran, budaya dan juga aspek-aspek lain.

Alhamdulillah,
kami tidak hidup dalam ketakutan. Bukan dalam keadaan darurat. Dan kalau nak dibandingkan dengan rakyat Palestin, yang masih dibelenggui dengan musuh zionis walaupun di tanah air sendiri.

Merdeka bukan setakat pameran bunga api pada tanggal 12 malam.
Merdeka bukan setakat laungan merdeka kosong tanpa penghayatan.
Merdeka bukan setakat nyanyian lagu Sudirman setiap Ogos pada setiap tahun.

Tidak, merdeka lebih dari itu.

Supaya kita lebih menghargai kemerdekaan yang dicapai.
Jasa semua yang terlibat dalam memerdekakan tanah air.

Misi kita sebagai anak Malaysia yang lahir selepas kemerdekaan;
memerdekakan diri sendiri.
Yang punya jati diri anak Malaysia.
Lebih maju dan bertamadun, lebih sensitif dan peka terhadap kepentingan semua pihak, dan tiada lagi kepincangan, dan berhenti bertelingkah atas kepentingan diri sendiri mahupun parti politik.



Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53.



Friday, August 27, 2010

Surat untuk Hilmi

Ke hadapan Hilmi kucing meow lalalala,

Selepas awak pergi pagi tadi, Icah dah pun rindu kat awak. Oh, bila lagi mahu berjumpa?
Negara Kanada sangat jauh di mata.

Nurul kata, Abah diam seribu bahasa. Mak tak sudah-sudah mengalirkan air mata. Along pulak lain cerita, sangat gembira, mungkin lulus exam viva.

Bak kata Along, dah tak de kuih char koy atas meja masa berbuka.
Siapa lagi nak beli makanan petang-petang kat bazaar Ramadhan.
Ah, tak de orang nak complain2 pasal makanan tak cukup kat rumah lagi.

Seminggu dua ni, mesti mak abah sedih lagi. Takpe, it takes time. Lama-lama, oklah tu. Dulu masa Along dengan Nurul fly pon macam tu jugak kan?

Ingatkan tak nak nangis, walaupun Icah tau mesti confirm menangis punya.
Yela, I've been with u since forever. Dari kecik sampai besar.

Walaupun selalu gaduh-gaduh,
tapi,
awak tetap adik Icah.

and of course,
i love u.always.

Your sis,
Macicah lalalala.

All the best!


Okey, quick update.

Tiba2 dia nampak hensem luarbiasa pagi ni. Tak seperti bangla macam hari-hari lain.

hehe.

I miss u already!

Post panjang akan diupdate kemudian! sebab nak pergi kelas dah.

Rindu sudey.

Saturday, August 21, 2010

Life with purpose.

Kadang-kadang, kita terlupa tujuan kita di dunia.
Sebagai umat Islam dan kepercayaan yang kita pegang bahawa Allah itu ada, dan hanya kepada Dia kita sembah.
Juga kepercayaan bahawa atas Islam dan kerana Allah lah tujuan kita hidup di dunia.

Kita manusia biasa.

YA, kita lupa.
Atau sering buat-buat lupa. Bila kesenangan, kecantikan dan kemewahan terbentang di depan mata, segala-galanya kita sanggup tolak ke tepi. Kita putar belitkan apa yang kita tahu, supaya kita nampak seperti tak pernah lari dari landasan Islam yang sebenar.

Ya, kita manusia biasa. dan kita bukan bersifat 'maksum'. Tapi, atas sebab sifat manusia yang lemahlah yang membuatkan kita perlu sentiasa ingat pada asal usul kita. Dan tujuan kita hidup di dunia.

And ,back to basic.

Kita manusia. dan kita hamba. Dan kepada Dia kita berserah. Kepada Dia kita memohon.
Supaya hati kita sentiasa dalam iman. Supaya kita merasai nikmat iman. Supaya kita berada dalam golongan beriman. Sebab kita tahu perkara utama ialah Iman.

Iman adalah mutiara.

Kita manusia. Kita lakukan kesilapan. Tapi, itu tak buatkan kita berhak untuk sering terjatuh untuk membuat kesilapan sehingga akhir hayat. Sebaliknya, kita belajar daripada kesilapan. Untuk menjadi manusia berguna.

Bila kebenaran yang terbentang di depan mata, tapi hati tak pernah menerima. Kita tahu, tapi buat-buat lupa. Kita tahu tapi kita tak mahu.

Ya, kita tahu tapi tak mahu. Mata tak pernah menipu, tapi hati selalu berkata yang palsu.

Dan akhirnya, kita keliru.

Tapi, kita tahu, Allah sentiasa ada. Panduan sentiasa ada di mana-mana. Kalau kita takl tahu, kita bertanya. Dan menyediakan diri untuk benar-benar belajar dan menerima kesalahan diri sendiri. Supaya kita tidak mengulangi.

Muhasabah diri.

Kita manusia biasa. Kita tahu asas hidup perlukan pegangan iman yang kukuh. Dan bila kita tahu kita lemah, kita belajar. Supaya kita dapat membaiki kesalahan diri. Dan menerima kesilapan yang kita lakukan .

Hidup ada tujuan. Bukan saja-saja.
Ada sebab kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi. Ada sebab kenapa kita berada di sini.
Ada sebab kenapa kita menjadi begini.

Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Semoga kita memperbaiki segala compang-camping yang terkoyak rabak.
Untuk menjadi hamba yang lebih baik.






Friday, August 20, 2010

Babbling part 1.

Life has been quite hectic lately. Bak kata adik ana, assignments melambak bagaikan longgokan sampah. Lepas satu, satu. Dan sekarang, sudah merangkak ke ramadhan yang ke 10. Haih, masa berlalu sangat cepat!

I'm happy with my life. Walaupun kadang-kadang busy melayan blues sendiri. Haha. Dan gila sebentar bila hormone tak stabil. * u know what i mean*

But, for now, life is okay. Kinda monotonous. But not dull or boring. Because I have my loved ones by my side. All the time.

Well, I don't know what to expect in the future. I want something new, and adventurous. Tapi, masih mahukan kehidupan yang 'laid back' at the same time.

*right, semua pun nak. tamak!*

But still, I just want something different.
and hopefully, it'll come in a good way.








Sunday, August 15, 2010

Ramadhan kali ni.

Bila langkah diatur ke bilik itu, acapkali mata terbayangkan sekujur tubuh sedang berteleku menghadap Ilahi. Saya rindukan wajah tua itu. Saya rindukan kata-katanya. Rindu akan suaranya.

Ramadhan kali ini,
Atuk Wan tiada bersama. Kalau dulu, selepas subuh, saya akan ke bilik atuk, dan berbaring bersama sementara matahari naik. Bertukar-tukar cerita sambil bermanja-manja.
Tapi, kali ni, Atuk dah tak ada. Dan saya tidak lagi ke bilik itu selepas Subuh. Ah, rindu sungguh pada atuk.

Ramadhan kali ini yang pertama tanpa Atuk Wan. Juga bakal menjadi Aidilfitri pertama tanpanya.

Ramadhan kali ini,
Moga bertambah-tambah amalan. Seronok dapat berbuka bersama rakan, solat dan tadarus bersama-sama. Syukur pada Tuhan.
Bahagia bila di rumah, berbuka bersama keluarga. Sekurang-kurangnya, sebelum Emi pergi.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumya, Amin!


Friday, August 13, 2010

I already miss u.



Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Dan saya berpeluang untuk merasa nikmat Ramadhan lagi tahun ini.

Alhamdulillah.

Encik ini akan berlepas tidak lama lagi. Dan dia bakal ke tempat yang lebih jauh dari semua orang, baik saya, Along mahupun Nurul. Kemungkinan besar saya tak berpeluang untuk menghantar dia ke airport atas urusan mid sem.

Mintak2 saya boleh hantar. Kalau tak,sedih!




Monday, August 9, 2010

Laughter and tears!




8/8/2010

21 tahun.

Thank you everyone for the wishes. Saya dah meningkat dewasa. Dah pun sampai ke peringkat dewasa awal.*haha*

Tahun lepas, tak sangka dah berangka 2. Dan tahun ni, angka 2 tu
dah ditemani dengan angka 1.
21.21 tahun. macam tak percaya.

Walaupun saya selalu katakan pada rakan-rakan, umur sekadar angka, tak membawa maksud apa2.tapi hakikatnya, it does make a difference!

Walau apa pun,
i'm GLAD,
HAPPY,
and
GRATEFUL

sebab sepanjang 21 tahun ni, Tuhan kurniakan dan limpahkan hidu
p saya dengan kasih sayang.
Dan hidup saya penuh dengan kasih sayang!

I thank Allah,
for the love HE gave me;

for MAK and ABAH,

for them; ALONG,NURUL and EMI

and for them too; :)
juga keluarga serta rakan-rakan yang lain.






Special thanks :
Nurul, for the dinner, and CUCI!
Nadia, Ana, Nisa, Laling, Popo, Dayah, Cikin and Cik Ji , for the video, dinner and the surprise!

How can I ask for more when I already have everything? :)


Tuesday, July 20, 2010

Happy Birthday Awak!


Euw.geli sungguh post title.
Haha.Tapi, buat kakak terchenta, selamat menyambut hari lahir ke 24.
24 tuh!
Tua sudah.
Kerja sudah. apa lagi, kahwin je la.
Haha.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Walaupun susah untuk mengatakannya,
tapi....

I LOVE U.

hoh.geli2.adios.

Sunday, July 11, 2010

Goodbye holidays!

Semester break yang super best.

But still, tak sabar pulak nak jumpa kawan2 yg saya sayang!
Ingat balik hari ni, tapi kena tahan kat rumah lepas diorang tahu Isnin tak ada kelas.
Huahua.

Saya tak sabar nak ke 9-18.
Jumpa org2 9-18.
membuang habuk dan mencantikkan bilik saya!
yeah!
i'm coming!

Thursday, July 8, 2010

Bila cuti lagi?


Tinggal lebih kurang 3 hari je lagi nak mula semester baru.Cuti was awesome!
Meh sini saya cerita apa saya buat masa cuti ni.

1. Pulang ke Muar temankan Atuk Aki dengan Nurul. Dekat seminggu jugak duduk di sana. And the best part was I had to babysit my cousin, Sarah. Dia sangat comel dan pandai. Huahua. Mahu adik kecik baby!

2. Then, the next weekend, ada kenduri arwah di rumah saya. Rumah yang tak berapa besar tu dipenuhi dengan 8 adik beradik Mak dan anak-anak diorang. Hua. Sangat packed! Tapi, dah macam raya sebab semua berkumpul bersama. Last time semua orang berkumpul masa arwah Atuk meninggal dan saya tiada di sana.


3. Lepas tu, selepas hampir bergaduh2 dan berhempas pulas merancang sama ada nak ke Perhentian, atau Langkawi, last2 kami ke Pulau Perhentian, Terengganu.
Macam biasa, lepas habis rotation di satu department, Along dapat cuti seminggu. Dan dengan baik hatinya*haha* dia menampung semua perbelanjaan dan menjadi driver sepanjang perjalanan.


Saya bukanlah senang dapat bercuti. But this time,walaupun cuma di Malaysia, tapi berbaloi GILA! Kat sana ramai foreigners, most of them. Unfortunately, restaurant beach kat sana banyak yang cuba accomodate dengan budaya orang barat. Most of them serves alcohol. SO, sebaiknya, kita tak masuk kedai2 yang serve alcohol ni. Nasib baik ada satu kedai yang memang stricly tak jual dan tak bagi alkohol masuk dalam premis kawasan. Kenapa kita kena sesuaikan dan memenuhkan permintaan pelancong asing ni?Sedangkan they are the one who have to accomodate with local's culture,kan?


But still, Pulau Perhentian is indeed BEAUTIFUL. Laut biru, pantai cantik. Air jernih sangat! Snorkeling was a great experience for me. Dah la tak reti berenang, so, memang la panik gila masa mula-mula dan terkial-kial walaupun pakai safety jacket.
Haha. Yela,kena campak kat tengah2 laut. Siapa tak takut! But then, dapat tgk nemo, beautiful corals, swimming with the colourful fishes,nampak turtle,babyshark and stingray,memang worth it dan super awesome! Rasa macam nak tinggal sana je!

oh.lupa nak cerita, before ke Kuala Besut, kitorang sempat singgah ke Taman Tamadun Islam di KT. Cantik.Memang cantik tempat tu,cuma sayang, tak digunakan.

4. Weekend tu, kami ke Perak. Atas urusan kenduri kahwin.
Yang kelakarnya, kitorang salah tarikh kenduri. Huahua. Nasib baik bermalam di sana, so, bolehlah ke kenduri yang patutnya berlangsung pada Ahad dan Mak selaku perancang perjalanan ingatkan kenduri hari Sabtu.
Saya tak pernah menjejakkan kaki ke sawah padi. Kebetulan rumah atuk sepupu saya betul-betul di belakang sawah. Dan masa tu scenery sangat cantik.Sebab padi tengah menguning.

5. Then, minggu yang seterusnya, kami ke PD. haha. Destinasi favourite Abah. Hehe. But this time, lain sikit sebab kami ke PD bukan untuk mandi laut, tapi untuk ber jungle trekking. And sebab utama ke sana ialah Atuk Aki.

6. So, tu antara highlights masa cuti ni. Minggu-minggu lain dihabiskan di rumah, balik ke Muar lagi sekali untuk seminggu, dan bermalas-malasan di rumah sambil bermain wii.*xdela malas sangat kan?haha*Selain tu, keluar bersama-sama Nurul dalam 3 ke 4 kali. Merasa la Along belanja makan and the best part of this holiday is i get to be with my family.

Saya rasa seronok dan puas. Sebab ni la masa untuk family. for quite a long time. Dan buat beberapa tahun, dah lama kami tak berkumpul bersama macam ni. and I chose to be with them. dan mengurangkan kadar online yang tak sekerap dulu.

Emi will be leaving us soon. dan awal-awal dah suruh saya balik every weekend jumpa dia before dia pergi. huahua. tengoklah macam mana. ah, sedih pulak.

Cuti kali ni pon saya hanya sempat berjumpa dengan rakan sekolah cuma sekali. Tu pon masa diorang dah nak sambung study. Uitm kan masuk awal seminggu?haha.

So,cuti kali ni memang best. Next year, masa cuti ni akan dihabiskan dengan LI.
hah,tak sangka dah membesar. Untuk jadi 3rd year student.

'Kita semua dah semakin matang'-AsyikinMokhtar,balkoni RAH 2010.


Wednesday, July 7, 2010

Malam ini lain daripada biasa

Malam ni lain daripada biasa.
Tiada internet, tiada astro, tiada cahaya lampu kalimantang.
Yang ada cuma cahaya api lilin saja.

Maksudnya, tiada elektrik.

Malam ni lain daripada biasa.
'Candle light dinner'. Lilin yang bertapakkan tin biskut Hup Seng di tengah-tengah meja makan.
Scene ni bukan lah special mana, cuma, seronok bila makan bersama satu keluarga.
dan semua ada bersama.
'Dulu-dulu,masa kecik-kecik abah dah rasa dah.pakai pelita je,bersyukur je la dengan apa yang ada'

Malam ini lain daripada yang biasa.
Semua orang berkumpul bersama lepas dinner.
Sebab duduk dalam bilik panas, elektrik tak ada.
'aih,jarang nak ada time2 macam ni.Biasanya semua lari masuk bilik,'
dan Mak Abah mula mengenang nostalgia lama.
Masa kecik2,masa di rumah sewa di Segambut Dalam.
masa saya belum lagi wujud dan masih tinggal dalam rahim Mak.


Malam ni memang lain daripada biasa.
*memang ada hikmahnya bila elektrik tak ada*



Friday, July 2, 2010

Birthday wishes for these girls.




Mello.
Dia
Rajin buat tute.
Selalu siap homework!
Comel.
Cantik.
She's very interesting.
and i am very proud to have you as my friend.
hah!rindu gila kat member2 PDT ni!banyak gila kenangan.
Teringat masa kena kejar dgn Pak Guard malam2 sebab main basikal kat depan asrama pukul 2 pagi.and bilik kau dan Mai menjadi tempat persembunyian terbaik!Sampai tertidur esok pagi.Hah.Beba punya keje!hehe.

Really, i miss u guys!

Mello, happy 22nd birthday!Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki!

and this girl,
will be EMAK for the next sem.
sila ingat itu bakal anak-anak Rah 9-18.
hehe.
semoga Dayah dapat membendung kami dari membuat kejahatan dan kesilapan.
hehe. sila tegur saya dan rakan-rakan kalau kami buat salah!
and i am looking forward to have u and awina in the house!
WELCOME!
semoga panjang umur dan murah rezeki.bahagia dan berjaya dunia akhirat!
Alhamdulillah, I thank Him for letting me to know you .

*game Brazil and Oranje mmg drama. haha. Ref bunguks!*

Thursday, July 1, 2010

Can I ask for more?









AH, malas sungguh nak balik uni.
Masa bermalas-malasan dah hampir ke penghujung!
AH,tidak2!!!!

Peringatan utk diri sendiri dan rakan2. ;)

"Jangan salahkan lelaki apabila mereka memandang tidak berkelip mata. Salahkan diri sendiri yang bermurah hati untuk mempamerkannya kepada lelaki secara percuma.

-Bihah,taken from Al-Islam-

Tuesday, June 29, 2010

ULTIMATE acceptance.


Walau semahal mana dress dan accesories,

Brand yang paling mahal kat dunia sekalipun,

Dan kelihatan serta merasa 'posh' bila memakainya,

mula rasakan orang lain tak mungkin dapat menandingi ,

cuba toleh sekali lagi dan lihat,

diri sendiri di cermin.

adakah pemakaian kita diterima Dia?



again, it is the ultimate acceptance that counts.


life is a learning process.

for us to be a better ourselves for the day of judgement.

That's the ultimate acceptance.
(ainishamsi,august 2009)

Friday, June 18, 2010

Saya punya angan-angan tinggi,

Boleh tak kalau saya inginkan yang tinggi-tinggi?

Saya seorang yang senang berpuas hati.
Dengan apa yang saya miliki.
Dan bersyukur atas pemberian Ilahi.

Tapi, sekarang,
saya mahukan yang lebih lagi.
supaya saya dapat perbaiki diri sendiri.

Saya inginkan yang tinggi-tinggi.
Agar saya tak berakhir dengan kekecewaan.
di kemudian hari.

Doakan ye?

Rasa bersemangat bila dengar lagu ni.
huhu.


A.P.I PELITA


Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,


Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

slagi hayat di kandung badan,


Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir.


tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,


tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi

Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….





Kau umpama susun silang kata!


Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

Monday, June 14, 2010

Let's do this again!






i may say,
this time, it is the ultimate holiday!freaking awesome!

Cuti kali ni memang sangat seronok.
Thanks to Along, i had real great time.Walaupun dekat je, tak la jauh mana, haha, but still,sangatlah best!

And thanks to Abah too.

masa bercuti, kepala dah berkira2, kalau berjalan2 ke sini dengan kawan mesti seronok.
and while i was away, i kept thinking about the excitement if i share these experience with my friends since i have never done that.( except for bercuti sambil bekerja di Hulu Langat, and yes it was awesome too!)
and it would be great if we're going for another one!
tak kisahlah ke mana pun awina nak bawak, marilah kita pergi!
(walaupun saya meragui persetujuan dari mak abah,haha)

But still, i do ENJOY this holiday with my family!
every second!

Alhamdulillah.

for more pictures, sila ke sini