Saturday, January 30, 2010

The little things

The little thing that they do..
makes me melt,
and falling head over heels,
*cair,cair*

u don't need to buy us rings, or necklaces,
not car, or even expensive dinner..
the little things that u do,
makes my heart goes DAMN happy,
*sengih2 sampai nampak gusi*
and my face becomes red..
bak kata nadia, aura kegumbiraan terserlah!
*ah,kena cover ni*

awak tak payah susah2,
saya tak kisah awak tak bermuka kachak,
juga tak perlu jadi sekaya Putera Azim ( anak sultan Brunei),
tak perlu se'genius' einsten,
tak sepuitis A. Samad Said pon takpe..

Ah,Hyun Joong!nak macam Hyun joong!!!
seriously mamat ini sgt comel+sengal+super cute!!!KAWAII!!



sorry ana!can't help it,he's just sooooo damn handsome and cute and mamat paling sengal yang aku pernah jumpe!(as if) haha!xpe, aku tak amik dia, cuma nak yang sebijik cam dia!hehe..;p

Monday, January 25, 2010

Merungkai persoalan

Mari kita bercerita dari hati ke hati.

Saya bukan homo.
Juga bukan lesbo.
Pengkid juga bukan.

walaupun saya masih tunggal,solo, dan macho,tak bermakna saya tiada perasaan untuk lelaki.

Umur makin meningkat. Saya tahu, ada yang pernah tanya saya, dah ada calon?

Atuk pon pernah tanya,
'Icah ada kawan ( sila baca= boifren )? '
Dan saya dengan machonya menjawab,'takde la tok, kawan tu ramai la,'

Haha,sobsob gila, sebab atuk2 dah mula bertanyakan soalan2 pelik begini. Well, taklah pelik mana sebab tahun ni pon umur saya menjangkau 21 tahun. Hah, macam tak percaya.

Tapi, buat masa sekarang, saya tiada ada rasa buat kaum adam.
Bak kata Cikin, nak melalui fasa berkenalan sangat melecehkan, dan menyusahkan.
Dan zaman2 'text-ing' manusia yang dari kaum lelaki dah lama berlalu buat saya. Zaman2 sengal dan cekodok gila yang buatkan saya rasa nak golek2 kegelian bila teringat balik!
Haha!Those time..*tersengih sorang2 mengingatkan kebodohan diri sendiri*

Well, setelah mengkaji2, saya datang dengan kesimpulan ini.
1.Zaman2 itu, masa kecik2 dan tidak matang *kecik la sangat* ialah satu fasa normal. Yang semua orang lalui. Cumanya, saya tak bertemu En Yang Betul itu lagi.

2.Dan saya juga simpulkan, jangan memulakan apa2 hubungan, sekiranya anda sendiri tak pasti dan tak ready.

3.Biar anda diselubungi rasa excitement dan keseronokan itu sendiri, tanpa paksaan dan yang penting tanpa tekanan.

4.Walaupun lengkap pakej sekalipon, kalau tiada rasa, tak kan nak paksa?

5. Dan silalah merungkai perasaan anda pada orang yang anda claim anda suka bertahun2, dan akhirnya mendapati, dia tidaklah sebaik dan sesempurna yang disangka. Walaupun anda tidak pernah dapat merungkai kenapa anda sukakan dia! GEt over it!


Biarlah rasa tu datang sendiri, buat masa ni, saya seronok dengan life sendiri. Tak payah nak susah2 nak pikir tentang orang lain. Masalah assignment pon boleh buat kepala pusing,lagi2 masalah2 hati.


Kalau ada,ada la.

Boifren en. co- pilot yang sungguh memikat hati bukti ke tidak homo an !


Post ini utk org2 single yang cuba mencari justifikasi untuk ke'single'an mereka!haha!

Malam minggu yang ada..UMPPPH!

Okay, setelah lama tak mengupdate tentang hidup sendiri.

Last Saturday, saya dan anak2 serta bapak RAH ke Laman Santai Istana Budaya. Chill out on Saturday nite di sana bersama2 anak2 RAH dan anak2 K1.
Pengalaman yang super seronok. Tapi, diingatkan kepada sesiapa yang berminat nak ke sana, silalah isi perut anda dulu sebab choices of food tidaklah menarik dan banyak.
*thanks to Mak yang susah2 masak dan hantar nasi beriyani, perut kami hanya disumbatkan lagi dengan otak2,air jambu,dan aiskrim kat Istana Budaya*

Artis2 yang buat performance malam tuh memang best la. Kopratasa memang 1st CLASS!
Bak kata awina, keluar je lagu yang untuk isteri tu, cepat2 dia cop declare tu lagu kawin dia. *haih,berjiwa karat juga makcik nih*
En. Zamani juga membangkitkan zaman2 masa kecik2 dulu dengan lagu Nur Kasih. Haha. Serius, cam..lepak ar,best!

It was a SUPER FANTABOLOUS weekend!

Friday, January 22, 2010

Masa yang tak boleh diputar kembali!

Bila tiba2 teringat masa dulu2,
masa yang saya terkilan, dan kalaulah diberi beribu peluang untuk kembali pada masa tersebut,
apa saja saya sanggup korbankan.

Saya bukan berbuat2 lupa, berbuat2 tabah,
tapi rasa terkilan tu akan menggunung2 bila saya memikirkannya.
Saya sayangkan dia, dan pemergian dia dalam hidup saya sangat meninggalkan kesan buat saya dan keluarga.

Lebih menyedihkan,
saya tak pernah ingat jika saya pernah ungkapkan kata sayang buat dia!
Setelah 3 tahun lebih, baru hari saya sedar, dia benar2 tiada!

Monday, January 18, 2010

Ada apa dengan Sharifah Aishatun Najihah?


Sejak tiga jam yang lepas, lepas taip panjang2, saya tekan kunci ' backspace' berulang kali.
Dan saya buat benda yang sama berulang-ulang kali sejak tadi hinggalah jam 12.

Mungkin sebab saya dah pernah buat satu post untuk Cik Pah yang sorang ni. Suatu ketika dulu. Atas permintaan dia sendiri.

Merungkai persoalan siapa Cik Pah yang sebenarnya?

#Anak umi dan ayah dia.Cik puteri yang satu!

#Ada banyak lelaki2 dalam famili.*uuu..sewronok bak kata awina*

#Suka kamera, hampir terbeli dan menahan godaan nafsu membeli tahap impak maksima di foyer K1. ( fb sebagai saksi!)

# Pemain mafia tegar, selepas Amalina. * tak penat ke Cik PAh ku?*

#Tidur sentiasa dalam keimanan, khusyuk gila .Memang harapan tinggal harapan la kalau ketuk pintu bilik CIk Pah kita time2 dia tengah beradu,haha*

#Ni yang paling penting, mesti HIGHLIGHT!
Dia jatuh cinta pada MASHI MARO UKM. *Oh tidak, sedarlah kamu, dia sudah berpunya, umur meningkat, carilah mashimashi yang lain walaupun sukar dicari ganti!ahahaha!*

HAha, CIk Ji, jangan amik peduli, saya kering inspirasi,
jadi, buat2 tak peduli!

Otanjoubi omedetou!Happy birthday! ....Kuai LE!
Semoga umur yang bertambah, mematangkan lagi umur, dan fikiran, ( tiada lagi MASHI2 )
menahan nafsu dengan lebih hebat, ( oh, kompem kena sepak beramai2 bersama2 dengan laling dan nadia pagi nanti)
PAnjang umur,murah rezeki, bahagia dunia akhirat,berjaya dunia akhirat!

Sengaja letak gambar CIk Ji yang candid!Well, pictures are not necessarily should be looking CUN,HAWT,kan?haha!
Oh, ye, sengaje bagi name CIK PAH, anggap ar nama untuk birthday!haha!

Monday, January 11, 2010

Falling head over heels~

Melayankan cerita korea yang sangat comel dan romantik, sangat bahaya!
Sebab kebarangkalian untuk anda jatuh hati kepada en. Perfect,ataupun hero-hero yang ada dalam cerita tu sangatlah tinggi.

Hensem,comel,kerek gila, tinggi, kaya, sweet..^^
Sape tak jatuh chenta??
Orang yang tak jatuh chenta pada mereka sangatlah pelik!

Jun pyo,jun pyo!

Dah lama tak gila macam ni sejak matrik dulu!haha!
Blame mereka!Saya dah jadi gila!

Friday, January 1, 2010

Farewell 2009, Welcome 2010

Selamat tinggal:

1. Manusia yang boros berbelanja.
2. Manusia yang pernah ter'kero' dengan hebatnya.
3. Tahun yang SUPER seronok.

Selamat datang,2010.
Moga tahun baru mendatangkan kebaikan, pengajaran, kebahagiaan, dan segala-galanya yang bermakna dalam kehidupan.