Thursday, December 31, 2009

Lessons Learned

Kalau dulu, duit bukan masalah buat saya. Dan tak pernah menjadi masalah. Duit poket ke sekolah pon bolehlah tahan. Tak la banyak dan takla sikit. Cukup untuk makan di sekolah dan membeli extra jajan.

Dan dulu, saya tak reti dan tak pernah shopping sendiri, selain menggunakan duit mak abah dengan jayanya. Itupon, saya bukanlah anak yang meminta2. Cukuplah sekadar yang mereka mampu je.

Dan di matriks, every month pon abah bank in duit. Dan duit elaun tak terusik.

Sejak ke uni, saya belajar menjadi pengguna wang dengan jayanya. Disebabkan bila withdraw duit, angka yang sentiasa banyak menyebabkan saya tak kisah untuk ke ATM setiap kali keluar.
Bila nak membeli makanan, saya tak kisah walaupun harganya tak berapa nak murah, janji saya dapat merasa.
'ah,sekali sekala apa salahnya!'

Dan pada masa yang sama, sejak ke uni, abah tak lagi bank in duit seperti dulu2.
Dan saya hanya bergantung pada duit scholar semata2.
*tu pon dah cukup dapat duit scholar, bukan semua orang dapat*

Sekarang, bila duit JPa tak masuk2, nak keluar duit untuk makan pon berkira2. Saya bukanlah jenis orang yang meminta duit daripd mak abah. Selagi mereka tak hulur, selagi tu saya diamkan. Biarlah kalau terpaksa makan megi hari2 sekalipon.

I learn it by hard.
Walau tak sesusah mana,saya mula belajar. Bukan senang nak dapat duit. And it is definitely not easy to earn money.
Makan tengah hari pon berkira2.
Nak shopping, tahan je nafsu sebab tahu ukur badan sendiri. *tiada duit*
Dan saya mula sedar apa maksud mak abah selama ni.

'Kalau time belajar dulu, makan megi je hari2,'
'Nasi lauk telur,sayur,'
'Baju pon pakai baju lelong je,'

Percayalah, bila mak abah cerita zaman susah2 mereka dulu, saya tak dapat nak bayangkan.

Saya tahu, ujian Allah ni sikit je kalau nak bandingkan dengan apa yang mereka pernah lalui.
Saya bukannya jatuh muflis dan diisytiharkan bankrap.
Saya masih punya sisa2 baki duit.
Dan saya masih bertuah kalau dibandingkan dengan orang yang jauh lebih susah daripada saya,terpaksa kerja sambilan.

Saya sedar apa nilai duit sekarang.

Simpan untuk masa depan.
Di kala kesesakan.
Kala hujan.
Untuk masa2 seperti ini.

well, it's true.
'Sediakan payung sebelum hujan'

But it don't make no difference,
The past can't be rewritten,
You get the life you're given,
Oh, some pages turned,
Some bridges burned,
But there were,
Lessons learned

Carrie Underwood,Lessons Learned

Wednesday, December 30, 2009

Short and simple.

Okay, this time i'll make it short and simple.
*yeah,right!*

1. Avatar was great, the graphic, cinematography, theme, the message. It was great. Yeah.
and i fell asleep. 3 times.
Yeap,kena marah ngan cik Ji 3 kali. Haha.

2. JPA, masih belum menjalankan tugas penting mereka.
Dalam kata lain, saya masih belum kaya. :|

3. Saya sudah graduate dalam silat. Berjumpa lelaki comel dan comel!Aha!*apekah?*

4. Merempit dari Wangsa Maju ke Plaza Rah di tengah2 malam. *Cool and windy*

Saturday, December 26, 2009

Saya suka cerita pjg2!

1. Perempuan yang tengah dalam proses 'BERDARAH' jangan dikacau sekali2. Jangan diusik pon.
Emosi sungguh tak stabil. Rasa macam nak marah2 orang. Lagi2 pakcik yang menumpang bilik saya!

2. Okay, krisis kegawatan ekonomi melanda dengan super HEBATnye. Tengok orang lain shopping macam best. Tapi, obviously, saya tiada nafsu. Tiada duit. Tak tahulah ada duit nanti baru ada nafsu kot. YES dah hampir ke penghujung!

3. Jadik 'rep' secara tiba2!Nik,no worries, saya tak marah sama kamu. Malah berterima kasih. Ada hikmah di sebalik segala2nya yang berlaku.
Tapi, masih musykil, sebab macam tak tahu nak buat apa sebagai 'rep'! HAHA! Sorry la ye rakan2,mungkin kamu semua bernasib malang mendapat REP macam saya! Hehe..

4. Next week saya akan menyambut cik Ainishamsi dengan gulungan karpet merah di KLIA!
Haha,tak sabar nak tengok wajah baru cik aini yang dengar kabarnya sudah turun 10 kg!
*tak kisah berapa kg pon awak, awak masih kakak icah,cuma satu je, bawak balik bf untuk icah dari sane!(well,takyah pakai duit pon,boley jadi hadiah paling bermakna!haha,merepek lagi)

5. -Kelas dah start. Macam2. NAsib baik ada kelas dengan Dr. Poh. Rasa cam tak lengkap hidup saya sebagai student NUTRI tanpa tunjuk ajar dr dia!hehe.
-Dr. FAwwaz is the best story teller! Mengangguk2 bagaikan bersedia direkrut menjadi army dan termasuk dalam troops yang akan dihantar menentang makhluk asing!
-Dr Suhaina, subjek menarik, tapi susah buat saya! Creativity isn't my THING! oooh..tensi..tensi...
-Sekali lagi berjumpa PAK KAS kesayangan serta abg IJAM yang makin terserlah !
-Hubungan insan yang mengantuk! HArap dpt berjumpa dgn POK NIK sekali lagi! lecturer ZT feveret saya, ;p
-OOOOOh tidak, Sabtu dicuri sekali lagi dgn HM! Benci2!!!!!


Okeyh, BERDARAH, pening, malas nak layan.
Cukup reason utk pegi tido.
Selamat malam. Bai!

Friday, December 25, 2009

We celebrate 25th Dec every year!


Kalau tarikh 25 Dec 1983 tak pernah berlaku, saya tak pernah wujud, juga Along, Nurul dan Emi.

Semoga mak abah bahagia,terus bahagia, dan berkekalan dunia akhirat!
HAPPY 26th ANNIVERSARY!

Saturday, December 19, 2009

The UGLY truth

Sedang elok2 bersembang2 sambil makan nasi carrot hasil tangan mak DAyah yang memang 1st class,(pjg betul intro),saya dengan selambanya bertanya kawan2 yang sedak duduk semeja; dayah,ikin,ayu,alia,nana,ati,haziq,rais and ucop.(ye,semuanya saya sebut).

'Sape yang botak tu?dak segambut jaya gak ke?'

Semua bantai gelak!Haha.
BAk kata ikin,
"Icah kan tak kenal orang,kekadang tu tak nampak,haha!"

Tapi bukan itu yang saya nak highlight di sini.
Apa yang saya nak highlight kan ialah respon si ucop.

"Kenapa cah?Ko berkenan?"
Dengan hebatnya kepala saya digeleng 180 darjah.

"HAha,aku bukan apa,aku rasa kalau ko nye taste,tinggi la cah. Sebab tu sampai sekarang belum jumpa2 lagi,"
"Yela,Icah nak yang macam Remy Ishak,"bak kata IKIN.

Bila ucop sebut pasal taste saya yang sangat 'tinggi' itu, semua mengangguk2 macam ShinChan.
Tu yg timbul nama Remy Ishak, VAn Persie, dan ramai lagi jejaka2 yang pernah bertakhta di hati.*ecece,tersenyum lebar*

Tapi hakikatnya, kalaulah dorang tahu, lelaki yang saya ada hati, tidaklah sehensem mana. Tak sesopan dan se'gentlemen' mana. Juga tak se'concern' mana.
Lelaki2 yang pernah saya suka, sejak sekolah, bukanlah yang diberi markah perfect 10.

Hakikatnya,saya sendiri tak pernah tahu.Kenapa mereka2 orang yang saya suka.
Ala,takyah susah2 pikir,tengok Remy Ishak. Dahla muka cam bangla, celah mana saya suka pon saya tak tau.

Kalau ada soalan, kenapa suka dia?
Trust me honey, I can't answer that question. Agak complicated walaupun the truth is, ianya tak serumit mana.Huhu.

Dan berbalik kepada jawapan Ucop. Dia salah sama sekali. Taste saya sungguh tidaklah setinggi mana!
Tapi..bak kata orang, kalau hati dah suka,nak buat macam mana! hhahaha

Post yg geli.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah~

Semoga sirah Rasulullah di sebalik peristiwa Maal Hijrah kita jadikan sebagai iktibar dan menjadikan tiap2 langkah kita satu penghijrahan dalam perjalanan hidup.

BAk kata Ustaz kat Masjid Wilayah semalam,

'Tinggalkan yang semalam,
Hidup pada hari ini.'

Untuk beberapa hari terakhir di rumah sebelum semester ke 2,tahun ke 2 bermula, saya sangatlah gembira.

Waktu makan bersama2 nampak bahagia.
Buat kerja2 bersama2 rasa bahagia.
Menonton tv bersama2 juga bahagia.

Rasa seperti malas mahu pulang ke Plaza Rah,tapi tak sabar.
Ye,saya sangat menikmati cuti 1 bln lebih ni.Mungkin jangka masa yang tak berapa nak lama buatkan saya enjoy each and every moment.
Dan mungkin juga disebabkan kehadiran pakcik2 di rumah.En. YUsuf dan juga En. Hilmi.
Menunggu kepulangan cik ainishamsi 31 Disember ini!Tak sabar rasanya! :)

Wednesday, December 16, 2009

No regrets.

Susah bila kita mahukan semuanya yang terjadi hanyalah mimpi ngeri
*oh tidak,sangat ngeri*
dan kita cuba buangkan jauh2 fikiran itu,dan anggap,
takpe,lain kali mesti boleh lagi
Takpe,takyag pikir sekarang,
perasaan tu semua boleh postpone

Tapi hakikatnya,itu yang terjadi. Dan kita tak punya kuasa untuk mengubahnya bila keputusan dah terjadi.


'Sila berikan kata2 perangsang buat saya,saya down'
'Argh,macam mana nak bagitau makbapak ni'
'Takpe2,nnti cuba lagi'

Dan kata2 itu hanyalah untuk orang2 yang obviouslykecewa.
*ye,you know what happened*
Tapi,
Dia Maha Kuasa.
Ada sebab kenapa saya tak pernah berada di atas.
Ada sebab kenapa saya tak pernah dapat apa yang saya inginkan
Ada sebab kenapa saya bukanlah 'the apple of their eyes'
Ada sebab kenapa saya tak pernah menjadi perfect dalam setiap ujian.

Tak seperti Along.Tak segigih Nurul.Tak sebijak Emi.

Takpe,saya terima.Dia punya perancangan yang lebih hebat.Dia Maha Mengetahui.Betapa kecewa dan remuk redamnya hati ,betapa takutnya saya nak memberitahu satu famili,keputusan tu tak pernah berubah.

Maaf,saya agak emosi.huhu.

Somehow,saya perlu lakukan jua. At least saya dah buat yang sebaik mungkin,walaupun mungkin bukan terbaik. Saya tahu there are LOTs of rooms for improvement. Sangat banyak yang perlu diperbaiki.

Enough of words,it's time for action.

Saya mencabar diri sendiri untuk saya menjadi bukan orang yang hanya pandai berkata2.

TO FIX everything!It's time.No play.More works. And bring out better attitudes,no,the best of attitudes that i'll become!

Friday, December 11, 2009

Apa yang sanggup dikorbankan kerana cinta?

Well,tajuk di atas sepatutnya ada masa Raya Aidiladha yang lepas,bukan?Haha.Tapi,apa yang saya nak katakan di sini ialah,berkorban kerana cinta?How far can you go just for the sake of love?
Saya punya kawan,in fact,2 orang kawan yang sangat saya sayangi dan telah mengorbankan banyak demi cinta mereka untuk seorang lelaki.

After the long conversation that i had with her on YM,i finally know the answer on why she's been acting weird with men lately.Prejudice.Trust.She had hard time.Really hard.
Dan tak perlu saya ceritakan details utk kisah cinta dia.Cukuplah jika saya katakan,dia dah banyak mengorbankan masa,perasaan,kasih sayang dan hampir segala-galanya untuk lelaki tu.Walaupun lelaki tu tak berlaku jujur,menipu,tapi kawan saya masih terima dia atas dasar rasa sayang.

Perasaan sayang boleh membunuh!

Demi si dia,
duit berjuta2 pon saya sanggup habiskan.
Demi si dia,
saya tak kisah merana,janji dia sentiasa bahagia.
Demi si dia,
biar saya berikan semua masa yang ada untuknya.

Demi si dia.........

Segala-galanya mahu dikorbankan. Demi cinta yang tak pasti ke mana hala tujunya.
Kenapa kita boleh senang berubah dan menyatakan rasa cinta untuk orang yang kita tak pasti boleh bahagiakan kita dunia akhirat?

Dan berakhir dengan cinta yang memakan diri!!

Kebarangkalian untuk mendapat si dia yang lengkap serba-serbi,baik dari segi perangai,hati,mahupun luaran adalah seperti 1 per sejuta. Kita tak boleh nak mengharapkan malaikat sempurna yang jatuh dari langit akan melamar cinta kita.Dan manusia tersebut tak mungkin wujud.

Tapi,hidup kita dah sedia dengan percaturannya sendiri. Kita manusia. Manusia yang lahir dengan hati dan perasaan. Naluri menyayangi seseorang tak mungkin TAK wujud langsung dalam diri kita. Dan dengan mudah, dialah sebab kenapa kita sanggup berkorban untuk segala-galanya tanpa kita mengetahui samada dia juga sanggup melakukan perkara yang sama.

Dan pada masa tersebut,kita masih tak tahu samada dia orang yang berbaloi untuk hidup kita.BErbaloi untuk segala pengorbanan.

Sayang seseorang bukan mudah.It's like letting that special person a special room in our heart and no one could take her/him away from you.

Tapi..
Kita kena ingat,perasaan prejudis tu perlu ada.Dan 100% bukanlah angka kasih sayang dan kepercayaan yang sesuai untuk kita berikan.

Perasaan sayang itu indah,tapi,perlu seiring dengan kebijaksanaan.Dan bukan menyayangi dengan membuta tuli.Dan perlu bijak untuk siapa cinta tu perlu diberikan dan sejauh mana pengorbanan yang sanggup dilakukan demi cinta!







tetibe terselit gmbar remy ishak,haha,tiada kaitan!

Tuesday, December 8, 2009

Reunion yang best!



It was a great night!Berjumpa semula dengan rakan2 sekolah yang rata-ratanya adalah dekat 3 ke 4 tahun tak jumpa.Ada yang dekat 6 tahun tak jumpa pon ada!
Perjalanan program yang best!Daripada shopping barang2,buat puding,basuh ayam, perap ayam sampailah ke malam reunion!

Looking forward for coming reunion party next 2 or 3 years perhaps?:)

Wednesday, November 11, 2009

Self-discovering.

Banyak yang ingin saya katakan.
Tapi,eloklah saya tidak teruskan apa yang telah saya taip berjela-jela tadi dan end up menyakitkan hati orang sekali lagi.
Dan saya percaya tindakan menekan kunci 'backspace' adalah yang terbaik.
Cukuplah saya menyakiti.Buat masa sekarang,polisi mendiamkan diri adalah yang terbaik buat saya.Sebelum saya ingin mengatakan tentang apa2 sekalipun,biarlah saya fikirkan sedalam-dalamnya apa kesannya terhadap orang sekeliling tentang apa yang ingin saya katakan.Biarlah saya mencari apa yang terbaik buat diri saya,yang saya harapkan akan membawa kesan yang baik buat orang di sekeliling.

Usaha untuk menjadi lebih matang, berfikiran dengan lebih dalam, jauh.Ya,saya mahu berhenti menjadi 'selfish' terhadap orang lain.Dan pada masa yang sama,saya mahu berhenti menjadi 'selfish' kepada diri sendiri. Mungkin jika sebelum ini,prioriti utama ialah diri sendiri dan saya meletakkan hampir 80% untuk diri sendiri.Tapi,mungkin tidak lagi. Saya perlu berikan ruang kepada sekeliling,kerana mereka juga berhak ke atas hidup saya.

Tapi,saya mahu ingatkan, tiada lagi kepala yang saya akan tadahkan untuk dipijak.Saya bukan lagi orang yang boleh anda pijak sesuka hati.Kalau saya rasakan anda salah,dan anda sememangnya salah,tanpa segan silu saya bakal membangkang anda!

Along the way, guide me to become a better person.Saya cuma manusia,far from being perfect.And none of us are,actually.JAtuh dan bangun sepanjang perjalanan. Sakit yang dirasakan meninggalkan luka-luka yang kita akan ingat dan lebih berhati-hati masa depan supaya perjalanan hidup kita lancar.

Ego diri sendiri perlu dijatuhkan.
Ego yang tinggi cuma membuatkan kita semakin jatuh dan cedera dengan teruknya.
Fix it before it gets worst!
Dah tiba masanya,terima dengan hati terbuka!

Monday, October 26, 2009

Hidup tak selalunya indah

Bila hari ni kau kecewa,
Takpe,esok lusa kau akan gembira semula.
Kekecewaan tu menjadikan kau seorang yang lebih kuat
dan kau kembali lega

Bila esok hari kau kecundang,
Yang kau nampak hanyalah kegelapan
dan masa depan yang suram

dan masa tu,
akan ada seseorang yang memberikan
word of wisdom,
kata-kata semangat
buat kau.

It's okay,it's alright
esok masih ada.
Hidup tak semestinya perlu di atas sentiasa,
Kadang kala, kita mesti di bawah
dan bermula di bawah untuk berada di atas.

dan sekali lagi,
kau lega semula.

Tapi, kalau benda yang sama berulang lagi,
sampai bila kau perlukan seseorang
yang akan sentiasa beritahu kau,
'takpe,kau akan ok punya'

Kadang2,
diri tak perlu diberitahu, tapi sendiri perlu mengingati
sama macam bila kita nak buat jahat,
sampai bila perlu ada orang di sisi menegah
kalau diri sendiri tak pernah menginsafi?





lu pikir la sendiri beb!

p/s:psp yang bongek!

Wednesday, October 21, 2009

bila wujudnya 'entertainment' baru

Bila menjadi menjadi bahan 'entertainment' di rumah,
Saya pasrah dan redha je..
Baik along, nurul dan emi,
saya sentiasa dijdkan alternatif hiburan yang ada kalau semua dah mula rasa bosan. even tak bosan pon sama jugak! pembuli besar!


Dan saya fikirkan, semua yang berlaku di rumah,takkan terjadi kat tempat lain. Instead, saya dipilih sebagai bahan entertainment di hostel juga. muke bahagia membuli.

Even pakcik teksi kat tepi jalan pon berjaya mengenakan saya!
Senang sangat kena buli!

Tapi,tiap kali benda sama berlaku, saya tak mampu memberi apa2 reaksi melainkan pasrah dan redha.
Tak reti melawan.
And they leave me speechless.
*sigh*

Wednesday, October 7, 2009

Updates setelah berkurun lamanya..


1. Congrats Along, for getting the job in HKL. Akan menjadi sangat sibuk!
2. Setelah berminggu2 busy dengan kerja2 lab reports sejak sebelum raya lagi, dan minggu lepas seperti minggu penuh dgn kerja2. Walaupun masih ada satu lagi lab report, buat seketika,hidup seperti sangat bz.Jadi,masa nak mengupdate tu tiada.(Alasan!)haha.Aidilfitri 2009.

Wednesday, September 16, 2009

HE's really here.

When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness,
Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here.

Friday, September 11, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Episod kekeliruan yang kelakar

Malam tadi,
balik je dari silat,saya agak kepenatan,dek malas nak memikirkan tentang sesuatu,saya terus baring atas katil.

20 minit kemudian,

Suara ana mengejutkan tidur saya yang tak berapa nak lena.
Cuba menyambung tidur kembali....

lebih kurang 40 minit kemudian...

bau kopi menusuk hidung saya.Sedapnya...tapi,tak larat nak terbang2 macam dalam kartun tu.Saya pon teruskan tidur.

Mata saya tak boleh nak lelap.Tapi,kepala saya rasa letih sangat.
Saya pon gagahkan hati bersolat sekejap di bilik kosong kat rumah ni.
Atas katil tu,ada tukul besi dan paku2,serta telekung ana dan telekung saya.

'Try tidur sini la..kot2 dapat tidur ke.."

Dalam beberapa minit kemudian,saya dengar bunyi kecoh2 dari luar bilik.Suara2 3 orang yang saya sangat kenali tu kejap2 timbul tenggelam.

'Eh,gelap2!'
'Icah mane weh??'
'Ko pegila dulu'

Dalam penat2 tu,saya rasa nak tergelak,tapi tak mampu nak tergelak,saya cuma mampu tersenyum sengih sorang2 je.

Kelakar ok?

Setelah beberapa minit kemudian,dorang berjaya masuk ke bilik dan bertanyakan tentang saya.Yang saya mampu jawab,
'Takde papela..korang sambung je buat lab report tu,'

"Kalau nak pape,bagitau ea,"
'Ya,baik...'

Selang beberapa minit kemudian,saya pon terus tidur dalam bilik saya sendiri.

Lepas tu pagi tadi,saya diperdengarkan cerita dari versi mereka.

'Ca,ko kenapa ca...??Kitorang takut dah.."
"Cikin kate ko mengigau sepanjang malam,tak sedar pe ko buat,'
"Ntah..dahla tidur sebelah tukul lak tuh,'
'Kitorang ingat ko kena rasuk...kitorang pon masuk la dalam bilik tu tiga2,baru kuat nak melawan ko kalau tetibe mengamuk,'

Saya cuma mampu gelak je!

Maaf ye Ana,NAdia,Cikin.Tak bermaksud nak buat korang rasa macam tu,tak tahu kenapa semalam kepala rasa letih giler!huhu..Sorry!

Tuesday, September 8, 2009

Crash and burn


When you feel all alone,
And the world has turned its back on you,
Give me a moment please,
To Tame your wild wild heart,
I know it feels like the walls are closing in on you,
It's hard to find relief,
And people can be so cruel,
When darkness is upon your door and you feel like you can't take anymore,


Let me be the one you call,
If you jump i'll break your fall,
Lift you up and fly away into the night.
If you need to fall apart,
I can mend a broken heart,
If you need to crash then crash and burn,
You're not alone.

When you feel all alone,
And a loyal friend is hard to find,
You're caught in a one-way street,
With the monsters in your head.
Whe hopes and dreams are far away,
And you feel like you cant face the day.

Because there has always been heartache and pain,
And when its over you'll breathe again.
You'll breathe again.

When you feel all alone,
And the world has turned it back on you,
Give me a moment please,
To tame your wild wild heart.

Hujan


Plaza Rah,Kampung Baru..

Hari ni hujan,rasanya macam tak dapat ke bazaar,takut basah kuyup nanti.Housemates saya masih lena,lebih2 lagi bila terkena angin hujan yang sangat best ni!Membawa bau2an juadah berbuka dari bazaar Ramadhan Jalan Raja Alang.

Bau air freshener jasmine daripada Glade menusuk hidung dari tadi.Huhu,syikin tersalah beli air freshener,bau jasmine menakutkan.Suasana hujan mengingatkan saya pada beberapa tempat.

Hujan di Kampung Baru,
Angin bertiup kencang sangat,sampaikan langsir rumah nak terbang keluar daripada balkoni.Tapi,perasaan menghadapi angin tu sangat best,rasa tenang dan diam seketika,walaupun berada di celahan sibuk kota.Buat seketika,saya rasa jauh daripada semua.

Hujan di Tangkak,Johor
Malam tu,bunyi angin menakutkan,semacam ada suara budak perempuan menangis di tengah2 malam.Tapi,bila diamati betul2,bunyi tu adalah angin.Saya mula resah.Roommates yang lain masih lena,tak sedar kot,tidur mati,haha.Bila pandang ke atas,saya nampak siling bergerak2,
'giler scary!'

Hujan di Temerloh
Masa tu musim buah,dan saya masih kecil lagi.Sekolah rendah rasanya.Walaupun hujan renyai2 yang berterusan,Arwah Wan tetap menggagahkan diri keluar mengait buah bidara.
'Ni untuk awak makan,'kata Wan.
Sampai sekarang,buah bidara menjadi feveret saya dan tak boleh nak berhenti kalau dah mula makan sebesen.

Hujan di Adelaide
Tak la hujan pon,tapi,dengar bunyi guruh.Ingatkan nak hujan.Waktu tu summer,Nurul kata dah lama tak hujan.
'Haaa...sebab kita datang sini la,baru hujan,'kata Abah.
TApi,saya sentiasa rindukan angin pagi di sana!

Ada sesuatu yang saya suka tentang Hujan.(Bukan saja Hujan,indie band tu ye?)Tapi,saya sangat menikmati suasana selepas hujan.Tak tahu kenapa,ada satu bau selepas hujan yang sama je walaupun saya berada di mana2 sekalipun.

Allah turunkan hujan.
Allah turunkan rahmat.
Maha suci Allah!

Monday, September 7, 2009

Di waktu garuda alah oleh ular

Kalau dulu,bila ditanya apa cita2 saya, jawapan saya mesti doktor.Pada saya bila jadi doktor,saya dapat jadi orang yang dipandang orang.Masa tu,saya rasa Along dan Nurul pandai sangat,dan dalam adik beradik saya,sayalah yang paling di belakang.

Oh,bukan itu yang mahu dibincangkan.Tapi,saya nak berdiskusi kenapa jawatan dan pangkat sering menjadi pandangan orang ramai.

Saya masih tak pasti,apa sebab dan puncanya mak ayah sangat2 suka bila anak2 memegang jawatan yang tinggi2,especially Medical Doctor.Sampai sekarang,saya masih mencari2 sebab musabab yang kukuh lagi utuh untuk hal ni.Kenapa doktor??Pada saya,bila anak jadi doktor,anak2 jadi lebih busy,dan bekerja 24 hours a day,8 days a week.Maksudnya,anak-anak takkan ada masa yang banyak untuk spend bersama2,even nak balik raya pon susah.Belajar pon jangan kata la,susah gila!

Tapi,ibu bapa punya harapan masing2,sebabnya,nakkan anak berjaya dan senang di masa hadapan.Pada saya,takpe menjadi anak soleh dan solehah,menurut kata ibu bapa,tapi kalau hati dah betul2 kata taknak,silalah tegaskan pendirian anda kerana anda punya hak sendiri atas kehidupan anda sendiri!

Tapi,sekali lagi,bukan doktor persoalan utamanya,the highlight of this post is,kenapa orang memandang jawatan setinggi2 langit dan 'position' yang dikatakan biasa2 saja hanya dipandang sebelah mata saja??

Tapi,bila difikirkan dari satu segi,motivasi untuk mendapatkan jawatan yang tinggi adalah untuk jadikan kita bercita2 lebih tinggi.Bak kata orang,aim for the star.Kalau tak,sampai bila2 pon kita takkan maju ke depan.

Tapi,tak salah kalau minat kita bukan pada jawatan2 yang profesional tu bukan?KAlau kita memang berminat menjadi penulis,wartawan,even menjadi chef,kenapa cita2 kita di'condemn' dan diperlekeh sekeras2nya?Kalaupun cita2 mahu menjadi pengusaha syarikat bas,pada saya,silakan,teruskan,sebab itu adalah cita2 anda!Jadilah pengusaha yang berjaya!

Yang penting,jadilah seorang penulis yang menulis tentang perkara yang membina dan menyumbang kepada pemikiran rakyat,jadilah wartawan yang bijak,bertanyakan soalan2 yang bernas,yang menjadi wakil orang ramai untuk bertanyakan soalan,ataupun jadilah chef yang hebat di seantero dunia,yang menghasilkan resepi2 dan menu yang sedap2 tapi tetap sihat.

Jangan diperlekehkan cita2 manusia lain walaupun sekecil2 jawatan.

Bagi sokongan,cari sedalam2nya di celahan mane2 mulianya dan bagusnya cita2 tu,sebelum meng'condemn'.

YAng penting,be the best of you want to become!
Dan saya akan menjadi ahli nutrisi yang terbaik!Biarpun tak menjadi doktor,ataupun ahli farmasi.

Tuesday, August 25, 2009

Diri sendiri di tgh2 orang lain



Seperti cekodok di tengah2 Krispy Kreme.

Bagaikan Bangunan Plaza Rah di tengah2 rumah2 kampung Melayu yang ada di kampung Baru.

Seperti air ECPI di tengah2 lambakan botol mineral yang ada.

VAIO di celah2an acer.


Perumpamaan2 di atas cukup menjelaskan siapa saya.Di celah-celahan manusia yang gila2,happy go lucky,terselit manusia yang bermuka masam, dan serius.Kadang2,saya risau dengan penerimaan kawan2 saya sendiri.

Walaupun saya sentiasa teguh dengan pendirian menjadi diri sendiri,kadang kala,saya bimbang jika saya tak diterima,dan orang mula menyampah dengan saya.

Tiap kali berkawan,persoalan tu mesti timbul.

Tapi,saya sangat bersyukur berada di celah-celahan mereka.Hidup saya sentiasa gembira.Cuma saya harapkan,mereka juga gembira bersama saya!:)

Wednesday, August 19, 2009

Takpe2,saya tak kisah semua tu


'Cah!'
Berkali-kali saya dengar nama saya disebut,tapi,masih ragu2,orang lain kot yang dipanggil,bukan saya kot.Tapi,bila kali ke-4 dan masih tiada orang lain yang menyahut,saya menoleh.Ye kot,panggil saya.

'Apa barang kalah kat Sarawak?'

Tak terkata.Tetapi,mulut saya terkumat kamit memarahi manusia tu.Walaupun apa ayat yang keluar dari mulut dia,saya tetap anggap seperti yang saya tuliskan di atas.

Takpe2,sebenarnya,saya tak kisah kalah di Sarawak.Sebab,bukan kemenangan pingat yang dicari.Kalau menang,ya,ia adalah satu bonus buat saya.Tapi,pada saya,cukuplah sekadar saya bersyukur atas pengalaman yang saya dapat sepanjang di sana.Memang seronok dan bahagia!Haha.Selama ni,bila ke practise silat,saya lebih cenderung untuk bercakap dan berbual-bual dengan alia,ili dan zila sahaja.Tapi,bila dah ke Sarawak,saya akui,semua orang mula mengenali saya dengan nama cacot(thanks to Zila) dan dapat berkomunikasi dengan lebih baik antara satu sama lain.

Ya,tahun depan ke Kedah!
Mai pi Kedah!

Thursday, August 13, 2009

Off to Sarawak

Selepas 2 minggu yang agak memenatkan,saya akan ke Sarawak pagi esok.Memandangkan flight pada jam 7 pagi,kitorang terpaksa bertolak awal dari KTSN dan bermalam di LCCT memandangkan tak boleh nak bertolak tengah2 malam.

Apa expectation saya?Bukan pingat yang saya harapkan,cuma saya hanya mahu lakukan yang terbaik,saya tak menyesal walaupun saya pulang tanpa pingat.Oh ya,perlulah diingatkan,saya hanya memainkan watak kecil sahaja iaitu sebagai 'crook' dalam 4 acara.Saya tahu,penat lelah yang tak seberapa sepanjang 2 minggu ni perlulah berbayar,saya tak mengharapkan yang tinggi2.Tapi,yang pasti,saya akan buat yang terbaik.Dan usaha takkan disia2kan macam tu saja.Dan yang paling penting,apa yang saya nak kutip daripada trip ke Sarawak ni ialah pengalaman.Dan mungkin tekad untuk masih kekal dalam Silat Cekak ni.Sebab dah banyak kali saya nak berhenti separuh jalan,tapi teruskan jugak.Pada saya sayang kalau belajar separuh jalan.Jadi,bak kata mak,'kerja buat separuh jalan,nanti belajar tak habis'.Pantang betul bila dengar mak cakap macam tu,sebab saya tak nak belajar separuh jalan.

Kepada kawan saya,Nisa,terima kasih!Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya katakan selain daripada terima kasih.Dah banyak menyusahkan selama ni,menumpang di bilik,makan minum di bilik kamu,dan membuat bilik F106 seperti bilik ke-2 saya sendiri.Allah je dapat balas segala jasa baik kamu dunia akhirat.Next time,kalau ada training weekly,datang lagi erh?hehe.

Kepada kawan2 saya merangkap housemates saya,Ana,Cikin dan Nadia dan Cik Ji,terima kasih daun keladi.Terima kasih atas sokongan korang!Koranglah yang menguatkan semangat bila rasa nak give up dan berhenti silat.Silalah terus menyokong saya!

Kepada rakan2 silat,terima kasih!Saya masih baru,banyak yang tak tahu!Semoga kita selamat pergi dan sampai,dan lakukan yang terbaik di sana!

Btw,Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri,yang telah pergi menemui Ilahi hari ni.Nasyid2 yang didengar sejak kecil2 lagi,yang sentiasa mengingatkan saya.
Moga rohnya dicucuri rahmatNya.
Saya ambil petikan di bawah daripada blog arwah.
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim

Sunday, August 9, 2009

Untuk syikin..


Cikin..

Jangan bersedih sorang2,kitorang selalu di sini.Everything will be okay,Dia sentiasa bersama kita.
Biar kita bergelak ketawa bersama2 dan menangis bersama2!

Friends are for sharing laughters and wiping tears!Kami sayang kamu!

Saturday, August 8, 2009

Saya terkena!


Saya terkena.Serangan dan penculikan abu sayyaf,haha,dibaling telur,disimbah air,haha...memang,saya makin sayangkan mereka!huhu..

Wednesday, August 5, 2009

2 minggu yang menyesakkan

Yes,i'm very damn busy right now.Latihan silat tiap2 malam membuatkan malam2 saya memang terisi,tapi sebaliknya saya kesuntukan masa untuk study,assignment whatsoever.Minggu depan,Pesta Konvo dah start.YAng pastinya,minggu depan saya bakal sibuk dengan latihan silat yg bakal lebih'kononnya' intensif.

Seriously,saya dah muak,jelak,boring dan menyampah!Sepanjang2 program di uni ni,tak pernah ada yang punctual!Tak profesional langsung.Dari saya first year sampailah sekarang.Masa bagaikan tak berharga,dan boleh dicuri2 sesuka hati.Yang bencinya,orang2 di sini jadikan masalah ni sebagai alasan yang dah boleh diterima,dan ia seperti satu kesilapan yang selama-lamanya takkan diubah dan diperbaiki.Saya tak faham langsung dengan perangai2 manusia yang macam ni.Program selalu start lambat,bila meeting,start lambat,semuanya lambat.Ah,alasan semata2!

Hari2 saya lebih menyesakkan bila semalam,Abang Kai,jurulatih silat kitorang cakap ada practise on weekends nights!Saya seperti................................tak terkata.Tapi,tengokla,saya memang takkan datang langsung weekend ni.Cukuplah masa weekdays saya dah dicuri.Takkan weekends pon nak rompak jugak?Practise datang je hari2,tapi selalu je tak cukup orang.Yang tinggal,terkontang kantinglah,ternganga,dan tercanguk.

Saya hanya mampu mohon pada Dia,permudahkan urusan saya,tenangkan hati,semoga 2 minggu yang menyesakkan ni akan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan cepatnya!

Y

Friday, July 31, 2009

Dalam dan luar


Kalau kuih tart,nampak sedap,cantik dan menyelerakan,sangat'tempting'.Tapi,kita tak tahu bagaimana tekstur kuih tart tu tadi.Rapuh ke,keras ke.DAri segi rasanya pulak,sedap ke tak jem nenas tu,manis ke,masam ke.

Saya mungkin nampak sombong,tapi,sifat dan perwatakan saya,siapa yang tahu?

Saya mungkin nampak lembik,cengeng,muka macam nak nangis,tapi,siapa tahu dalaman saya lebih kuat daripada MAlik Nor,Sazali,jaguh bina badan?

Saya mungkin pendiam,tapi,siapa tahu,saya punya kebolehan sendiri bila bercakap?

Saya mungkin dianggap berjiwa sentimental,tetapi,mana tahu,hati saya lebih keras daripada batu2 konkrit yang ada di jalanan?

KAlau diberi peluang,saya mahu kenal semua orang dari dalam dan luar.Sebab setiap orang tu unik.Punya personaliti sendiri yang menarik.Tak semestinya semua orang hadir dengan perwatakan yang stereotaip.Semua orang cantik dan menarik walaupun perkara tu bersifat subjektif pada mata masing-masing.

MAcam kuih tart,kalaupun disapu dengan kuning telur cantik mana sekalipun,kita tetap tak tahu tahap kerapuhan tart tu.Sama macam manusia.Walaupun dia nampak kuat,kita tak tahu dia sebenarnya sangat lemah bila berdepan dengan masalah.Walaupun nampak talkative dan nampak pandai,kita selalu pandang tinggi pada diorang,walaupun kita sebenarnya mampu berikan idea2 yang lebih bernas daripada diorang.

Luar nampak gagah,tapi hati dia lembut,siapa tahu?
Luaran cuma satu pelindung,'shield' untuk mengaburkan mata orang lain bahawa itu diri kita sebenarnya.
Dalaman kita simpan dan 'bungkus' elok2 supaya orang tak dapat tahu bagaimana diri kita yang sebetulnya.

Dalaman dan luaran kita tetap benda yang berbeza.

Monday, July 27, 2009

hari2 yang lepas



Virus H1N1 menular.KTSN dikuarantin.Sebenarnya,k1 je yang kene kuarantin buat masa ni,kami di kolej2 luar masih blur dengan nasib2 kami.Tapi,rasanya,kelas confirm batal kot.Saya masih agak ketidak tahuan dari mana punca H1N1 ni.Tapi yang pastinya,saya seronok sebab takde practise silat minggu ni,yeay!

Semalam,kitorang baru je balik dari Program Komuniti Sihat kat Kampung Sungai Mulia,Gombak.(kampunglah sangat).Kampung ni adalah antara 7 kampung tradisi yang ada di KL.Maksudnya,kampung2 yang wujud sejak 100++ tahun yang lalu dan ada organisasi2 yang masih aktif.Yang kagumnya,aktiviti2 yang ada dlam kampung ni memang macam kampung2 yang ada kat negeri lain,macam,marhaban,kompang,memang nampak la ada persatuan dan gerakan belia kampung yang aktif.

Sebenarnya,expectation masa sebelum datang ke kampung tu,dalam kepala saya,rupa dan keadaan seperti di kampung2 saya,tapi,ternyata,sangkaan meleset.Well,kampung tu sendiri masih berada dalam kawasan Gombak,KL,dan Daerah Sentul.Jadi,memang,rumah2,yang boleh dikatakan ada banglo2 besar,kemuadahan semua ada,elektrik,air,masjid pon lawa.

Basically,FYI,student UKm ke sana untuk program klinikal antaranya,student biomedical sc,JPd(nutrition and dietetics),Audiologi,Speech therapy,Diagnostic+Radiotherapy,Optometry.Saya antara student2 JpD yang berkhidmat kat situ.Seriously,masa sebelum ke kampung tu,saya tak risau sangat pasal mak bapak angkat,tapi,saya lebih risau tentang soal klinikal.Apa taknya,saya belum berpengalaman,mampu ke nak bagi nutritional advise kepada orang2 yang datang.Tapi,alhamdulillah,setelah percubaan pertama,saya mula gain confidence sikit.Memang satu pengalaman berharga.tak sabar menunggu pesta konvo.

Bercakap mengenai bapa/mak angkat,program kali ni,tak berapa nak memberi peluang utk kitorang nak bermesra dengan mereka.Satu rumah,agak ramai,dalam 20-40 orang.Cuma da beberapa famili je yang dapat 4 ke 5 orang anak.Saya tergolong antara orang2 yang mempunyai adek beradik baru seramai 20 orang.Dan kitorg ditempatkan di rumah yang makcik tu nak sewakan kepada org.So,memang senang jugak,perempuan je yang duduk dalam rumah tu,takyah pakai tudung dalam rumah.
Tapi masa malam ahad tu,ada wayang pacak,memang best,tengok wayang beramai2,dan melihat gelagat budak2 kecik tengok cerita hantu,btw,cerita yang ditayangkan malam tu ialah 'Jangan Tegur'.

Tu cerita tentang PKS.Kalau boleh,saya nak join OPKIM pulak lepas ni.Sebab orang kata,lagi mencabar dan lebih menarik.

Saya baru lepas menonton 'Syurga Cinta' dalam laptop Cikin.Saya masih ingat masa mula2 saya menonton trailer movie ni,betapa saya mengutuk keras2,langsung tak mahu menonton cerita ni.Sebab pada saya cerita2 hasil arahan ahmad Idham memang tak pernah best.Dan jugak Prof Madya Razak Mohaiden(xtahu betul ke x eja).Tapi,sebabkan saya selalu dengar Ana,Nisa mengulas pasal cerita ni,tertarik jugak nak tengok.

Komen saya.....cerita ni kelakar,walaupun tema filem ni,adalah menyampaikan mesej dakwah,tapi,skripnya memang kelakar.Saya tak pasti samada mesejnya sampai buat penonton.Tapi,ceritanya,taklah tahap bodoh sangat macam Jangan Pandang Belakang Congkak tu.Tapi,watak Heliza agak tak signifikan dalam cerita ni,walaupun sebenarnya,watak Awal lagi menyerlah dan obviously lagi penting.

Haha,takda kerja,lepas menerima berita kuarantin,tengok cerita ni.

Berita kepada kawan

Berita Kepada Kawan

Artist: Ebiet G. Ade
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

berdebar2

Semangat giler!haha

xde pose yg cun2 la...haha
jom buat pose ana!

Nadia kata,
'Cuba,bagi kaunseling jugak,try je,1st time memang berdebar2,berpeluh2,cuba je,'

Akhirnya,akak wartawan RTM tu menjadi klien pertama saya,nasib baik akak tu responnya okey.Lepas tu ada la confident sket,haha.Saya akan bercerita pjg lebar di post2 kemudian.Okey?Till then.

Monday, July 20, 2009

Happy birthday Nurul!



Nurul,


Happy birthday!


Semoga panjang umur+murah rezeki!


Semoga berjaya dengan misi tikus2 awak!Sabar ye!


Semoga dapat complete your hons dengan penuh bergaya dan macho!


cukup2lah tu dok sana,Along pon dah nak balik,awak bila lak??


All the best,semoga bahagia dunia akhirat!




Wednesday, July 15, 2009

Exhausted!

Hari ni sangat memenatkan,ke Mid Valley dengan Nisa dan Ana,ber'shopping' dengan mereka.Lepas tu,balik terus tukar baju dan siap2 bersilat.Nasib baik practise habis awal,dapatlah berehat,tapi,memang memenatkan.Dan saya masih penat.

Sejak dua minggu yang lalu,saya agak kepenatan,berulang-alik ke Plaza Rah dan K1,dan bilik Nisa lah rumah kedua saya.Dan saya dah lama tak berblogging sekerap dulu.Kadang2 di Plaza Rah dapat jugak internet,tapi tak sehebat wireless internet di K1 la kan.

Tiba2 masa dalam perjalanan ke Mid tadi,saya terpikir satu benda.Pagi semalam,cik Nadia yang suka buat pose kat cermin tu,tanya pendapat saya pasal wallpaper desktop gambar dia yang gedabak tu.Dan meminta pendapat.Jawapan saya,muka dia pelik.

Lepas tu,saya terpikir dan tersedar,saya memang senang memberi pendapat dan selalunya pendapat2 saya memang menyakitkan hati.Sebabnya,saya lurus orangnya dan saya suka bagitau apa yang saya rasa.

Dan saya tahu,dan sebenarnya saya sedar saya menyakitkan hati orang tersebut,tapi,saya tetap menyuarakan pendapat saya itu.

.................................................................................

Tiba2 cam blank,dah hilang idea mahu menaip apa,haha,tapi,tak kesahlah,pape pon,saya mintak maaf kpd semua kalau ada pendapat atau kata2 saya selama ni,menyakitkan hati sesiapa.

I'm human,not even close to being perfect!

Friday, July 10, 2009

Enjoying the new life..

Saya duduk di Las Vegas Kampung Baru,Plaza Rah.Really,i'm enjoying my life!Rasa seperti dewasa,tinggal di rumah,haha.Kelakar.But the best part is living with the best of friends i've ever had.Eventhough i'm still hoping to get a place in K1.Tu pun sebab silat practise,tak sanggup la nak ulang alik or menumpang bilik orang.Tapi,memang banyak benefit pon kalau dapat duduk di K1,dapat join aktiviti.Tapi,i have started to like Plaza Rah so damn much,macam tak nak pindah mana2 pon ya jugak.Huhu.

Sem ni,credit hour untuk kami cuma 16.Sepatutnya 19,kami patut amik subjek ZT,tapi due to circumstances,kami perlu ambil next sem.Which mean,next sem will be 23 kot kalau tak silap.Tapi,saya agak menikmati subjek2 yang diambil sem ni.Sebab related closely to what we're taking,that is nutrition subject.So,menarik,memang.

Saya mencuri2 masa balik ke rumah di Segambut hari ni,sebab nak ambil barang.Nadia,Cikin dan Ana ikut sekali sebab memerlukan internet.Yela,Plaza Rah takde wifi!Duh!

Along dah selamat grad.Congrats!

Menunggu emak dan abah telefon.Sejak sampai ke UK,saya tak dapat apa2 call pon dari diorang!Sedih!

So,tu je kot for now,maaf kalau tak membalas apa2 comment,sebab tak dapat nak online selalu.Untill then,take care korang!

Doa untuk anis KMJ yang akan operate esok kat Hospital Bangsar,muga2 selamat semua!Insya Allah,Amin.

Saturday, July 4, 2009

Dah habis dan mula yang baru

Pengalaman menjadi pc kualiti makanan memang takkan lupa sampai bila2.Bayangkan,saya dicampak ke Kolej Ibrahim Yaakob sorang2 dan bermula dengan tiada sorang kawan pon.Tapi,lama2,saya seperti pc2 KIY sendiri.Escort student ke DECTAR,tolong pc makanan buat kerja,dan join post mortem mereka.Memang pengalaman yang takleh dilupakan sampai bila2.
Kena usik dengan super2 senior,haha,memang kelakar,dan terharu bila diorang bagi tepuk terima kasih untuk saya.

Minggu Mesra Pelajar dah tamat.
Kerja menimbang makanan,round2 cafe,usha2 dapur,tanya2 student's complaints,semua dah abis.

Tadi,saya ikut student junior ke KTSN berkonvoi beramai2.Lepas tu,ke K5 mengambil kunci bilik di Plaza Rah.Btw,Nisa dapat transfer ke K1,kami tak sempat menjadi housemates.Tapi,saya nak cuba memohon untuk ke K1 sebab saya mahu aktif semester ni.Saya mahu menjadi exco,sebab pengalaman menjadi pc ni memang banyak mengajar saya.Jadi,sila doakan untuk saya dan kawan2 saya ye?

Isnin,mak abah ke tempat Along.Along nak grad.So,untuk 2 minggu mak abah tak berada di sini mulai hari Isnin.Dan semester baru sudah bermula,dan saya akan mula hidup sebagai 2nd year.

Semalam,kitorang sempat merasa Perang Dectar.Mula2 Hayat cakap nak stay,tapi disebabkan Dr. Roslee sayangkan anak2 dia,terpaksalah kitorang keluar dari Dectar tu.Tapi yang pasti,seronok tengok Zaa'ba kena aim dengan semua kolej!
Disebabkan saya berada dengan KIY seminggu dan hari2 mendengar mereka ber'cheers',cheers mereka masih terngiang2 di kepala saya.Hehe.

Thanks to kawan2 saya,Nisa,Nadia dan Cikin sebab beri peluang untuk saya merasa semua ni!
Tepuk2 terima kasih.
Terima kasih,thank you,sie sie,nandre,syukran,arigatou hai!

Thursday, June 25, 2009

Be courteous please!

Kes 1:
'Nak makan ape kak?'
'Apa ada ye dik?'
'Tuuuuu.'Sambil tunjuk pada menu yang tergantung kat atas kedai yang sangatlah kecik tulisannya untuk dibaca.
:|

Kes 2:
'Bang,tumpang tanya,nak ke Bandaraya naik belah mana yek?'
'Baca la map tuh,terang2 ada kat situ'Jawab macam tak nak jawab je.

Ni adalah antara kes2 rakyat Malaysia yang dikatakan penuh budi bahasanya.Tak kisahlah mana2 pon,dalam teksi ke,kaunter monorel ke,salesgirl2 kat shopping complex ke,semua sama je.Dan satu lagi hal,berbudi bahasa bukan saja pada kata2,tapi perbuatan.Seriously,what's with the drivers in malaysia?Susah nak jumpa jalan yang ada pemandu yang bersopan santun.Dan saya seperti sudah putus harapan pada kempen budi bahasa budaya yang diwar2kan.

Budak2 kecik pon dah hilang hormat pada yang tua.
Dan yang muda2 selalu kena marah dan tengking2 dengan orang yang lebih tua.
Di mana budaya timur yang kononnya penuh sopan santun.
Di mana celah sopan santunnya?????

Hujan dah berhenti


Hujan yang tak henti2 dari tadi dah mula berhenti.Cuaca tak menentu.Kita dilanda El Nino sekali lagi.Dah beberapa hari Kuala Lumpur tak hujan sejak minggu lepas.Dan ramai yang demam2.Betul kata mak cik bas saya,Che' Chom masa saya sekolah dulu.Masa borak2 dengan Che' Chom,dia cakap,kalau masa panas berdekang tu,ramailah yang demam,tapi masa hujan,kurang yang demam.Itu tentang cuaca.

Dah lama saya tak bercakap dengan sesiapa,bercakap panjang,tentang apa2.Masalah hati,lelaki,gosip.Haha,that has been part of my life before.Masa Nadia online,dia lah yang selalu saya bebel,dan mendengar bebelan masing2.Sekarang,saya kurang bercakap.Dan kurang mengekspresi diri.Blog pon kadang2 tak membantu,sebab saya seperti kelu dan kaku untuk memikirkan idea2 utk pos2 saya.

Bercakap mengenai ekspresi,saya dah lama tak menangis,ketawa.Seperti orang gila.Boleh dikatakan saya seperti kosong,heartless.Mungkin sebab saya banyak mengekspresi dengan kawan,dan kurang dengan famili sendiri.Nurul pon dah jarang telefon.

Buat seketika,saya rasakan,saya tak punya perjalanan emosi.Seperti terhenti seketika.
Senyap.
Diam.
Tak ada apa2.My life is empty.
Macam hujan yang tiba2 berhenti.

Wednesday, June 24, 2009

Kusut

Kepala kusut,
kalut...

Mana nak buang pokok2 yang saya dah tebang kat sebelah rumah ni,
Next week kena ke KTSN,berbuat bizi,ada kerja silat,tapi,macam xde member je..
Waaaa...

kenapa????????

Monday, June 22, 2009

Time is gold,bebeh!



Pejam celik pejam celik.

sehari.

seminggu.

sebulan.

tengok2 dah hampir 2 bulan bercuti.
Tinggal 2 minggu je lagi nak menghabiskan saki baki cuti yang ada.Kekadang tu,ada rasa tak sabar nak start belajar.Tapi,kekadang tu,rasa malas yang amat.
Tapi,walaupun saya merungut boring cuti kali ni,saya tetap rasa berat hati nak tinggalkan cuti sebab bila dah start belajar nanti,memang jarang punya masa bersantai2 macam ni.Susah.
Still,tak sabar nak start sem baru,menjadi 2nd year,menanti hari2 yang baru...
Well,time IS gold,sekejap je dua bulan tu,samada kita betul2 guna atau tak je.
First year dah abis,say hi to the new semester!Asta La Vista.
First year yang penuh kenangan,memang takkan lupa sampai bila2.

My greatest fear rite now is,my future housemates are going to get a place in K1,wah..musnah harapan!!!!!!

Friday, June 19, 2009

Sepetang bersama kawan2 saya

"Nisa..aku takleh datang la,"
"Ooh..kasi aku harapan palsu,majuk la,"

Haih,saya memang lemah sikit bila kawan saya merajuk.Sebabkan dah janji nak datang,kena lah datang juga.Lepas je mesej Cik Nisa,cepat2 gerak ke kolej.Mula2 nak naik komuter,memang agak merugikan dan membazir tenaga,tapi,saya lebih selesa.

Tengah jalan kaki ke stesen komuter Segambut,dari jauh,saya nampak 2 orang lelaki di bawah jambatan,agak mencurigakan.Tak semena2 saya terus patah balik.MAmat yang di belakang saya membuat muka pelik.
"Pe pandang2?"Dalam hati berani la cakap cam tu,haih.
Tak mahu mengambil apa2 risiko,saya terus ambil bas rapid KL.Saya bukannya tak nak ambil dari awal,cuma,tak biasa.Takut salah amik bas.
Bila dah dpt kepastian dan tanya akak drebar tu bas ni ke Titiwangsa,saya pon terus bayar rm2.
Tiba di Titiwangsa,alkesah,nak naik teksi.Boleh pulak mamat ni mengambil kesempatan.Nak caj rm2 sorang,sebab kebetulan saya nampak senior saya,saya ajak la naik sama2.Sebabkan nak sampai awal,saya pon turutkan je la kata mamat teksi tadi.

"rm2 pon rm2 la..janji sampai,"
Dalam hati gak menyumpah menyeranah mamat tu,sebab dia sengih2 je,eisy..memang nak kena pukul je rasa.

Sampai di KTSN,terus ke blok F,jumpa diorang.Wah,seronok bangat!!!Bukan senang dpat jumpa time2 cuti ni.Saya rindu gila kat Nisa,Cikin dan CIk Ji.Dan jumpa NAdia sekali lagi.
SAmpai saya terlupa nak makan tengahari.huhu!
So,biasalah,bila da jumpa,memang bising la.Kecoh!

Dalam pukul 5 lebih,mak datang jemput dan saya pulang ke rumah.

Kesimpulannya,saya puas dapat jumpa mereka.Sekarang,diorang on the way ke Terengganu,pergi kursus BTN,huhu.Semoga selamat sampai dan selamat balik guys!

Wednesday, June 17, 2009

Alhamdulillah!

Things are getting better..

My mood
My appetite
My days..

Esok,the girls are going to KTSN but not me.Saya tak apply untuk menjadi pc makanan.Sebab saya bakal terlibat dengan aktiviti yang berkaitan dengan program silat sebelum naik sem ni.So,rugi,sebab diorang nak ke Terengganu.Wah,rugi3X!

“Aku cuma ingin jadi pungguk yang setia, pengagum bulan ciptaanNya, yang akhirnya aku tahu, cintaku sebenarnya padaNya. aku mahu setia dan tetap setia pada cintaNya”- Bonda Mariam.

Bait di atas ni,saya ambil dari blog Ummuhani.com.Dia salah seorang penulis novel yang saya suka.Selain dari Faisal Tehrani dan Nisah HAron.Saya tahu,ramai yang tak tahu sebab diorang tak se'famous' Ahadiat Akashah atau Norhayati Berahim.Tapi,mereka terkenal dalam bidang mereka sendiri iaitu Sastera MElayu.

Saya masih tek terusik usik lagi 2 buah novel Inggeris yang saya beli di book fair tempoh hari.Tak tahu kenapa,saya hanya beria2 mahu habiskan Ketupat Cinta.Mungkin minat pada sastera Melayu tu lebih kot.Bila saya tengok di almari buku di bilik saya hampir kesemua buku Faisal Tehrani ada.Haha.Tapi yang puasnya,saya dah baca kesemua.So,memang berbaloi beli!

Anyway,
Along dah habis exam.Dah habis 5 tahun.So,everything went well so far.
Alhamdulillah!

Tuesday, June 16, 2009

Mimpi lagi

Tidur malam tadi semakin baik,ALhamdulillah.
Tapi,sedih,sebab bermimpi.

Saya bangun,dan nampak Nurul tengah berbaring di ruang tamu.Terkejut,kenapa balik tiba2?
Dia cakap,supervisor dia bagi cuti,tak payah jaga tikus2 tu for 5 months.Dan dengan Nurul kat rumah,tiba2 saya decide tak nak duduk di Plaza Rah.Nak duduk di rumah sahaja.

Ke dapur,nampak Along.Aik,kata tgh exam?Cepat betul balik?Along kata everything settled,exam abis,barang semua dah pindah balik.Lepas tu beriya2 nak tengok handphone saya kot2 ada pakwe anta mesej.Saya biarkan je,sebab takde pape yang perlu saya rahsiakan dari dia.Memang tak ada pon.

Emi?.Emi drive ke Hospital Pusrawi,nak ambil result medical check up dia.So,dia takde di rumah masa tu.

Saya orang paling gembira.Sebab semua adik beradik saya dah balik,akhirnya dapat jugak berkumpul ramai2.Sebabkan kami cuma berempat,kalau sorang takde,memang terasa sunyinya.Last time kami bersama2 tahun lepas,ALong dan Nurul balik sekali.Seronok sangat.Nak buat macam mana.Semua bawa haluan masing2.Ni belum kahwin lagi.Tak tahu lah macam mana.

BAk kata Along dalam blog dia,
'I blame education for that.'
Sebab kami dah lama tak bersama.

Tiba2,bunyi telefon.Saya terjaga.Saya lihat di ruang tamu,Nurul takda.Suara Along pon tak dengar langsung.Dan saya baru sedar,saya bermimpi rupanya.DAlam keadaan yang mamai saya gagahkan juga untuk menjawab telefon.

Mungkin rindu kot kat diorang.Rindu untuk semua bersama2.Dan perasaan gembira masa nampak Nurul dalam mimpi tu saya masih dapat rasakan.Sekarang,saya betul2 rasa keseorangan.Emi pon duduk dalam bilik je,saya di ruang tamu.MAsing2 buat hal masing2.
Saya rindu kakak saya.Rindu abang saya.

I wish i could turn back time!

Monday, June 15, 2009

All the best,Along!


"BAgitau mak ngn abah,Along mintak maaf sangat2 kalau sebelum ni Along salahkan diorang sebab suruh amik medic,"Along pesan.
"Ye,nanti Icah cakapla,"
"Cakap tau,exam esok susah giler2!"
"Paper pe?"
"Takde paper,clinical exam,"
"Ooh..ok,nanti Icah cakapla kat Mak Abah."

5 tahun yang lalu

Along dapat offer further study in medicine kat UK dengan scholar JPA.Tapi pada masa yang sama,dia tengah belajar di UTP,Tronoh,dan dpt offer further studies di Jepun.Along pernah cakap pada saya,cita2 dia nak ambil engineering dan further study di Jepun.Sejak Form 3 lagi dia dah bercita2 demikian.

Bila peluang di depan mata,dia terpaksa mengambil kira cita2 Mak Abah.Saya tak tahu kenapa,tapi mesti ada ibu bapa yang inginkan sekurang2nya seorang anak memegang profesion medical doctor(MD).Tak tahu kenapa.Saya masih ingat malam tu,susah benar untuk dia tidur,memikirkan pilihan mana yang perlu diambil.Sebab once that one step taken,he can't look back anymore.

Akhirnya,Along mengalah.Dia ikut kata2 Mak Abah.Walaupun Abah tak memaksa sebenarnya untuk Along ambil medic,tapi,dia tahu,tu yang Mak Abah ingin2kan.

"Kenapa awak amik medic gak,Long?"Soalan tu saya tanyakan pada dia.
"Ala..nak harapkan korang?Takdenya yang nak jadik doktor,ntah2 result pon tak gempak nanti,so,biarla Along ikut cakap Mak Abah,"balasnya.

Dalam hati saya,
'Padan muka!haha,sape suruh jadik anak sulung!'
Walaupun jauh di sudut hati,kesian jugak sebab terpaksa ditolaknya jauh2 nminatnya dalam bidang engineering tu.

Dari kecik lagi,Along memang nampak berbakat dari semua segi.Belajar pandai.Sports pandai.Sekolah agama pandai.MEmang anak soleh la.Dan saya,hingga kini,masih mencemburui dia.Semua orang pandang tinggi pada dia.Kalau balik kampung pon,semua suka Along.Apa?Best sangat ke pakcik tua tu?Huh!

Tapi,semua tahu,belajar medic memang bukan senang.Dan Along yang saya kenal cara belajarnya memang kuat sangat.Along study macam budak cina.Mungkin lebih lagi.Sangat hard.DAri sekolah rendah lagi.Sepanjang lima tahun dia di Newcastle,selalu mengadu susah nak belajar.KAlau saya,mungkin preparation untuk exam saya buat at least paling awal pon sebulan,tapi dia,pelik,skema.
"Tengah buat pe long?"
"Study la,6 bulan lagi nak exam."
And I was like...tetttttt.APakah,?6 bulan lagi?lama lagi,lepakla.Haha.Maybe tu sebabnya saya bukan pelajar medic.

Along bukan lagi pelajar yang meminati engineering,dia sudah betul2 menjadi student medic sejati.MAcam2 aktiviti persatuan dia join,ke Acheh,Vietnam,buat program Sunathon la(mengkhatankan bdk2 lelaki beramai2).Dan dia sendiri cakap,dia enjoy medicine.Good for him,though.

Pejam celik,pejam celik,5 tahun dah berlalu.Saya masih ingat waktu dia menangis sepanjang perjalanan ke KLIA waktu menghantar dia pertama kali.Haha,takkan lupa masa tu,sebab saya pon menangis jugak.Hehe.Sekejap je masa berlalu.Esok,dia ada exam.Bulan 7 ni grad,bulan 8 balik M'sia dan bulan 9 dah start kerja.Haha,kesian,takde rest langsung!
Walau macam mana sekalipun,dia tetap abang yang paling saya sayang!(mana de abg lain dah).Dulu,bila saya bergaduh dengan kakak saya,Alonglah akan back up saya.Dia akan pertahan kan saya,dia pernah cakap,

"Along sayang awak,Icah,"

MAsa tu,memang rasa terharu sangat!

All the best!Semoga segala payah,perit yang dilalui selama ni berbaloi!Semoga berjaya di dunia dan akhirat!
dan.....cepat2 cari calon!haha.