Friday, July 31, 2009

Dalam dan luar


Kalau kuih tart,nampak sedap,cantik dan menyelerakan,sangat'tempting'.Tapi,kita tak tahu bagaimana tekstur kuih tart tu tadi.Rapuh ke,keras ke.DAri segi rasanya pulak,sedap ke tak jem nenas tu,manis ke,masam ke.

Saya mungkin nampak sombong,tapi,sifat dan perwatakan saya,siapa yang tahu?

Saya mungkin nampak lembik,cengeng,muka macam nak nangis,tapi,siapa tahu dalaman saya lebih kuat daripada MAlik Nor,Sazali,jaguh bina badan?

Saya mungkin pendiam,tapi,siapa tahu,saya punya kebolehan sendiri bila bercakap?

Saya mungkin dianggap berjiwa sentimental,tetapi,mana tahu,hati saya lebih keras daripada batu2 konkrit yang ada di jalanan?

KAlau diberi peluang,saya mahu kenal semua orang dari dalam dan luar.Sebab setiap orang tu unik.Punya personaliti sendiri yang menarik.Tak semestinya semua orang hadir dengan perwatakan yang stereotaip.Semua orang cantik dan menarik walaupun perkara tu bersifat subjektif pada mata masing-masing.

MAcam kuih tart,kalaupun disapu dengan kuning telur cantik mana sekalipun,kita tetap tak tahu tahap kerapuhan tart tu.Sama macam manusia.Walaupun dia nampak kuat,kita tak tahu dia sebenarnya sangat lemah bila berdepan dengan masalah.Walaupun nampak talkative dan nampak pandai,kita selalu pandang tinggi pada diorang,walaupun kita sebenarnya mampu berikan idea2 yang lebih bernas daripada diorang.

Luar nampak gagah,tapi hati dia lembut,siapa tahu?
Luaran cuma satu pelindung,'shield' untuk mengaburkan mata orang lain bahawa itu diri kita sebenarnya.
Dalaman kita simpan dan 'bungkus' elok2 supaya orang tak dapat tahu bagaimana diri kita yang sebetulnya.

Dalaman dan luaran kita tetap benda yang berbeza.

Monday, July 27, 2009

hari2 yang lepas



Virus H1N1 menular.KTSN dikuarantin.Sebenarnya,k1 je yang kene kuarantin buat masa ni,kami di kolej2 luar masih blur dengan nasib2 kami.Tapi,rasanya,kelas confirm batal kot.Saya masih agak ketidak tahuan dari mana punca H1N1 ni.Tapi yang pastinya,saya seronok sebab takde practise silat minggu ni,yeay!

Semalam,kitorang baru je balik dari Program Komuniti Sihat kat Kampung Sungai Mulia,Gombak.(kampunglah sangat).Kampung ni adalah antara 7 kampung tradisi yang ada di KL.Maksudnya,kampung2 yang wujud sejak 100++ tahun yang lalu dan ada organisasi2 yang masih aktif.Yang kagumnya,aktiviti2 yang ada dlam kampung ni memang macam kampung2 yang ada kat negeri lain,macam,marhaban,kompang,memang nampak la ada persatuan dan gerakan belia kampung yang aktif.

Sebenarnya,expectation masa sebelum datang ke kampung tu,dalam kepala saya,rupa dan keadaan seperti di kampung2 saya,tapi,ternyata,sangkaan meleset.Well,kampung tu sendiri masih berada dalam kawasan Gombak,KL,dan Daerah Sentul.Jadi,memang,rumah2,yang boleh dikatakan ada banglo2 besar,kemuadahan semua ada,elektrik,air,masjid pon lawa.

Basically,FYI,student UKm ke sana untuk program klinikal antaranya,student biomedical sc,JPd(nutrition and dietetics),Audiologi,Speech therapy,Diagnostic+Radiotherapy,Optometry.Saya antara student2 JpD yang berkhidmat kat situ.Seriously,masa sebelum ke kampung tu,saya tak risau sangat pasal mak bapak angkat,tapi,saya lebih risau tentang soal klinikal.Apa taknya,saya belum berpengalaman,mampu ke nak bagi nutritional advise kepada orang2 yang datang.Tapi,alhamdulillah,setelah percubaan pertama,saya mula gain confidence sikit.Memang satu pengalaman berharga.tak sabar menunggu pesta konvo.

Bercakap mengenai bapa/mak angkat,program kali ni,tak berapa nak memberi peluang utk kitorang nak bermesra dengan mereka.Satu rumah,agak ramai,dalam 20-40 orang.Cuma da beberapa famili je yang dapat 4 ke 5 orang anak.Saya tergolong antara orang2 yang mempunyai adek beradik baru seramai 20 orang.Dan kitorg ditempatkan di rumah yang makcik tu nak sewakan kepada org.So,memang senang jugak,perempuan je yang duduk dalam rumah tu,takyah pakai tudung dalam rumah.
Tapi masa malam ahad tu,ada wayang pacak,memang best,tengok wayang beramai2,dan melihat gelagat budak2 kecik tengok cerita hantu,btw,cerita yang ditayangkan malam tu ialah 'Jangan Tegur'.

Tu cerita tentang PKS.Kalau boleh,saya nak join OPKIM pulak lepas ni.Sebab orang kata,lagi mencabar dan lebih menarik.

Saya baru lepas menonton 'Syurga Cinta' dalam laptop Cikin.Saya masih ingat masa mula2 saya menonton trailer movie ni,betapa saya mengutuk keras2,langsung tak mahu menonton cerita ni.Sebab pada saya cerita2 hasil arahan ahmad Idham memang tak pernah best.Dan jugak Prof Madya Razak Mohaiden(xtahu betul ke x eja).Tapi,sebabkan saya selalu dengar Ana,Nisa mengulas pasal cerita ni,tertarik jugak nak tengok.

Komen saya.....cerita ni kelakar,walaupun tema filem ni,adalah menyampaikan mesej dakwah,tapi,skripnya memang kelakar.Saya tak pasti samada mesejnya sampai buat penonton.Tapi,ceritanya,taklah tahap bodoh sangat macam Jangan Pandang Belakang Congkak tu.Tapi,watak Heliza agak tak signifikan dalam cerita ni,walaupun sebenarnya,watak Awal lagi menyerlah dan obviously lagi penting.

Haha,takda kerja,lepas menerima berita kuarantin,tengok cerita ni.

Berita kepada kawan

Berita Kepada Kawan

Artist: Ebiet G. Ade
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

berdebar2

Semangat giler!haha

xde pose yg cun2 la...haha
jom buat pose ana!

Nadia kata,
'Cuba,bagi kaunseling jugak,try je,1st time memang berdebar2,berpeluh2,cuba je,'

Akhirnya,akak wartawan RTM tu menjadi klien pertama saya,nasib baik akak tu responnya okey.Lepas tu ada la confident sket,haha.Saya akan bercerita pjg lebar di post2 kemudian.Okey?Till then.

Monday, July 20, 2009

Happy birthday Nurul!



Nurul,


Happy birthday!


Semoga panjang umur+murah rezeki!


Semoga berjaya dengan misi tikus2 awak!Sabar ye!


Semoga dapat complete your hons dengan penuh bergaya dan macho!


cukup2lah tu dok sana,Along pon dah nak balik,awak bila lak??


All the best,semoga bahagia dunia akhirat!




Wednesday, July 15, 2009

Exhausted!

Hari ni sangat memenatkan,ke Mid Valley dengan Nisa dan Ana,ber'shopping' dengan mereka.Lepas tu,balik terus tukar baju dan siap2 bersilat.Nasib baik practise habis awal,dapatlah berehat,tapi,memang memenatkan.Dan saya masih penat.

Sejak dua minggu yang lalu,saya agak kepenatan,berulang-alik ke Plaza Rah dan K1,dan bilik Nisa lah rumah kedua saya.Dan saya dah lama tak berblogging sekerap dulu.Kadang2 di Plaza Rah dapat jugak internet,tapi tak sehebat wireless internet di K1 la kan.

Tiba2 masa dalam perjalanan ke Mid tadi,saya terpikir satu benda.Pagi semalam,cik Nadia yang suka buat pose kat cermin tu,tanya pendapat saya pasal wallpaper desktop gambar dia yang gedabak tu.Dan meminta pendapat.Jawapan saya,muka dia pelik.

Lepas tu,saya terpikir dan tersedar,saya memang senang memberi pendapat dan selalunya pendapat2 saya memang menyakitkan hati.Sebabnya,saya lurus orangnya dan saya suka bagitau apa yang saya rasa.

Dan saya tahu,dan sebenarnya saya sedar saya menyakitkan hati orang tersebut,tapi,saya tetap menyuarakan pendapat saya itu.

.................................................................................

Tiba2 cam blank,dah hilang idea mahu menaip apa,haha,tapi,tak kesahlah,pape pon,saya mintak maaf kpd semua kalau ada pendapat atau kata2 saya selama ni,menyakitkan hati sesiapa.

I'm human,not even close to being perfect!

Friday, July 10, 2009

Enjoying the new life..

Saya duduk di Las Vegas Kampung Baru,Plaza Rah.Really,i'm enjoying my life!Rasa seperti dewasa,tinggal di rumah,haha.Kelakar.But the best part is living with the best of friends i've ever had.Eventhough i'm still hoping to get a place in K1.Tu pun sebab silat practise,tak sanggup la nak ulang alik or menumpang bilik orang.Tapi,memang banyak benefit pon kalau dapat duduk di K1,dapat join aktiviti.Tapi,i have started to like Plaza Rah so damn much,macam tak nak pindah mana2 pon ya jugak.Huhu.

Sem ni,credit hour untuk kami cuma 16.Sepatutnya 19,kami patut amik subjek ZT,tapi due to circumstances,kami perlu ambil next sem.Which mean,next sem will be 23 kot kalau tak silap.Tapi,saya agak menikmati subjek2 yang diambil sem ni.Sebab related closely to what we're taking,that is nutrition subject.So,menarik,memang.

Saya mencuri2 masa balik ke rumah di Segambut hari ni,sebab nak ambil barang.Nadia,Cikin dan Ana ikut sekali sebab memerlukan internet.Yela,Plaza Rah takde wifi!Duh!

Along dah selamat grad.Congrats!

Menunggu emak dan abah telefon.Sejak sampai ke UK,saya tak dapat apa2 call pon dari diorang!Sedih!

So,tu je kot for now,maaf kalau tak membalas apa2 comment,sebab tak dapat nak online selalu.Untill then,take care korang!

Doa untuk anis KMJ yang akan operate esok kat Hospital Bangsar,muga2 selamat semua!Insya Allah,Amin.

Saturday, July 4, 2009

Dah habis dan mula yang baru

Pengalaman menjadi pc kualiti makanan memang takkan lupa sampai bila2.Bayangkan,saya dicampak ke Kolej Ibrahim Yaakob sorang2 dan bermula dengan tiada sorang kawan pon.Tapi,lama2,saya seperti pc2 KIY sendiri.Escort student ke DECTAR,tolong pc makanan buat kerja,dan join post mortem mereka.Memang pengalaman yang takleh dilupakan sampai bila2.
Kena usik dengan super2 senior,haha,memang kelakar,dan terharu bila diorang bagi tepuk terima kasih untuk saya.

Minggu Mesra Pelajar dah tamat.
Kerja menimbang makanan,round2 cafe,usha2 dapur,tanya2 student's complaints,semua dah abis.

Tadi,saya ikut student junior ke KTSN berkonvoi beramai2.Lepas tu,ke K5 mengambil kunci bilik di Plaza Rah.Btw,Nisa dapat transfer ke K1,kami tak sempat menjadi housemates.Tapi,saya nak cuba memohon untuk ke K1 sebab saya mahu aktif semester ni.Saya mahu menjadi exco,sebab pengalaman menjadi pc ni memang banyak mengajar saya.Jadi,sila doakan untuk saya dan kawan2 saya ye?

Isnin,mak abah ke tempat Along.Along nak grad.So,untuk 2 minggu mak abah tak berada di sini mulai hari Isnin.Dan semester baru sudah bermula,dan saya akan mula hidup sebagai 2nd year.

Semalam,kitorang sempat merasa Perang Dectar.Mula2 Hayat cakap nak stay,tapi disebabkan Dr. Roslee sayangkan anak2 dia,terpaksalah kitorang keluar dari Dectar tu.Tapi yang pasti,seronok tengok Zaa'ba kena aim dengan semua kolej!
Disebabkan saya berada dengan KIY seminggu dan hari2 mendengar mereka ber'cheers',cheers mereka masih terngiang2 di kepala saya.Hehe.

Thanks to kawan2 saya,Nisa,Nadia dan Cikin sebab beri peluang untuk saya merasa semua ni!
Tepuk2 terima kasih.
Terima kasih,thank you,sie sie,nandre,syukran,arigatou hai!