Monday, September 27, 2010

P/S : we LOVE u


Nasib setiap orang berbeza.
Dugaan setiap orang berbeza.

Dan yang pasti,
ada hikmah di sebalik segala-galanya.
Jangan kau gusar,
Jangan kau ragu,
Kerana kita pasti, Tuhan tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia.

Dan kami akan sentiasa di sini!

Minta maaf kalau pernah menyakiti.
Terima kasih kerana sentiasa di sisi.
Sememangnya,kau sahabat sejati!

Moga hari ini,
Kau bertambah bahagia,
bertambah ceria.
di samping bertambah usia.

Moga Tuhan sentiasa memberkati,
perjalanan hidup kau,
dalam meniti hari-hari.

Happy Birthday Nisa!
May happiness be yours, always.

P/S: We Love U

A day of gratitude.


Semalam hari penghargaan.
Hari memanjatkan kesyukuran.
Juga hari mengenang persahabatan.

Alhamdulillah,syukur Ya Tuhan.
Semoga persahabatan antara kami berkekalan,
dunia dan juga akhirat.

Kelemahan diterima,
Kebaikan dirai dan dihargai.

Kamu adalah anugerah Tuhan.
Yang tak mungkin aku ganti
Dan tak mungkin dapat dicari
Walau ceruk hujung dunia sekalipun!

You guys are life's blessing!and i love u to death!

Happy 21st Birthday Popo!
Seriously,it was one of the best day i had in my life!
Reminiscing on our friendship.

May Allah bless u.


Tuesday, September 21, 2010

Syikin.Happy birthday!






Syikin mokhtar,
maaf ye, lambat buat post khas utk kau!

HAPPY BIRTHDAY!
semoga panjang umur+murah rezeki!
semoga bahagia dunia akhirat!
thanks for being such a super duper kawan yang sengal extravaganza!
haha!

silalah menjamu selera mata dengan mengembalikan nostalgia yang tak berapa nak lama sangat!
haha.

Saturday, September 18, 2010

Bila hati dah suka

Bila hati dah suka,

Yang indah saja ada di mata.
Semua tentang dia, indah-indah belaka.
Tiada cacat cela.
Kalaupun ada,
buat-buat tak nampak saja.

Dialah satu-satunya kumbang 7 bintik di dunia.
Tiada yang sama.
Tiada yang setara.

Mana lagi nak jumpa sepertinya?

Sayangnya,
dia sudah berpunya.
Hati selalu berkata,
Kenapa bukan aku yang di matanya?

Saban hari teringatkan dia.
Setiap masa terbayangkan dia.

Tapi kawan,
Tuhan Maha Mengetahui
Mengapa kau bukan untuknya
Mengapa bukan kau yang dipilihnya
Yang pasti,
ini takdir Ilahi,
yang perlu kau fahami
dan tak harus persoalkan dan kembali ke takuk lama
akibatnya, kau yang merana

Mungkin dia bukan untuk kau
Kerana kau berhak yang lebih dari itu

Sudah masanya kau berhenti,
menangisi dan meratapi pada yang tak pasti!



2nd part of Raya









Okay.
Here goes the second part of Raya.

Kali ni, Muar destinasi kedua.
Macam biasa, setiap tahun pun bergilir-gilir. Dan tetap ke kedua-dua tempat setiap tahun.

Ramai yang dah balik. Sebab tak ramai yang cuti. Jadi cuma ada 3 buah keluarga je yang tinggal kat kampung.
Pak Uda, Pak Njang dan keluarga Mak Ngah( Mak saya)

macam biasa, raya kat Muar pergi ke Kampung Kolam, Jorak.
Findings yang diperolehi sepanjang raya ni:
1. Saya berjaya mencungkil sejarah lampau dan juga mengenali nama2 saudara sepupu sepapat sebelah Emak yang berketurunan jawa.
dan telah tergelak *berdosanya* bila dengar nama pelik-pelik.
nama Tukul, Pungut, Elek, Nanuk, apa lagi,banyak la. Komeng.
Tapi, Tukul?tak tahan!
maaf pakcik !

2. Lebih mesra dan boleh berbual dengan orang secara ramahnya. Maybe sebab dah besar kot.
Tak lagi menyorok di belakang punggung Mak.

3. Nama-nama kampung memang sangat menarik!
Antaranya : Kampung Buntut Pulau, Lubuk Kawah, Minyak Beku.
Unik.mana ada kat KL macam tu. Taman Dutamas Seroja la.Damansara HEights la. Semua pon bunyi nak urban. Tak klasik. Haha.

4. Berat yang turun masa bulan puasa naik balik.
2 kg lost, 2 kg regain.

5. Raya is no longer as fun as it used to be bila dah besar.
Well, fit the purpose la kan. Raya bukan lagi tentang cerita apa best kat tv, lagu raya berkumandang kat telinga, duit raya siapa yang paling banyak.
Raya mengingatkan kita pada kebesaran Ilahi, ziarah-menziarahi, dan mengingati mati.

6. Jadi Mak memerlukan banyak kesabaran. Baru jaga Sarah satu hari. Mandikan, kasi makan minum, main-main. Nasib baik la budak tu dah 3 tahun. Tapi sangatlah comel!


Silalah lihat gambar raya kali ini.
Sangat malas nak berposing.
Jadi, gambar saya memang tak ada.
haha.
takat sekeping dua.


Salam aidilfitri~ :)





Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya.






Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin.

Buat rakan2 yg rajin follow blog saya ni :)
Terima kasih daun keladi,
Rajin2, jenguk2 lah lagi ye?

Raya tahun ni, tak cukup seorang, as always. seperti raya-raya yang lepas, dah dekat 7 tahun tak pernah lengkap satu famili. 4 tahun tak cukup 2 orang, 3 tahun tak cukup seorang. Mak Abah extra sedih sampai tak nak amik gambar famili utk raya ni pun. sobsob. penat2 panggil suruh amik gambar. Haha.

Si emikucing pulak sibuk call abah 3 kali sehari.
gila apa?homesick mengada2. memang anak kesayangan larr.
haha.

Saya baru pulang beraya di Temerloh.
Petang ni akan bertolak ke Muar. Sialah tunggu edisi album raya kedua pulak ye?
Raya dah tak ramai orang datang ke rumah, sebab Wan dah tak ada. Basically, orang datang melawat orang tua. Jadi, since orang tua dah tak ada, sangatlah tiada langsung orang datang menjenguk. Jadi, di pagi raya, kami bersenang lenang ke rumah orang lain dan melepak di rumah sendiri.

Raya kali ni, memang mencabar keimanan sungguh.
Berkejar-kejaran dengan tikus pada malam raya. fuh!
Family gathering yang terbesar. Baru tahu saya generasi ke 5 .
And the best part is,
dapat duit raya lebih sikit. Haha. Untung ada abang kakak yang dah kerja, duit raya boleh mintak!
hehe!

Okey,sebagai penutup, saya kasi sikit2 gambar raya di temerloh.

Salam aidilfitri!