Tuesday, August 31, 2010

Erti merdeka buat diri saya

Merdeka,
bukan setakat bebas daripada cengkaman penjajah, tapi merdeka dari segala sudut. Dari segi pemikiran, budaya dan juga aspek-aspek lain.

Alhamdulillah,
kami tidak hidup dalam ketakutan. Bukan dalam keadaan darurat. Dan kalau nak dibandingkan dengan rakyat Palestin, yang masih dibelenggui dengan musuh zionis walaupun di tanah air sendiri.

Merdeka bukan setakat pameran bunga api pada tanggal 12 malam.
Merdeka bukan setakat laungan merdeka kosong tanpa penghayatan.
Merdeka bukan setakat nyanyian lagu Sudirman setiap Ogos pada setiap tahun.

Tidak, merdeka lebih dari itu.

Supaya kita lebih menghargai kemerdekaan yang dicapai.
Jasa semua yang terlibat dalam memerdekakan tanah air.

Misi kita sebagai anak Malaysia yang lahir selepas kemerdekaan;
memerdekakan diri sendiri.
Yang punya jati diri anak Malaysia.
Lebih maju dan bertamadun, lebih sensitif dan peka terhadap kepentingan semua pihak, dan tiada lagi kepincangan, dan berhenti bertelingkah atas kepentingan diri sendiri mahupun parti politik.



Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53.



Friday, August 27, 2010

Surat untuk Hilmi

Ke hadapan Hilmi kucing meow lalalala,

Selepas awak pergi pagi tadi, Icah dah pun rindu kat awak. Oh, bila lagi mahu berjumpa?
Negara Kanada sangat jauh di mata.

Nurul kata, Abah diam seribu bahasa. Mak tak sudah-sudah mengalirkan air mata. Along pulak lain cerita, sangat gembira, mungkin lulus exam viva.

Bak kata Along, dah tak de kuih char koy atas meja masa berbuka.
Siapa lagi nak beli makanan petang-petang kat bazaar Ramadhan.
Ah, tak de orang nak complain2 pasal makanan tak cukup kat rumah lagi.

Seminggu dua ni, mesti mak abah sedih lagi. Takpe, it takes time. Lama-lama, oklah tu. Dulu masa Along dengan Nurul fly pon macam tu jugak kan?

Ingatkan tak nak nangis, walaupun Icah tau mesti confirm menangis punya.
Yela, I've been with u since forever. Dari kecik sampai besar.

Walaupun selalu gaduh-gaduh,
tapi,
awak tetap adik Icah.

and of course,
i love u.always.

Your sis,
Macicah lalalala.

All the best!


Okey, quick update.

Tiba2 dia nampak hensem luarbiasa pagi ni. Tak seperti bangla macam hari-hari lain.

hehe.

I miss u already!

Post panjang akan diupdate kemudian! sebab nak pergi kelas dah.

Rindu sudey.

Saturday, August 21, 2010

Life with purpose.

Kadang-kadang, kita terlupa tujuan kita di dunia.
Sebagai umat Islam dan kepercayaan yang kita pegang bahawa Allah itu ada, dan hanya kepada Dia kita sembah.
Juga kepercayaan bahawa atas Islam dan kerana Allah lah tujuan kita hidup di dunia.

Kita manusia biasa.

YA, kita lupa.
Atau sering buat-buat lupa. Bila kesenangan, kecantikan dan kemewahan terbentang di depan mata, segala-galanya kita sanggup tolak ke tepi. Kita putar belitkan apa yang kita tahu, supaya kita nampak seperti tak pernah lari dari landasan Islam yang sebenar.

Ya, kita manusia biasa. dan kita bukan bersifat 'maksum'. Tapi, atas sebab sifat manusia yang lemahlah yang membuatkan kita perlu sentiasa ingat pada asal usul kita. Dan tujuan kita hidup di dunia.

And ,back to basic.

Kita manusia. dan kita hamba. Dan kepada Dia kita berserah. Kepada Dia kita memohon.
Supaya hati kita sentiasa dalam iman. Supaya kita merasai nikmat iman. Supaya kita berada dalam golongan beriman. Sebab kita tahu perkara utama ialah Iman.

Iman adalah mutiara.

Kita manusia. Kita lakukan kesilapan. Tapi, itu tak buatkan kita berhak untuk sering terjatuh untuk membuat kesilapan sehingga akhir hayat. Sebaliknya, kita belajar daripada kesilapan. Untuk menjadi manusia berguna.

Bila kebenaran yang terbentang di depan mata, tapi hati tak pernah menerima. Kita tahu, tapi buat-buat lupa. Kita tahu tapi kita tak mahu.

Ya, kita tahu tapi tak mahu. Mata tak pernah menipu, tapi hati selalu berkata yang palsu.

Dan akhirnya, kita keliru.

Tapi, kita tahu, Allah sentiasa ada. Panduan sentiasa ada di mana-mana. Kalau kita takl tahu, kita bertanya. Dan menyediakan diri untuk benar-benar belajar dan menerima kesalahan diri sendiri. Supaya kita tidak mengulangi.

Muhasabah diri.

Kita manusia biasa. Kita tahu asas hidup perlukan pegangan iman yang kukuh. Dan bila kita tahu kita lemah, kita belajar. Supaya kita dapat membaiki kesalahan diri. Dan menerima kesilapan yang kita lakukan .

Hidup ada tujuan. Bukan saja-saja.
Ada sebab kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi. Ada sebab kenapa kita berada di sini.
Ada sebab kenapa kita menjadi begini.

Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Semoga kita memperbaiki segala compang-camping yang terkoyak rabak.
Untuk menjadi hamba yang lebih baik.






Friday, August 20, 2010

Babbling part 1.

Life has been quite hectic lately. Bak kata adik ana, assignments melambak bagaikan longgokan sampah. Lepas satu, satu. Dan sekarang, sudah merangkak ke ramadhan yang ke 10. Haih, masa berlalu sangat cepat!

I'm happy with my life. Walaupun kadang-kadang busy melayan blues sendiri. Haha. Dan gila sebentar bila hormone tak stabil. * u know what i mean*

But, for now, life is okay. Kinda monotonous. But not dull or boring. Because I have my loved ones by my side. All the time.

Well, I don't know what to expect in the future. I want something new, and adventurous. Tapi, masih mahukan kehidupan yang 'laid back' at the same time.

*right, semua pun nak. tamak!*

But still, I just want something different.
and hopefully, it'll come in a good way.








Sunday, August 15, 2010

Ramadhan kali ni.

Bila langkah diatur ke bilik itu, acapkali mata terbayangkan sekujur tubuh sedang berteleku menghadap Ilahi. Saya rindukan wajah tua itu. Saya rindukan kata-katanya. Rindu akan suaranya.

Ramadhan kali ini,
Atuk Wan tiada bersama. Kalau dulu, selepas subuh, saya akan ke bilik atuk, dan berbaring bersama sementara matahari naik. Bertukar-tukar cerita sambil bermanja-manja.
Tapi, kali ni, Atuk dah tak ada. Dan saya tidak lagi ke bilik itu selepas Subuh. Ah, rindu sungguh pada atuk.

Ramadhan kali ini yang pertama tanpa Atuk Wan. Juga bakal menjadi Aidilfitri pertama tanpanya.

Ramadhan kali ini,
Moga bertambah-tambah amalan. Seronok dapat berbuka bersama rakan, solat dan tadarus bersama-sama. Syukur pada Tuhan.
Bahagia bila di rumah, berbuka bersama keluarga. Sekurang-kurangnya, sebelum Emi pergi.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumya, Amin!


Friday, August 13, 2010

I already miss u.



Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Dan saya berpeluang untuk merasa nikmat Ramadhan lagi tahun ini.

Alhamdulillah.

Encik ini akan berlepas tidak lama lagi. Dan dia bakal ke tempat yang lebih jauh dari semua orang, baik saya, Along mahupun Nurul. Kemungkinan besar saya tak berpeluang untuk menghantar dia ke airport atas urusan mid sem.

Mintak2 saya boleh hantar. Kalau tak,sedih!




Monday, August 9, 2010

Laughter and tears!




8/8/2010

21 tahun.

Thank you everyone for the wishes. Saya dah meningkat dewasa. Dah pun sampai ke peringkat dewasa awal.*haha*

Tahun lepas, tak sangka dah berangka 2. Dan tahun ni, angka 2 tu
dah ditemani dengan angka 1.
21.21 tahun. macam tak percaya.

Walaupun saya selalu katakan pada rakan-rakan, umur sekadar angka, tak membawa maksud apa2.tapi hakikatnya, it does make a difference!

Walau apa pun,
i'm GLAD,
HAPPY,
and
GRATEFUL

sebab sepanjang 21 tahun ni, Tuhan kurniakan dan limpahkan hidu
p saya dengan kasih sayang.
Dan hidup saya penuh dengan kasih sayang!

I thank Allah,
for the love HE gave me;

for MAK and ABAH,

for them; ALONG,NURUL and EMI

and for them too; :)
juga keluarga serta rakan-rakan yang lain.






Special thanks :
Nurul, for the dinner, and CUCI!
Nadia, Ana, Nisa, Laling, Popo, Dayah, Cikin and Cik Ji , for the video, dinner and the surprise!

How can I ask for more when I already have everything? :)