Tuesday, July 20, 2010

Happy Birthday Awak!


Euw.geli sungguh post title.
Haha.Tapi, buat kakak terchenta, selamat menyambut hari lahir ke 24.
24 tuh!
Tua sudah.
Kerja sudah. apa lagi, kahwin je la.
Haha.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Walaupun susah untuk mengatakannya,
tapi....

I LOVE U.

hoh.geli2.adios.

Sunday, July 11, 2010

Goodbye holidays!

Semester break yang super best.

But still, tak sabar pulak nak jumpa kawan2 yg saya sayang!
Ingat balik hari ni, tapi kena tahan kat rumah lepas diorang tahu Isnin tak ada kelas.
Huahua.

Saya tak sabar nak ke 9-18.
Jumpa org2 9-18.
membuang habuk dan mencantikkan bilik saya!
yeah!
i'm coming!

Thursday, July 8, 2010

Bila cuti lagi?


Tinggal lebih kurang 3 hari je lagi nak mula semester baru.Cuti was awesome!
Meh sini saya cerita apa saya buat masa cuti ni.

1. Pulang ke Muar temankan Atuk Aki dengan Nurul. Dekat seminggu jugak duduk di sana. And the best part was I had to babysit my cousin, Sarah. Dia sangat comel dan pandai. Huahua. Mahu adik kecik baby!

2. Then, the next weekend, ada kenduri arwah di rumah saya. Rumah yang tak berapa besar tu dipenuhi dengan 8 adik beradik Mak dan anak-anak diorang. Hua. Sangat packed! Tapi, dah macam raya sebab semua berkumpul bersama. Last time semua orang berkumpul masa arwah Atuk meninggal dan saya tiada di sana.


3. Lepas tu, selepas hampir bergaduh2 dan berhempas pulas merancang sama ada nak ke Perhentian, atau Langkawi, last2 kami ke Pulau Perhentian, Terengganu.
Macam biasa, lepas habis rotation di satu department, Along dapat cuti seminggu. Dan dengan baik hatinya*haha* dia menampung semua perbelanjaan dan menjadi driver sepanjang perjalanan.


Saya bukanlah senang dapat bercuti. But this time,walaupun cuma di Malaysia, tapi berbaloi GILA! Kat sana ramai foreigners, most of them. Unfortunately, restaurant beach kat sana banyak yang cuba accomodate dengan budaya orang barat. Most of them serves alcohol. SO, sebaiknya, kita tak masuk kedai2 yang serve alcohol ni. Nasib baik ada satu kedai yang memang stricly tak jual dan tak bagi alkohol masuk dalam premis kawasan. Kenapa kita kena sesuaikan dan memenuhkan permintaan pelancong asing ni?Sedangkan they are the one who have to accomodate with local's culture,kan?


But still, Pulau Perhentian is indeed BEAUTIFUL. Laut biru, pantai cantik. Air jernih sangat! Snorkeling was a great experience for me. Dah la tak reti berenang, so, memang la panik gila masa mula-mula dan terkial-kial walaupun pakai safety jacket.
Haha. Yela,kena campak kat tengah2 laut. Siapa tak takut! But then, dapat tgk nemo, beautiful corals, swimming with the colourful fishes,nampak turtle,babyshark and stingray,memang worth it dan super awesome! Rasa macam nak tinggal sana je!

oh.lupa nak cerita, before ke Kuala Besut, kitorang sempat singgah ke Taman Tamadun Islam di KT. Cantik.Memang cantik tempat tu,cuma sayang, tak digunakan.

4. Weekend tu, kami ke Perak. Atas urusan kenduri kahwin.
Yang kelakarnya, kitorang salah tarikh kenduri. Huahua. Nasib baik bermalam di sana, so, bolehlah ke kenduri yang patutnya berlangsung pada Ahad dan Mak selaku perancang perjalanan ingatkan kenduri hari Sabtu.
Saya tak pernah menjejakkan kaki ke sawah padi. Kebetulan rumah atuk sepupu saya betul-betul di belakang sawah. Dan masa tu scenery sangat cantik.Sebab padi tengah menguning.

5. Then, minggu yang seterusnya, kami ke PD. haha. Destinasi favourite Abah. Hehe. But this time, lain sikit sebab kami ke PD bukan untuk mandi laut, tapi untuk ber jungle trekking. And sebab utama ke sana ialah Atuk Aki.

6. So, tu antara highlights masa cuti ni. Minggu-minggu lain dihabiskan di rumah, balik ke Muar lagi sekali untuk seminggu, dan bermalas-malasan di rumah sambil bermain wii.*xdela malas sangat kan?haha*Selain tu, keluar bersama-sama Nurul dalam 3 ke 4 kali. Merasa la Along belanja makan and the best part of this holiday is i get to be with my family.

Saya rasa seronok dan puas. Sebab ni la masa untuk family. for quite a long time. Dan buat beberapa tahun, dah lama kami tak berkumpul bersama macam ni. and I chose to be with them. dan mengurangkan kadar online yang tak sekerap dulu.

Emi will be leaving us soon. dan awal-awal dah suruh saya balik every weekend jumpa dia before dia pergi. huahua. tengoklah macam mana. ah, sedih pulak.

Cuti kali ni pon saya hanya sempat berjumpa dengan rakan sekolah cuma sekali. Tu pon masa diorang dah nak sambung study. Uitm kan masuk awal seminggu?haha.

So,cuti kali ni memang best. Next year, masa cuti ni akan dihabiskan dengan LI.
hah,tak sangka dah membesar. Untuk jadi 3rd year student.

'Kita semua dah semakin matang'-AsyikinMokhtar,balkoni RAH 2010.


Wednesday, July 7, 2010

Malam ini lain daripada biasa

Malam ni lain daripada biasa.
Tiada internet, tiada astro, tiada cahaya lampu kalimantang.
Yang ada cuma cahaya api lilin saja.

Maksudnya, tiada elektrik.

Malam ni lain daripada biasa.
'Candle light dinner'. Lilin yang bertapakkan tin biskut Hup Seng di tengah-tengah meja makan.
Scene ni bukan lah special mana, cuma, seronok bila makan bersama satu keluarga.
dan semua ada bersama.
'Dulu-dulu,masa kecik-kecik abah dah rasa dah.pakai pelita je,bersyukur je la dengan apa yang ada'

Malam ini lain daripada yang biasa.
Semua orang berkumpul bersama lepas dinner.
Sebab duduk dalam bilik panas, elektrik tak ada.
'aih,jarang nak ada time2 macam ni.Biasanya semua lari masuk bilik,'
dan Mak Abah mula mengenang nostalgia lama.
Masa kecik2,masa di rumah sewa di Segambut Dalam.
masa saya belum lagi wujud dan masih tinggal dalam rahim Mak.


Malam ni memang lain daripada biasa.
*memang ada hikmahnya bila elektrik tak ada*



Friday, July 2, 2010

Birthday wishes for these girls.




Mello.
Dia
Rajin buat tute.
Selalu siap homework!
Comel.
Cantik.
She's very interesting.
and i am very proud to have you as my friend.
hah!rindu gila kat member2 PDT ni!banyak gila kenangan.
Teringat masa kena kejar dgn Pak Guard malam2 sebab main basikal kat depan asrama pukul 2 pagi.and bilik kau dan Mai menjadi tempat persembunyian terbaik!Sampai tertidur esok pagi.Hah.Beba punya keje!hehe.

Really, i miss u guys!

Mello, happy 22nd birthday!Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki!

and this girl,
will be EMAK for the next sem.
sila ingat itu bakal anak-anak Rah 9-18.
hehe.
semoga Dayah dapat membendung kami dari membuat kejahatan dan kesilapan.
hehe. sila tegur saya dan rakan-rakan kalau kami buat salah!
and i am looking forward to have u and awina in the house!
WELCOME!
semoga panjang umur dan murah rezeki.bahagia dan berjaya dunia akhirat!
Alhamdulillah, I thank Him for letting me to know you .

*game Brazil and Oranje mmg drama. haha. Ref bunguks!*

Thursday, July 1, 2010

Can I ask for more?









AH, malas sungguh nak balik uni.
Masa bermalas-malasan dah hampir ke penghujung!
AH,tidak2!!!!

Peringatan utk diri sendiri dan rakan2. ;)

"Jangan salahkan lelaki apabila mereka memandang tidak berkelip mata. Salahkan diri sendiri yang bermurah hati untuk mempamerkannya kepada lelaki secara percuma.

-Bihah,taken from Al-Islam-