Friday, February 19, 2010

Sebab dia saya menjadi saya

Dia bawa pengaruh yang sangat besar dalam hidup saya. Sejak kecil sampai besar. Apa yang dia suka saya suka. Apa yang dia buat, saya nak buat. Ia bukanlah persaingan, tapi lebih kepada saya hampir mahu menjadi dia.

Dia suka Backstreet Boys, saya pon dengar BSB. Dia suka Nick Carter, saya pon nak Nick Carter. *teringat kat laling bila sebut Nick Carter,haha,gelak guling2*

Dia berlagak seperti tomboi, tak mahu mejadi feminin, saya pon mengikut. Dia berambut pendek, saya pon turut berambut pendek.

Dia nak kahwin lepas career dah stable, saya pon mahukan begitu.

Ah,pendek kata, apa saja dalam fikiran dia, apa yang dia buat, saya ikut. Saya tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia kakak. Dan saya rasakan semua yang dia buat betul.

Tapi,hakikatnya, saya tak pernah menjadi dia, dan tak pernah pon jadi dia. Saya kagum dengan dia. Outspoken, pandai, baik. Saya tak sehebat dia. Saya pendiam, tak berapa nak pandai dan tidaklah sebaik dan sealim dia. Pendek kata, kami sangat berbeza. Dan saya tak akan pernah menjadi dia.

Lama-kelamaan, saya jumpa diri saya sendiri. Saya tahu identiti sendiri,apa yang saya nak jadi, tanpa perlu imitate dia, tanpa perlu menjadi dia. Dan saya mendapat kepuasan sendiri bila menjadi saya.
Saya tak kesah kalau pemikiran saya tak sehebat dia, dan saya tak tak belajar setinggi dia. Tapi saya bangga menjadi diri sendiri,yang ada pemikiran dan pendirian sendiri, tanpa pengaruh dari dia.

Walaupun sampai sekarang, apa yang dia suka juga saya suka, contoh, Remy Ishak ke Kim Hyun Joong ke, * tu maybe sebab kami suka benda yang sama pada lelaki,ooo...bahaya*,
tapi in a way, saya dah jumpa Hanisah tanpa pengaruh Nurulaini. Tapi, thanks to her, saya jumpa apa yang saya mahu, what i want to be.

Sebab dia, saya menjadi saya.

Thursday, February 18, 2010

Crushes, come and go..



Saya baru saja selesai menonton 'Keabadian Cinta'. Review? Not bad, i give 3 star though, cerita cinta yang tak cukup memberi bekas dan kesan pada jiwa. Movie 'Valentine's Day'masih di pilihan pertama sejak Jumaat lepas.
* Recommendation daripada penonton yang selalu tidur dalam wayang,haha,u should consider it anyway!*

Last words from Arsyad,lakonan Eizlan Yusoff memang membuatkan saya terdiam dan bersetuju.

" Crushes come and go, you'll forget them easily anyhow,"

Saya dah lama lupakan En. Hideaki Takizawa, baik En. Botak aka Wentworth Miller, mahupun si macho Remy Ishak. ( juga ada dalam cerita tu,berlakon sebagai orang pekak dan bisu dan jatuh cinta pada si buta, menarik bukan?)

Crush bertukar ganti. Kalau dah jumpa yang lebih baik, itulah yang akan diangkat kepada tahap si jantung hati nombor 1. Btw, saya tak tahu nak mendefinisikan 'Crush' dalam bahasa Melayu. Mungkin pada saya, crush ialah orang yang membuatkan saya tersenyum2 sorang2 dan cukup gembira dan contented dengan menyukai dia secara diam2, tanpa dia ketahui perasaan saya sebenarnya. Dapat tengok hari2 pon takpe. Maybe macam tu la saya suka Remy Ishak dulu, sampai hari2 tengok page facebook dia.*gila stalker* dan mungkin ini juga yang dikatakan crush apabila Cik Farhana Nazri meletakkan gambar2 mamat2 pujaan hati dia sebagai Desktop background, Si Cullen, Henry Golding , Daniel Henney dan yang latest, Kim Hyun Joong.

Crush bertukar ganti. Crush mengikut citarasa sendiri. Kalau si Kivie tertarik dengan mamat2 jambu, si Kinkinhaha tertarik dengan mamat2 nerdy ber'spek' yang tampak punya daya intelektual yang tinggi, dan si Anazuzu yang tertarik dengan anak2 ikan jambu dan player. Saya pula tertarik dengan orang ntah apa2,tiada kategori special, tiada kualiti yang saya idam2kan langsung.*sigh*

Ya,saya akui, sampai sekarang, saya masih di tahap Crush. Menyukai orang tanpa mengharapkan apa2, not even a relationship. Belum lagi tahap cinta ke, suka ke,belum lagi. Sebab tu, saya masih belum READY. and i'm happy with that, for now.

Haha, masih kebudak-budakan, masa sibuk tengok Nur Kasih, gila suka Adam, bila tengok We Got Married, suka gila kat Hyun Joong pulak. Well, obviously tiada kesetiaan dalam crush ni. haha!

*Tiba-tiba tertulis post ni lepas terjumpa dengan EX-CRUSH di matrik johor dulu, berselisihan di pintu Giant Sungai Wang, saya tergamam, cuma sempat menoleh untuk kali kedua untuk confirmation.
And yes, saya tak salah orang.*

Monday, February 8, 2010

Good Luck!

Masa ni lah baru nak sebok2 baca nota..

Masa2 cam ni la terasa macam budak UKM KL nerd yang sejati
*walaupun ada selingan2 tgk korea la, gosip hangat la*

Haha..inilah masanya..

Selamat la ye kawan2!
All the best!

*tak sabar menunggu semua ni akan berakhir :) *

Monday, February 1, 2010

Bugger off!

Okey?
perlu ke nak ganti practise?
kenapa nak semangat sangat???
penting sgt ke?

saya bosan!
saya dah seriously SHIT sangat bosan!

C'mon la man!
Rilex2 sudah!
merosakkan mood aku je weyh!