Monday, May 31, 2010

Bila hak kemanusiaan dicabuli

Nasib 700 nyawa dalam Mavi Marmara masih menjadi tanda tanya.
Dan satu-satunya senjata yang mampu disumbangkan sekarang ialah doa.

Semasa menonton tv petang tadi, sedang berkira-kira mahu memilih channel untuk ditonton, saya tersentak tatkala melihat paparan video di AWANI. Paparan tentera Israel yang turun dari helikopter dan mendarat di atas Mavi Marmara mengejutkan saya.
Walaupun perkara ini memang sudah dijangka, kerana Israel tak akan biarkan bantuan misi kemanusiaan itu sampai ke Gaza.

Tapi, tindakan yang mencabuli hak kemanusiaan itu dan dilakukan di perairan antarabangsa memang tak boleh dimaafkan.

Sememangnya tindak-tanduk Israel tak pernah boleh dimaafkan.

Kawan-kawan.
Silalah berdoa.Untuk nasib 700 aktivis pengaman yang masih tak diketahui.
Silalah berdoa. Untuk misi bantuan ini selamat sampai ke Gaza.
Silalah berdoa. Untuk saudara muslim kita di sana.

Dan silalah melengkapkan diri dengan pengetahuan sepatutnya. Sila baca berita, ikuti AWANI, Al-Jazeera.

Semoga Allah bantu mereka di sana!
Amin.

Kita ini tetamu senja

( Puisi A. Samad Said - 1955)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat




Saturday, May 29, 2010

Cubaan postpone yang tak berjaya!

Ada orang kalau tension makan banyak-banyak.
Makan coklat, cookies, aiskrim.
Ada orang kalau tension, tidur je,
Tak kisahkan orang lain dan tak mahu buat apa-apa.

Kalau saya,

Saya tension.
Saya tak lalu makan.
Tidur pon tak.

Saya akan duduk diam2.Tak mahu diganggu sesiapa.
Takpun, saya akan buat benda merepek.
Pergi selongkar almari baju, dan lipat serta susun ikut coordination warna,
Tak pon, paling senang, yang tak memerlukan sedikit kilo joule pon untuk keluarkan tenaga,
bila tension, saya cuba postpone kan perasaan tension itu untuk beberapa hari yang akan datang.

Argh, but this time, fail!
tak berjaya nak postpone,bila baca status anis, rupa-rupanya result will be out on 4th of june. earlier than it supposed to be.
*sigh*

Tuesday, May 11, 2010

Cinta yang mengharukan.


Cinta yang mengharukan ialah cinta yang sejati.

Cinta yang dipunyai oleh sepasang suami isteri, yang bersama-sama bersusah payah dan bersenang lenang.
Cinta suami isteri yang tak pernah luput dimakan usia.
Walaupun si isteri tak lagi berkulit tegang, berdahi licin dan berkedut kerepot rupanya.
Walaupun si suami tak lagi segagah dulu dan acapkali mengadu sakit belakang.

Namun, cinta dalam hati tetap membara dan mengharukan.
Mengharukan hati saya.

Ah, mungkin cinta itu dipupuk sejak muda remaja, ketika masih cergas dan menawan, tapi, cinta si tua yang berkekalan hingga ke akhir hayat tetap cinta yang sentiasa mampu membuatkan saya menitiskan airmata.

Biarpun si suami tak sekacak Fahrin Ahmad, mahupun semacho Aaron Aziz.
Mahupun si isteri tak sejelita dan seseksi Tiz Zaqiyah dan Scha Alyahya.

******

Setia menanti di hujung katil, saban hari menunggu si suami yang tenat di hospital. Si isteri tak punya sesiapa, cuma suami tersayang yang sakit dimamah usia itulah buah hati pujaan hati. Kadang-kadang, gusar mahu meninggalkan walaupun buat seketika, kerana takut si suami akan meninggalkan dia buat selama-lamanya. Jadi, si isteri meminta belas pertolongan orang sekeliling untuk membelikan makanan buat dirinya sebagai bekalan kudrat untuk menjaga suami tersayang.

Ini baru cinta sejati.

******

Si suami tak mampu membaca, nikmat penglihatan ditarik Yang Maha Kuasa, yang tentunya Dia lagi Mengetahui sebab musababnya kenapa. Namun, si isteri setia membacakan kisah cerita kegemarannya di sisi, Walaupun kadang-kala si isteri lambat-lambat membaca kerana penglihatan yang kabur, namun, si suami sabar menunggu cerita dari si isteri.

*****

Si suami lah pengganti doktor apabila di rumah. Tekanan darah diambil, suntikan insulin diberikan apabila si isteri memerlukan. Jika si isteri mengadu kepenatan, si suamilah yang bersedia menyediakan makanan buat si isteri. Tiga kali seminggu si suami setia menghantar dan menjemput si isteri tiapkali ada sesi dialisis di hospital. Cinta buat sang isteri melebihi rasa penat dan letih yang dirasakan.
Demi kasihnya buat si isteri.

*****

Apabila si isteri tiada lagi di sisi, pergi menghadap Ilahi, hidup si suami kini sunyi. Penguat semangatnya sudah tiada. Tiada lagi orang yang akan menunggu dia sekembalinya dari masjid. Tiada lagi teman bergaduh dan mengadu kasih.

Semangatnya dikuatkan. Langkah diatur ke pusara si isteri setiap hari. Selepas menunaikan solat di masjid, tak pernah sekalipun si suami lupa untuk singgah ke pusara isteri tercinta untuk mendoakan kesejahteraan hidupnya di sana. Kerana dia isterinya dunia akhirat.

*****

Setiap biji batu yang dikumpul, dibersihkan, dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Esoknya, si isteri akan mengatur batu-batu itu di pusara suaminya. Demi cinta dan kasih yang tidak pernah padam, doa si isteri tak pernah putus-putus dihadiahkan buat si suami tersayang.

Cinta dan kasih kekal hingga ke tua, hingga mati.
Cinta yang berkekalan dunia akhirat.
Cinta yang mengharukan.

'Whoever that person is, this is my dream. I want to have this kind of love.
Regardless of his looks, or wealth. As long as he loves me as sincerely as he could.
and bring me closer to Him.'
Amin.







Saturday, May 8, 2010

A Poor Attempt to fill Your Space.

'Hey Soul Sister'- Train.

Sedang asyik mendengar lagu ini, saya teringat hari-hari terakhir di Rah seminggu yang lepas. Kalau tak silap saya, it was Tuesday, masa kami beramai-ramai menyanyikan lagu ni.

'Hey,hey,hey'

Cikin tiba-tiba menerjah Ana dari belakang sebab Ana tengah buka video lagu ni di Youtube.
Dan tak semena-mena, saya dan Nadia ikut menyanyi. Dan itu lagu terakhir kami berempat sebagai housemates.

YEah, entri ini khas untuk kau Cikin.

'Ah, sedih, nanti bangun2 tak nampak Cikin di tepi katil'
-Nadia

'Nanti dah takda geng, sapa nak excited tgk korea, stalk hot people?'
-Ana.

And as for me, aku bakal rindu kau. Walaupun kitorang jumpa kau kat fac, tapi tak sama Cikin.
Kau tak lagi tinggal bersama-sama. Aku tak lagi nampak kau pagi-pagi duduk kat meja kau dan online dan study.

Saat-saat drama yang kau tunjukkan kat kitorang was priceless! And don;t you worry, we'll keep remind you that incident. Haha. Nanti jangan lupa update kat kitorang any upcoming movies yang kau rasa best.
Dan kalau kau ada apa-apa dengan en. bakal doktor itu, sila bagitau kami tanpa hesitation.

And yes, sebelum aku menamatkan entri kau, aku tak sangka, walaupun aku tahu, kita hampir sama sebenarnya. somehow, in weird ways.
tapi ingatlah, we're allow to dream, tapi tak boleh berlebih-lebih.
'Sabah pon tak pelah, tapi kalau nak bawak gi UK pon ok gak'
haha..

You always have your 'but' which comes along with 'ka-ching'!

Lagu ni akan selalu ingatkan aku pada kau.

Thanks, atas semua yang kau buat untuk aku. Really, u are 'BAIK'!

And don;t worry, no one will fill your space.
Nobody can and nobody will.

and the song keeps playing.









Thursday, May 6, 2010

Update.

Alhamdulillah.
Dah dekat seminggu cuti and i'm enjoying every second of my holiday.
Well, baru seminggu kan? haha.masih ada cuti berbaki 2 bulan. Lama tu.
Mula-mula saya ingat nak kerja. Tapi, tak berkesempatan dan tak diberi kebenaran. Elaun cuti tak ada. Awal-awal lagi abah dah bagitau. Masa study week lagi. Jadi, memang tak berkesempatan untuk berronggeng la sebab saya pon memang tak ada duit. Kena simpan untuk naik sem nanti.

Nasib baik En Toshiba dah sihat sejahtera setelah dihantar ke Low Yat kelmarin. Ada la jugak peneman semasa cuti untuk berhubung ke dunia luar.

Nasib baik kakak dan abang saya juga di rumah. Tak de lah sunyi, dan jadi gila duduk rumah sorang-sorang macam semester lepas.

Nasib baik ada Wii, boleh main game dan exercise di kala kebosanan.

Hujung minggu ni saya akan ke Temerloh dan mungkin ke Muar selepas itu untuk jangkamasa yang lama. Meneman atuk aki tersayang.

Jadi, dah seminggu cuti. Setakat ni, belum rasa bosan.
Dan agak banyak jugak yang dah dibuat dalam list 'to be done' yang telah saya senaraikan sebelum cuti bermula.

That's all for now.


Tuesday, May 4, 2010