Tuesday, April 27, 2010

The end.






The end of the semester.
Banyak benda dah jadi.

Suka.
Gembira.
Sedih.

Macam-macam.
KEnangan.
Semoga apa yang terjadi memberikan pengajaran dan teladan buat diri kita.







Goodbye.

Saturday, April 24, 2010

Selamat Ulang Tahun,kawan!


'Nama apa?'
'Hanisah.'

'Panggil?''Hanisah.'

'Hanisah? Ada nama lain?'
'Hanisah'

Salam perkenalan Cik Nadia. Masa tu saya kenali awak sebagai si Nadia Kivie. Yang selalu berawak saya, yang banyak cakap. Dan sangatlah friendly masa tu.

Masa berlalu. Dan tak sangka, awak adalah antara orang yang saya rapat semasa membesar menjadi anak UKM. Dan seriously, awak banyak mengubah saya, in many ways.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 21.
Tahun lepas saya membuat post khas cerita epik untuk awak. *tapi tak save sbb dah delete blog*

I sincerely want to wish you these :
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kpd ibu bapa, dunia dan akhirat.
Semoga awak berjaya di dunia dan di akhirat.

Terima kasih menjadi kawan.
Insya Allah, dunia dan akhirat.

Tuesday, April 20, 2010

Atuk Wan jumpa Allah

'Atuk Wan pergi mana Sarah?'
'Jumpa Allah.'

Perjalanan pulang ke Muar petang tu tenang sekali. Jalan di lebuh raya Utara-Selatan petang Sabtu yang lepas tak banyak dipenuhi dengan kereta seperti hari-hari hujung minggu yang biasa.
Petang tu, cuma saya dan Abah dalam kereta berdua. Dah lama tak begini. Meluangkan masa bersama anak dan ayah.

Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam membuatkan saya acapkali tersengguk-sengguk. Dan kadangkala suasana sunyi dihiburkan oleh lawak-lawak Abah. Ah, rindu betul zaman-zaman kecil dulu. Dan petang itu, kami tak memasang radio pon, saya sendiri tak mendengar mp3 yang saya sudah siap-siapkan transfer lagu sebelum pulang ke Segambut. Katanya mahu pulang dengan bas, tapi tak jadi. Plan cancel.
'Naik kereta je la, senang, takut tak ada tiket pulak,' kata Abah.

Saya cuma mengikut saja. Yang bawak kereta itu Abah. Bila kereta meluncur laju menghampiri Ksmpung Parit Ponorogo, hati saya mula berdebar. Dan nak sampai ni. Tak tahu apa yang patut saya lakukan. Macam-macam dalam fikiran. Macam mana kalau jumpa Atuk Aki nanti saya terus menangis? Macam mana kalau nampak Mak nanti air mata terus bergenang? Tak boleh jadi. Bak kata Nadia, Cikin dan kawan-kawan lain, saya kena kuat. Kalau saya menangis, mereka pon akan turut menangis.

Tapi, Abah seperti dapat membaca fikiran saya. Tiba-tiba Abah sebut pasal Atuk Wan. Abah cerita macam mana hari tu berlaku. Saya cuma mendengar dengan tekun.

'Macam tu lah hidup kat dunia. Dulu, awak kecik, baby, comel. Dengan pampers nya, terkedek-kedek lari kat abah. Lepas tu dah pergi sekolah, masuk kolej, sekarang masuk universiti. Nanti dah kerja, lepastu dah dewasa. Kahwin, ada anak. Lepas tu bila anak dah besar, masing-masing ada life sendiri. KAlau ditakdirkan Allah, kita mati, mati lah kita. Sekejap je hidup kat dunia ni. Sementara je.'

Saya diam. Mendengar. Lepas selesai membeli buah mangga kegemaran arwah atuk kat Bukit Pasir, Abah terus memecut kereta dan sampai ke Sungai Terap. Ya,itu kampung saya. Bila kaki melangkah ke pintu, saya nampak atuk aki. Tak sempat nak katakan apa-apa, Atuk Aki terus merangkul saya. Sebak. Saya tahu dan dapat lihat dengan terang dan nyata, Atuk Aki jelas masih sedih. Kami tak berkata apa-apa. Atuk terus ke Masjid untuk solat Maghrib. Saya tak sempat berkata apa-apa setelah bersalaman dengan atuk. Terus ke dapur dan memeluk Mak.
Ah, Mak masih sedih. Nurul kata Mak seboleh-boleh mengubah bilik, dapur dan susunan perabot supaya orang di rumah tak begitu sedih dan teringat-ingatkan Atuk Wan.

Saya terus ke bilik Mak. Meletakkan beg. Kaki berat nak melangkah, tapi saya jejakkan juga ke bilik Atuk. Ah, sayu lagi. Terbayang-bayang Atuk Wan yang seringkali berbaring atas katil selepas penat pulang dari dialisis.


********

Sesudah solat Maghrib, Mak duduk berteleku di tikar sejadah. Mak suruh Nurul ke dapur, masak makan malam. Saya pula duduk sebelah mak. Menunggu masuk waktu Isyak. Dan lepas tu, Mak mula bercerita tentang Atuk Wan.
'Semua orang tak sangka. Sebab masa mak balik tu, atuk tak de la nampak penat sangat. In fact, kitorang sempat gurau-gurau lagi dengan atuk. Tak de orang expect apa2 pon.Even atuk aki ingat pagi tu Atuk Wan hipo.'

Saya diam. Tekun mendengar.

'Alhamdulillah, atuk pergi senang sangat. Atuk meninggal dalam kalimah.'

Sebenarnya, saya dah punya instinct pada malam tu lagi. Malam mak bagitau saya atuk sakit tangan. Macam-macam saya fikirkan. Macam mana kalau atuk aki tinggal sorang-sorang.Tapi, cepat-cepat saya doa mintak Allah panjangkan umur Atuk. Malam tu juga saya try call atuk. Tapi tak berjawab. Dan saya setkan reminder yang display kat wallpaper utk mengingatkan saya call atuk pagi esoknya.

Tapi, bangun pagi tu, saya mimpikan Atuk Wan. Saya mimpi saya pulang ke Muar. Dan dengan gembiranya beritahu atuk yang saya nak tinggal bercuti seperti yang saya janjikan sejak di matrik lagi. Atuk tersenyum lebar.
Tapi, tu cuma mimpi.

Mungkin mimpi yang ingin memberitahu bahawa Atuk Wan sudah pergi.

Sebaik sahaja saya mandi pagi Isnin tu, saya siap-siapkan baju untuk ke dewan periksa. Masa tengah iron baju, mak call. Saya cepat2 dapatkan telefon sekali lagi dan menunggu panggilan mak.
Dan masa tu, saya menerima berita pemergian Atuk Wan.
Dan terjelepok menangis di bahu rakan-rakan.

Bila saya ceritakan pada Mak, Mak cakap Atuk Wan sayangkan saya. Walaupun tak dapat berjumpa dengan Atuk, tatap jenazah atuk buat kali terakhir, saya dapat berjumpa dan mencium pipi atuk dalam mimpi. Dan dalam banyak-banyak orang, saya yang mendapat instinct itu. Dan air mata mengalir tak henti-henti. Mak cuma menepuk-nepuk bahu saya supaya bersabar.

Ah, rindu sungguh pada wajah itu.
Saat ke kubur, dalam hati, saya rindu dan terpanggil-panggil mahu melihat wajah atuk.
Tapi, bila fikirkan kesedihan yang ditanggung Atuk Aki, perasaan sedih tu reda sedikit. Bila isteri tercinta, yang dihantar ke dialisis 3 kali seminggu, yang disiapkan makanannya, yang hidup bersama-sama berkongsi suka dan duka dah tiada, lagi terasa sedih dan sunyi.

Tapi, tak tahu kenapa. Somehow,saya terasa Atuk dekat dengan saya. Atuk ada dalam hati.
Saya tak rasa Atuk dah pergi. Sebab atuk selalu dalam ingatan dan dalam hati.
Dan bila fikir-fikir balik, betullah kata Nurul.

'Hari tu adalah tarikh perjumpaan Atuk dengan Allah.Memang dah tertulis. Dan yang pasti, Atuk berada dengan yang lebih Menyayangi dia.'

Bak kata Sarah, sepupu saya yang baru berumur 2 tahun dan sangat rapat dengan atuk wan.

'Atuk Wan pergi mana Sarah?'
'Jumpa Allah.'

Friday, April 16, 2010

Alhamdulillah.

You made it possible
When facing obstacles
Please let me do good
Before I pass on
In the hospital
And keep reciting
The Testimony of Faith
And find the right way
Out of this life's maze

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)



Tuesday, April 13, 2010

Pemergian bukan untuk ditangisi

Mata dah kering.
Dah kering. Dah penat.

Saya nak berhenti menangis. Sebab pemergian orang yang dah pergi bukan untuk ditangisi.
Perjalanannya di dunia terhenti hari ini. Dan kembali kepada yang Maha Menyayangi.

Mata berulang-ulang menatap slide yang sama.

Kaedah pemakanan,blablabla..
Enteral...blabla...

Tapi, fikiran saya seringkali melayang ke tempat lain.
Kenapa tak balik?
Janji-janji saya mahu ke Muar semasa cuti pun tak pernah saya tepati.
Kenapa tak pernah terfikir mintak Atuk Aki passkan telefon pada Atuk Wan?

Dan air mata saya mudah sekali tumpah lagi.
Walaupun sudah kering. Mudah sekali mengalir. Tiap kali dapat call daripada Mak dan Nurul.

Masa menjawab paper PM, dalam mencari-cari jawapan, airmata bergenang sepanjang masa. Tak tahu macam mana nak alihkan fikiran dan concentrate menjawab soalan.

Saya hanya tercari-cari jawapan kenapa saya di sini?Kenapa perlu di sini??

Sebab arwah atuk, saya nak belajar Pemakanan. Sebab masalah kesihatan arwah atok, saya nak belajar Pemakanan.
Sebab tu saya kena teruskan.
Jawab soalan. Jawab apa yang terdaya. Dengan rasa kecewa.

**********

Saya cuma boleh berhubung dengan orang di Muar untuk dapatkan berita. Walaupun dalam fikiran, saya terbayang-bayangkan wajah atuk Aki, terbayang-bayangkan Atuk Wan dimandikan, dikafankan, dan disembahyangkan.

Dan airmata tumpah lagi, ah, penat sungguh!

Tapi, pemergian bukan untuk ditangisi. Menangis berbulan-bulan sekalipun dia takkan kembali.
Hanya doa yang mengiringi.

Moga Atuk Wan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.



Friday, April 9, 2010

Life is definitely not easy

Bercinta=tunang= kahwin?

His life is definitely not easy, which mean, our life too. His? Oh, jangan salah faham. Kata ganti nama diri kedua 'his' itu merujuk kepada abang saya.

Along nak kahwin?

Haha. Memang kelakar je bila bayangkan. But he's 26 this year. Dan memang tak pelik la kalau nak kahwin. Dan dia lagi rasa pelik sebab tak kawin-kawin lagi since majoriti kawan-kawan dia dan kahwin dan beranak pinak. * Dah kahwin masa study, memang la*

Tapi, kawan-kawan sekalian,
sila bear in mind. Bila anda mahu bercinta, seeloknya, orang tu yang anda mahu kahwini * bukan camtu ke?takkan suka2 nak bercinta dan clash dengan sape2?*. Dan bila anda mahu bertunang atau berkahwin, bukan anda sorang je yang terlibat dalam proses ni, sebab bakal pasangan anda dikira 'berkahwin' dengan keluarga juga.


Hah, kahwin. Isu yang dah boleh dibincangkan sekarang dalam keluarga saya.

Kalau dulu2, nak cakap pasal boifren girlfriend pon dah rasa macam nak kena halau rumah. Haha. Mak dan Abah sangat tak suka.

Dan membuatkan kami tak suka bila orang cerita pasal cinta2, suka2.


Sampailah bila masing-masing dah dewasa, dah matang dan tahu berfikir sendiri.

Entahlah, you may say anything, parents saya tak cool, tak chill, sebab tak pernah kami adakan open discussion mengenai 'cinta'. Tak pernah ada usik2 tentang cinta. It's a big NO NO.
Mungkin mak abah takut kami abaikan study dan lalai.

Tapi, saya rasa ada hikmahnya semua ni berlaku. Mungkin kami anak yang tak matang, bila bercinta, semua benda tak ingat. Ingat nak dating, nak call, nak msg all the time. Kami mungkin tak sekuat dan seteguh iman macam anak-anak lain. Entahlah.

Bila dah besar, saya sedar sendiri. Bila saya lihat sendiri dengan mata kepala macam mana rupanya orang bercinta.*alah,diri sendiri pon hampir terjebak,haha*Dan kadang-kadang saya sangat bersyukur dengan cara didikan mak ayah saya. Well, setiap orang kan lain-lain. Ada hikmahnya kenapa kami dididik sebegini rupa bila berkaitan dengan cinta.

Tapi, ada juga kekurangannya sebab kami tak dapat berbincang hal-hal sebegini secara terbuka walaupun masing-masing dah besar. Dah dewasa.



Saya mahu berkahwin dengan orang yang saya nak bercinta. SEriously. Meaning, saya takkan bercinta saja2. BErcinta bodoh2. Maybe saya terlebih rasional dan sampaikan tak mahu 'indulge' dan enjoy life. No, that's not it.

Pada saya, bercinta bukan main-main. Bukan hari ni menyatakan harsat cinta, couple, tunang dan kahwin. Oh, it's not as easy as that. Bercinta is definitely lead to marriage kan? Jadi, takkan nak couple dan clash sesuka hati?? Dan buat dosa semata2?

Dan bukan juga sekadar merisik, bersetuju, tunang dan kahwin.

Pendek cerita, kalau dalam hati, kita tahu dia bukan orang yang kita nak jumpa hari2 dalam hidup, orang yang kita sanggup terima dan teman sepanjang hidup, what;s the point kan?
Tapi, kalau tak kenal, macam mana nak tahu he's the right one for you? KAn?Sebab tu, kena solat istikharah, mintak petunjuk?Tak begitu?
Betulkan saya kalau saya salah.
Betulkan saya kalau masih banyak yang saya tak tahu.

Ah, makin complicated.

Malas nak fikir, Tapi,marriage and love definitely bukan benda main-main. Dan memanglah saya bukan orang yang sesuai untuk bercakap tentang semua ni.
Saya sendiri belum pernah berkahwin, bercinta lagi la tak.

Saya masih jauh ke belakang dalam hal ni.

And my life is definitely not easy when it comes to marriage and love. *haha, tengok Along je dah tau*



Pelik gila bila mak cakap mak mimpi ada orang merisik aku. Ah, tak sanggup, Takmo kahwin lagi!!



Tuesday, April 6, 2010

Thank YOu Allah!

Terima kasih Tuhan.

Atas cinta yang Kau kurniakan.
Atas rahmat yang Kau limpahi.
Tiap titisan kasih dan sayang yang Kau berikan.



Rasa bersyukur sangat dapat duduk di Plaza Rah. Tiap-tiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari ada orang baca Quran. Berganda-ganda pahala Allah bagi walaupun setakat mendengar. Alhamdulillah.

Lepas perbincangan 'pillow talk' bersaksikan Menara KL dan juga KLCC dan Kampung Baru, saya rasa sangat seronok. Ini benda-benda yang memang wajib saya akan buat dengan kawan-kawan saya sejak sekolah, matriks dan sampailah ke universiti.

:::Reminiscing:::

Bila terkenang-kenang zaman kejahilan, kejakunan, memanglah kita dah makin matang. Bak kata Syikin 'Aku rasa aku makin matang'
Haha, tak boleh blah tapi tu lah kenyataannya. Kalau dulu-dulu, masa mula-mula duduk Plaza Rah, galak gila keluar.Seminggu at least sekali, tak tengok wayang, main boling, paling cikai pun, keluar makan-makan.

Well, tu masa muda-muda, sekarang bila masuk 2nd sem, kami berperangai lebih elok dan lebih sopan. Berbelanja pon berhemah, keluar pon bila betul-betul rasa nak keluar. Tak ada la 'tiba-tiba' yang kerap macam dulu.

Ya, kami jauh lebih matang.*hah, ayat takbleh blah*

Alhamdulillah.Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, ada sebab musababnya. Terima kasih Tuhan, atas segala pengajaran yang Kau berikan!

Saturday, April 3, 2010

We've come to an end,finally.






Kalau dulu, tertanya-tanya, terbayang-bayang bagaimana rasanya hidup di Plaza Rah. Masih ingat lagi, Nisa sampai bermimpi-mimpi kami serumah, membaca yasin beramai-ramai bagaikan baru berpindah ke rumah baru.

Masih saya ingat lagi, bila saya rasa mula terbit rasa risau, jika rakan-rakan saya yang telah pun janji mahu serumah bakal ke k1 disebabkan menjadi PC makanan. Tapi, lepas tu, saya pun join dorang jadi PC. dan kerisauan itu beralih arah ke Ana.

Masih ingat lagi, bagaimana kami berbincang dan berdiskusi sehingga mendapat kata putus untuk stay di Plaza instead of berpindah ke k1 walaupun kami punya peluang. Masih ingat lagi, bila rumah kami yang mulanya dihuni 5 orang dan kemudiannya Cik Ji pergi meninggalkan 9-18 untuk ke k1.

Ah, masih ingat lagi, saat betapa seronoknya saya apabila menjejakkan kaki ke 9-18. View balkoni yang menghadap KLCC juga Menara KL serta night scene yang sangat cantik membuatkan saya sangat excited untuk tinggal di Plaza Rah.


Tapi, apa yang buatkan saya lebih gembira, bila saya dapat tinggal dengan 3 orang kawan yang saya sayang dan obviously sayang saya *geli2* haha.

Well guys, macam-macam kita rasa sejak tinggal di sini. Terperangkap kat tangga, terkunci, rasa macam sauna, merasa makan luar hari-hari ( selain daripada kafe KTSN yang bosan),keluar secara merambang, karaoke macam orang gila, meroyan tak tentu pasal, marathon BOF 2 minggu straight, * dan berjaya drag nadia suka korea,and she is definitely one of us*

with you guys, i'm a better person. i become human, a normal one. I am happy. Walaupun kita cakap mana nak cari boifren all the time, stalking hot guys kat fb, but trust me, we're happy by just being with each other,and we don;t need men to cheer us up, *well, not yet, not for now*
Walaupun aku selalu emo, *blame it on hormone* korang still the best!

Kita bergelak ketawa macam orang gila.
Kita meroyan sangat macam orang tak betol.

Hah,kita semua bergelak ketawa, menangis, meroyan. Ah, tak sabar untuk kembali ber'housemate' lagi. Hopefully Pengetua KTSN baik hati nak bagi kita serumah dan rumah 9-18 lagi. *wimax tunjang utama* dan menanti awina serta hidayah sebagai penghuni baru.

Syikin, dalam hati aku still doa kau berubah hati. Mana tau? Kan? Haha, Nadia perlukan roommate dia to keep her sane. Haha. Sedih ok kalau kau tak ada. Eventhough we'll see each other kat fac, but still, it won;t be the same. :|
K1 boleh buatkan ko terkero!




we've come to an end. soon...

Thursday, April 1, 2010

Alkisah...hantu menyapu..

Sret..sret...
*tak tau cammana bunyi orang sapu sampah,haha*

Bayangkan malam-malam tengah stadi, tengah tidur, korang dikejutkan dengan bunyi orang sapu sampah seawal 3-4 pagi.
Masa mula-mula perasan ada bunyi tu, saya masih di bangku sekolah*tablebla*
Form 4 kalau saya tak silap.
Haha.

Masa tu, saya terjaga, dengar bunyi tu, bila pejamkan mata balik, masih dengar bunyi tuh. Sebabkan malas nak pikir apa2, saya pon buat bodo.

************

6 tahun kemudian.
Masa breakfast tiba-tiba Along cerita pasal hantu sapu sampah yang dia selalu dengar malam2.
Maybe bunyi yang sama yang saya dengar.
Abah pon dengar juga.
Emi pon dengar.

Rupa-rupanya selama ni semua orang dengar tapi buat-buat tak dengar.
Hah,
Scary. The thing is, bunyi sapu sampah tu exactly sebelah bilik saya yang betul-betul menghadap jalan.

Along kata, dia pernah bangun, mencari mana punca bunyi tu,tapi hilang punca dan tak jumpa pon.

Hah.

HAntu sapu sampah. Rajin gila. Sebelah rumah saya tu pon memang ada pokok-pokok besar. Kalau bangun pagi pukul 8, pon ada makcik yang sapu. Jadi, tak relevan lagi tak logik la kalau kata ada orang sapu sampah pagi2 pukul 4?kan?

pelik tapi benar,

and funny,though!

ini cerita saya.
Cerita hantu sapu sampah di Segambut.

*ok,da takut,dah la buat post2 ni pukul 1 pagi,nak tido!*