Why now?
Why must at this freaking time?
I'm not a coffee person. But coffee rarely gives any effect on my CNS-(read : Central Nervous System).
I don't want to show up half-dead, and lack of sleep tomorrow. Because, that damn coffee is working well enough to keep me awake at this freaking moment!
Please. I beg u.
Saturday, July 30, 2011
Thursday, July 28, 2011
Pictures to tell
![]() |
| Sekitar Mei. Uji resepi, that's what we did most of the time during LI. |
![]() |
| Pantauan tata etika barangan bayi, Mid Valley. Macam penguatkuasa dah, haha. |
![]() |
| Found a new place where I can grab nice sushi at affordable price. Not much, but can be considered as an alternative for Sushi King if you are broke like me. *thanks to Sau Jing* |
![]() |
| Another uji rasa resepi, a healthy dessert, I forgot what we named it. Definitely not Sago Sister. |
![]() |
| Cute newborn baby, she's probably 1 months old now, I guess. Masa jumpa, dia baru lahir , 2 jam. |
![]() |
| Teaching diabetic patients the right portions of carb that they can consume. Fun and practical! |
![]() |
| Found a great place for jogging. Haven't been there for a while now. |
These pictures were taken around May-June-July, during my disappearance. I don't do wordless wednesday. I upload pictures whenever I want to.
p/s :Oh, friends ,
Ramadhan is coming, soon.
:)
Wednesday, July 27, 2011
Take home message
Now Playing -Hujan lebat di Pinggiran Putra
'Kenapa semua point yang buruk-buruk je??'
Well, sometimes, I need to know what are my weaknesses. For me to become better.
Today is the day of me recognizing my own mistakes, my own bad attitudes or simply the part of being me that is not right, not at the right place and not at the right time.
Untuk rendahkan diri serendah-rendahnya, dan menerima bulat-bulat kelemahan diri sendiri, i'll give credit to myself.
It's not easy to acknowledge my own mistake and admit it.
To lower down my ego, and finally admit that, 'Yes, it is my fault, my own mistake, and I should not point fingers to anyone else but me'.
I know that I know what I have to do. What I'm going to do. And stop asking questions like ' What's the point, and what if'' for every single thing that I am going to do. Because sometimes there's no need for a reason to do something. You just do what you have to do.
Fear.Conquer.Acknowledge.Strength. Resentment.Stop.
Lost appetite, depression, or sleep deprived?
Well, you have what my friend would call as 'Withdrawal syndrome". Please consult her. She will heal you in no time.
*Thanks,really, and yes,I heart you*

Friday, July 22, 2011
I'm back, safe and sound :)
The fact that I love this blog sooo much that I don't have the heart to delete it, not just yet.
I'd given all my heart and soul in this.
When I read my old posts, rasa nak gelak, nak menangis pun ada. Kenangan lama mengusik jiwa, haha.
How can I delete the blog when I have posted something like this?
Dear friends, forgive me, my bad. Hehe. I'll be back with more posts in the future, eh :)
I'd given all my heart and soul in this.
When I read my old posts, rasa nak gelak, nak menangis pun ada. Kenangan lama mengusik jiwa, haha.
How can I delete the blog when I have posted something like this?
TUESDAY, APRIL 20, 2010
Atuk Wan jumpa Allah
'Atuk Wan pergi mana Sarah?'
'Jumpa Allah.'
Perjalanan pulang ke Muar petang tu tenang sekali. Jalan di lebuh raya Utara-Selatan petang Sabtu yang lepas tak banyak dipenuhi dengan kereta seperti hari-hari hujung minggu yang biasa.
Petang tu, cuma saya dan Abah dalam kereta berdua. Dah lama tak begini. Meluangkan masa bersama anak dan ayah.
Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam membuatkan saya acapkali tersengguk-sengguk. Dan kadangkala suasana sunyi dihiburkan oleh lawak-lawak Abah. Ah, rindu betul zaman-zaman kecil dulu. Dan petang itu, kami tak memasang radio pon, saya sendiri tak mendengar mp3 yang saya sudah siap-siapkan transfer lagu sebelum pulang ke Segambut. Katanya mahu pulang dengan bas, tapi tak jadi. Plan cancel.
'Naik kereta je la, senang, takut tak ada tiket pulak,' kata Abah.
Saya cuma mengikut saja. Yang bawak kereta itu Abah. Bila kereta meluncur laju menghampiri Ksmpung Parit Ponorogo, hati saya mula berdebar. Dan nak sampai ni. Tak tahu apa yang patut saya lakukan. Macam-macam dalam fikiran. Macam mana kalau jumpa Atuk Aki nanti saya terus menangis? Macam mana kalau nampak Mak nanti air mata terus bergenang? Tak boleh jadi. Bak kata Nadia, Cikin dan kawan-kawan lain, saya kena kuat. Kalau saya menangis, mereka pon akan turut menangis.
Tapi, Abah seperti dapat membaca fikiran saya. Tiba-tiba Abah sebut pasal Atuk Wan. Abah cerita macam mana hari tu berlaku. Saya cuma mendengar dengan tekun.
'Macam tu lah hidup kat dunia. Dulu, awak kecik, baby, comel. Dengan pampers nya, terkedek-kedek lari kat abah. Lepas tu dah pergi sekolah, masuk kolej, sekarang masuk universiti. Nanti dah kerja, lepastu dah dewasa. Kahwin, ada anak. Lepas tu bila anak dah besar, masing-masing ada life sendiri. KAlau ditakdirkan Allah, kita mati, mati lah kita. Sekejap je hidup kat dunia ni. Sementara je.'
Saya diam. Mendengar. Lepas selesai membeli buah mangga kegemaran arwah atuk kat Bukit Pasir, Abah terus memecut kereta dan sampai ke Sungai Terap. Ya,itu kampung saya. Bila kaki melangkah ke pintu, saya nampak atuk aki. Tak sempat nak katakan apa-apa, Atuk Aki terus merangkul saya. Sebak. Saya tahu dan dapat lihat dengan terang dan nyata, Atuk Aki jelas masih sedih. Kami tak berkata apa-apa. Atuk terus ke Masjid untuk solat Maghrib. Saya tak sempat berkata apa-apa setelah bersalaman dengan atuk. Terus ke dapur dan memeluk Mak.
Ah, Mak masih sedih. Nurul kata Mak seboleh-boleh mengubah bilik, dapur dan susunan perabot supaya orang di rumah tak begitu sedih dan teringat-ingatkan Atuk Wan.
Saya terus ke bilik Mak. Meletakkan beg. Kaki berat nak melangkah, tapi saya jejakkan juga ke bilik Atuk. Ah, sayu lagi. Terbayang-bayang Atuk Wan yang seringkali berbaring atas katil selepas penat pulang dari dialisis.
********
Sesudah solat Maghrib, Mak duduk berteleku di tikar sejadah. Mak suruh Nurul ke dapur, masak makan malam. Saya pula duduk sebelah mak. Menunggu masuk waktu Isyak. Dan lepas tu, Mak mula bercerita tentang Atuk Wan.
'Semua orang tak sangka. Sebab masa mak balik tu, atuk tak de la nampak penat sangat. In fact, kitorang sempat gurau-gurau lagi dengan atuk. Tak de orang expect apa2 pon.Even atuk aki ingat pagi tu Atuk Wan hipo.'
Saya diam. Tekun mendengar.
'Alhamdulillah, atuk pergi senang sangat. Atuk meninggal dalam kalimah.'
Sebenarnya, saya dah punya instinct pada malam tu lagi. Malam mak bagitau saya atuk sakit tangan. Macam-macam saya fikirkan. Macam mana kalau atuk aki tinggal sorang-sorang.Tapi, cepat-cepat saya doa mintak Allah panjangkan umur Atuk. Malam tu juga saya try call atuk. Tapi tak berjawab. Dan saya setkan reminder yang display kat wallpaper utk mengingatkan saya call atuk pagi esoknya.
Tapi, bangun pagi tu, saya mimpikan Atuk Wan. Saya mimpi saya pulang ke Muar. Dan dengan gembiranya beritahu atuk yang saya nak tinggal bercuti seperti yang saya janjikan sejak di matrik lagi. Atuk tersenyum lebar.
Tapi, tu cuma mimpi.
Mungkin mimpi yang ingin memberitahu bahawa Atuk Wan sudah pergi.
Sebaik sahaja saya mandi pagi Isnin tu, saya siap-siapkan baju untuk ke dewan periksa. Masa tengah iron baju, mak call. Saya cepat2 dapatkan telefon sekali lagi dan menunggu panggilan mak.
Dan masa tu, saya menerima berita pemergian Atuk Wan.
Dan terjelepok menangis di bahu rakan-rakan.
Bila saya ceritakan pada Mak, Mak cakap Atuk Wan sayangkan saya. Walaupun tak dapat berjumpa dengan Atuk, tatap jenazah atuk buat kali terakhir, saya dapat berjumpa dan mencium pipi atuk dalam mimpi. Dan dalam banyak-banyak orang, saya yang mendapat instinct itu. Dan air mata mengalir tak henti-henti. Mak cuma menepuk-nepuk bahu saya supaya bersabar.
Ah, rindu sungguh pada wajah itu.
Saat ke kubur, dalam hati, saya rindu dan terpanggil-panggil mahu melihat wajah atuk.
Tapi, bila fikirkan kesedihan yang ditanggung Atuk Aki, perasaan sedih tu reda sedikit. Bila isteri tercinta, yang dihantar ke dialisis 3 kali seminggu, yang disiapkan makanannya, yang hidup bersama-sama berkongsi suka dan duka dah tiada, lagi terasa sedih dan sunyi.
Tapi, tak tahu kenapa. Somehow,saya terasa Atuk dekat dengan saya. Atuk ada dalam hati.
Saya tak rasa Atuk dah pergi. Sebab atuk selalu dalam ingatan dan dalam hati.
Dan bila fikir-fikir balik, betullah kata Nurul.
'Hari tu adalah tarikh perjumpaan Atuk dengan Allah.Memang dah tertulis. Dan yang pasti, Atuk berada dengan yang lebih Menyayangi dia.'
Bak kata Sarah, sepupu saya yang baru berumur 2 tahun dan sangat rapat dengan atuk wan.
'Atuk Wan pergi mana Sarah?'
'Jumpa Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)