Apa expectation saya?Bukan pingat yang saya harapkan,cuma saya hanya mahu lakukan yang terbaik,saya tak menyesal walaupun saya pulang tanpa pingat.Oh ya,perlulah diingatkan,saya hanya memainkan watak kecil sahaja iaitu sebagai 'crook' dalam 4 acara.Saya tahu,penat lelah yang tak seberapa sepanjang 2 minggu ni perlulah berbayar,saya tak mengharapkan yang tinggi2.Tapi,yang pasti,saya akan buat yang terbaik.Dan usaha takkan disia2kan macam tu saja.Dan yang paling penting,apa yang saya nak kutip daripada trip ke Sarawak ni ialah pengalaman.Dan mungkin tekad untuk masih kekal dalam Silat Cekak ni.Sebab dah banyak kali saya nak berhenti separuh jalan,tapi teruskan jugak.Pada saya sayang kalau belajar separuh jalan.Jadi,bak kata mak,'kerja buat separuh jalan,nanti belajar tak habis'.Pantang betul bila dengar mak cakap macam tu,sebab saya tak nak belajar separuh jalan.
Kepada kawan saya,Nisa,terima kasih!Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya katakan selain daripada terima kasih.Dah banyak menyusahkan selama ni,menumpang di bilik,makan minum di bilik kamu,dan membuat bilik F106 seperti bilik ke-2 saya sendiri.Allah je dapat balas segala jasa baik kamu dunia akhirat.Next time,kalau ada training weekly,datang lagi erh?hehe.



Kepada kawan2 saya merangkap housemates saya,Ana,Cikin dan Nadia dan Cik Ji,terima kasih daun keladi.Terima kasih atas sokongan korang!Koranglah yang menguatkan semangat bila rasa nak give up dan berhenti silat.Silalah terus menyokong saya!
Kepada rakan2 silat,terima kasih!Saya masih baru,banyak yang tak tahu!Semoga kita selamat pergi dan sampai,dan lakukan yang terbaik di sana!
Btw,Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri,yang telah pergi menemui Ilahi hari ni.Nasyid2 yang didengar sejak kecil2 lagi,yang sentiasa mengingatkan saya.
Moga rohnya dicucuri rahmatNya.
Saya ambil petikan di bawah daripada blog arwah.
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim
1 comment:
Icah!!!
pi srawak x cite..
manenya plan nak jumpa..
nak citer house
Post a Comment