Banyak yang ingin saya katakan.
Tapi,eloklah saya tidak teruskan apa yang telah saya taip berjela-jela tadi dan end up menyakitkan hati orang sekali lagi.
Dan saya percaya tindakan menekan kunci 'backspace' adalah yang terbaik.
Cukuplah saya menyakiti.Buat masa sekarang,polisi mendiamkan diri adalah yang terbaik buat saya.Sebelum saya ingin mengatakan tentang apa2 sekalipun,biarlah saya fikirkan sedalam-dalamnya apa kesannya terhadap orang sekeliling tentang apa yang ingin saya katakan.Biarlah saya mencari apa yang terbaik buat diri saya,yang saya harapkan akan membawa kesan yang baik buat orang di sekeliling.
Usaha untuk menjadi lebih matang, berfikiran dengan lebih dalam, jauh.Ya,saya mahu berhenti menjadi 'selfish' terhadap orang lain.Dan pada masa yang sama,saya mahu berhenti menjadi 'selfish' kepada diri sendiri. Mungkin jika sebelum ini,prioriti utama ialah diri sendiri dan saya meletakkan hampir 80% untuk diri sendiri.Tapi,mungkin tidak lagi. Saya perlu berikan ruang kepada sekeliling,kerana mereka juga berhak ke atas hidup saya.
Tapi,saya mahu ingatkan, tiada lagi kepala yang saya akan tadahkan untuk dipijak.Saya bukan lagi orang yang boleh anda pijak sesuka hati.Kalau saya rasakan anda salah,dan anda sememangnya salah,tanpa segan silu saya bakal membangkang anda!
Along the way, guide me to become a better person.Saya cuma manusia,far from being perfect.And none of us are,actually.JAtuh dan bangun sepanjang perjalanan. Sakit yang dirasakan meninggalkan luka-luka yang kita akan ingat dan lebih berhati-hati masa depan supaya perjalanan hidup kita lancar.
Ego diri sendiri perlu dijatuhkan.
Ego yang tinggi cuma membuatkan kita semakin jatuh dan cedera dengan teruknya.
Fix it before it gets worst!
Dah tiba masanya,terima dengan hati terbuka!
No comments:
Post a Comment