Saya bukan homo.
Juga bukan lesbo.
Pengkid juga bukan.
walaupun saya masih tunggal,solo, dan macho,tak bermakna saya tiada perasaan untuk lelaki.
Umur makin meningkat. Saya tahu, ada yang pernah tanya saya, dah ada calon?
Atuk pon pernah tanya,
'Icah ada kawan ( sila baca= boifren )? '
Dan saya dengan machonya menjawab,'takde la tok, kawan tu ramai la,'
Haha,sobsob gila, sebab atuk2 dah mula bertanyakan soalan2 pelik begini. Well, taklah pelik mana sebab tahun ni pon umur saya menjangkau 21 tahun. Hah, macam tak percaya.
Tapi, buat masa sekarang, saya tiada ada rasa buat kaum adam.
Bak kata Cikin, nak melalui fasa berkenalan sangat melecehkan, dan menyusahkan.
Dan zaman2 'text-ing' manusia yang dari kaum lelaki dah lama berlalu buat saya. Zaman2 sengal dan cekodok gila yang buatkan saya rasa nak golek2 kegelian bila teringat balik!
Haha!Those time..*tersengih sorang2 mengingatkan kebodohan diri sendiri*
Well, setelah mengkaji2, saya datang dengan kesimpulan ini.
1.Zaman2 itu, masa kecik2 dan tidak matang *kecik la sangat* ialah satu fasa normal. Yang semua orang lalui. Cumanya, saya tak bertemu En Yang Betul itu lagi.
2.Dan saya juga simpulkan, jangan memulakan apa2 hubungan, sekiranya anda sendiri tak pasti dan tak ready.
3.Biar anda diselubungi rasa excitement dan keseronokan itu sendiri, tanpa paksaan dan yang penting tanpa tekanan.
4.Walaupun lengkap pakej sekalipon, kalau tiada rasa, tak kan nak paksa?
5. Dan silalah merungkai perasaan anda pada orang yang anda claim anda suka bertahun2, dan akhirnya mendapati, dia tidaklah sebaik dan sesempurna yang disangka. Walaupun anda tidak pernah dapat merungkai kenapa anda sukakan dia! GEt over it!
Biarlah rasa tu datang sendiri, buat masa ni, saya seronok dengan life sendiri. Tak payah nak susah2 nak pikir tentang orang lain. Masalah assignment pon boleh buat kepala pusing,lagi2 masalah2 hati.
Kalau ada,ada la.
Boifren en. co- pilot yang sungguh memikat hati bukti ke tidak homo an !Post ini utk org2 single yang cuba mencari justifikasi untuk ke'single'an mereka!haha!
1 comment:
haha.tkena batang idung sdr jugak.adei.
Post a Comment