Friday, February 19, 2010

Sebab dia saya menjadi saya

Dia bawa pengaruh yang sangat besar dalam hidup saya. Sejak kecil sampai besar. Apa yang dia suka saya suka. Apa yang dia buat, saya nak buat. Ia bukanlah persaingan, tapi lebih kepada saya hampir mahu menjadi dia.

Dia suka Backstreet Boys, saya pon dengar BSB. Dia suka Nick Carter, saya pon nak Nick Carter. *teringat kat laling bila sebut Nick Carter,haha,gelak guling2*

Dia berlagak seperti tomboi, tak mahu mejadi feminin, saya pon mengikut. Dia berambut pendek, saya pon turut berambut pendek.

Dia nak kahwin lepas career dah stable, saya pon mahukan begitu.

Ah,pendek kata, apa saja dalam fikiran dia, apa yang dia buat, saya ikut. Saya tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia kakak. Dan saya rasakan semua yang dia buat betul.

Tapi,hakikatnya, saya tak pernah menjadi dia, dan tak pernah pon jadi dia. Saya kagum dengan dia. Outspoken, pandai, baik. Saya tak sehebat dia. Saya pendiam, tak berapa nak pandai dan tidaklah sebaik dan sealim dia. Pendek kata, kami sangat berbeza. Dan saya tak akan pernah menjadi dia.

Lama-kelamaan, saya jumpa diri saya sendiri. Saya tahu identiti sendiri,apa yang saya nak jadi, tanpa perlu imitate dia, tanpa perlu menjadi dia. Dan saya mendapat kepuasan sendiri bila menjadi saya.
Saya tak kesah kalau pemikiran saya tak sehebat dia, dan saya tak tak belajar setinggi dia. Tapi saya bangga menjadi diri sendiri,yang ada pemikiran dan pendirian sendiri, tanpa pengaruh dari dia.

Walaupun sampai sekarang, apa yang dia suka juga saya suka, contoh, Remy Ishak ke Kim Hyun Joong ke, * tu maybe sebab kami suka benda yang sama pada lelaki,ooo...bahaya*,
tapi in a way, saya dah jumpa Hanisah tanpa pengaruh Nurulaini. Tapi, thanks to her, saya jumpa apa yang saya mahu, what i want to be.

Sebab dia, saya menjadi saya.

1 comment:

et said...

oooo..da jumpe identiti..gud2..

ouh,selame neh pon kt idup dgn bayang2 abg2 kt..da besar pjg baru sedar yg diri sdr neh pompuan.xkan bleh nk jadik cam derang..aiyaa~