Meh sini saya cerita apa saya buat masa cuti ni.
1. Pulang ke Muar temankan Atuk Aki dengan Nurul. Dekat seminggu jugak duduk di sana. And the best part was I had to babysit my cousin, Sarah. Dia sangat comel dan pandai. Huahua. Mahu adik kecik baby!
2. Then, the next weekend, ada kenduri arwah di rumah saya. Rumah yang tak berapa besar tu dipenuhi dengan 8 adik beradik Mak dan anak-anak diorang. Hua. Sangat packed! Tapi, dah macam raya sebab semua berkumpul bersama. Last time semua orang berkumpul masa arwah Atuk meninggal dan saya tiada di sana.
3. Lepas tu, selepas hampir bergaduh2 dan berhempas pulas merancang sama ada nak ke Perhentian, atau Langkawi, last2 kami ke Pulau Perhentian, Terengganu.
Macam biasa, lepas habis rotation di satu department, Along dapat cuti seminggu. Dan dengan baik hatinya*haha* dia menampung semua perbelanjaan dan menjadi driver sepanjang perjalanan.
Saya bukanlah senang dapat bercuti. But this time,walaupun cuma di Malaysia, tapi berbaloi GILA! Kat sana ramai foreigners, most of them. Unfortunately, restaurant beach kat sana banyak yang cuba accomodate dengan budaya orang barat. Most of them serves alcohol. SO, sebaiknya, kita tak masuk kedai2 yang serve alcohol ni. Nasib baik ada satu kedai yang memang stricly tak jual dan tak bagi alkohol masuk dalam premis kawasan. Kenapa kita kena sesuaikan dan memenuhkan permintaan pelancong asing ni?Sedangkan they are the one who have to accomodate with local's culture,kan?
But still, Pulau Perhentian is indeed BEAUTIFUL. Laut biru, pantai cantik. Air jernih sangat! Snorkeling was a great experience for me. Dah la tak reti berenang, so, memang la panik gila masa mula-mula dan terkial-kial walaupun pakai safety jacket.
Haha. Yela,kena campak kat tengah2 laut. Siapa tak takut! But then, dapat tgk nemo, beautiful corals, swimming with the colourful fishes,nampak turtle,babyshark and stingray,memang worth it dan super awesome! Rasa macam nak tinggal sana je!
oh.lupa nak cerita, before ke Kuala Besut, kitorang sempat singgah ke Taman Tamadun Islam di KT. Cantik.Memang cantik tempat tu,cuma sayang, tak digunakan.
4. Weekend tu, kami ke Perak. Atas urusan kenduri kahwin.
Yang kelakarnya, kitorang salah tarikh kenduri. Huahua. Nasib baik bermalam di sana, so, bolehlah ke kenduri yang patutnya berlangsung pada Ahad dan Mak selaku perancang perjalanan ingatkan kenduri hari Sabtu.
Saya tak pernah menjejakkan kaki ke sawah padi. Kebetulan rumah atuk sepupu saya betul-betul di belakang sawah. Dan masa tu scenery sangat cantik.Sebab padi tengah menguning.
5. Then, minggu yang seterusnya, kami ke PD. haha. Destinasi favourite Abah. Hehe. But this time, lain sikit sebab kami ke PD bukan untuk mandi laut, tapi untuk ber jungle trekking. And sebab utama ke sana ialah Atuk Aki.
6. So, tu antara highlights masa cuti ni. Minggu-minggu lain dihabiskan di rumah, balik ke Muar lagi sekali untuk seminggu, dan bermalas-malasan di rumah sambil bermain wii.*xdela malas sangat kan?haha*Selain tu, keluar bersama-sama Nurul dalam 3 ke 4 kali. Merasa la Along belanja makan and the best part of this holiday is i get to be with my family.
Saya rasa seronok dan puas. Sebab ni la masa untuk family. for quite a long time. Dan buat beberapa tahun, dah lama kami tak berkumpul bersama macam ni. and I chose to be with them. dan mengurangkan kadar online yang tak sekerap dulu.
Emi will be leaving us soon. dan awal-awal dah suruh saya balik every weekend jumpa dia before dia pergi. huahua. tengoklah macam mana. ah, sedih pulak.
Cuti kali ni pon saya hanya sempat berjumpa dengan rakan sekolah cuma sekali. Tu pon masa diorang dah nak sambung study. Uitm kan masuk awal seminggu?haha.
So,cuti kali ni memang best. Next year, masa cuti ni akan dihabiskan dengan LI.
hah,tak sangka dah membesar. Untuk jadi 3rd year student.
'Kita semua dah semakin matang'-AsyikinMokhtar,balkoni RAH 2010.
1 comment:
nice scenery in pulau perhentian
even this terengganuian sendiri pun tak penah g sane..
hehe..
datangla lagi ganu
banyak lg tempat2 menarik =D
Post a Comment