Yang indah saja ada di mata.
Semua tentang dia, indah-indah belaka.
Tiada cacat cela.
Kalaupun ada,
buat-buat tak nampak saja.
Dialah satu-satunya kumbang 7 bintik di dunia.
Tiada yang sama.
Tiada yang setara.
Mana lagi nak jumpa sepertinya?
Sayangnya,
dia sudah berpunya.
Hati selalu berkata,
Kenapa bukan aku yang di matanya?
Saban hari teringatkan dia.
Setiap masa terbayangkan dia.
Tapi kawan,
Tuhan Maha Mengetahui
Mengapa kau bukan untuknya
Mengapa bukan kau yang dipilihnya
Yang pasti,
ini takdir Ilahi,
yang perlu kau fahami
dan tak harus persoalkan dan kembali ke takuk lama
akibatnya, kau yang merana
Mungkin dia bukan untuk kau
Kerana kau berhak yang lebih dari itu
Sudah masanya kau berhenti,
menangisi dan meratapi pada yang tak pasti!
No comments:
Post a Comment