Masa Tok Cik meninggal dunia.
Masa saya masih lagi tak faham apa-apa.
Bila saya lihat Mak menangis, saya mahu turut menangis, tapi tak tahu kenapa.
Well, saya masih kecik kot.
Kalau esok saya sempat ke rumah Ayuni untuk menziarah famili Ayu setelah mendapat khabar yang ayahnya meninggal dunia malam tadi, itulah kali pertama dalam 12 tahun ni.
Bila rasa kehilangan, Tuhan saja yang tahu.
Walaupun jauh sudut hati, sedar yang semuanya kepunyaan Dia.
Tak pernah menjadi hak milik kekal hambaNya.
Tapi, rasa sedih Dia saja yang Maha Mengetahui.
Berbanyak lah bersabar Ayu!
Sejak Atuk Wan tiada, saya rasa lebih fragile. Senang sangat menangis.
Tiap kali bila terkenangkan arwah atuk.
Tu semua ujian dari Nya.
Satu hari nanti giliran kita.
No comments:
Post a Comment