Monday, September 7, 2009

Di waktu garuda alah oleh ular

Kalau dulu,bila ditanya apa cita2 saya, jawapan saya mesti doktor.Pada saya bila jadi doktor,saya dapat jadi orang yang dipandang orang.Masa tu,saya rasa Along dan Nurul pandai sangat,dan dalam adik beradik saya,sayalah yang paling di belakang.

Oh,bukan itu yang mahu dibincangkan.Tapi,saya nak berdiskusi kenapa jawatan dan pangkat sering menjadi pandangan orang ramai.

Saya masih tak pasti,apa sebab dan puncanya mak ayah sangat2 suka bila anak2 memegang jawatan yang tinggi2,especially Medical Doctor.Sampai sekarang,saya masih mencari2 sebab musabab yang kukuh lagi utuh untuk hal ni.Kenapa doktor??Pada saya,bila anak jadi doktor,anak2 jadi lebih busy,dan bekerja 24 hours a day,8 days a week.Maksudnya,anak-anak takkan ada masa yang banyak untuk spend bersama2,even nak balik raya pon susah.Belajar pon jangan kata la,susah gila!

Tapi,ibu bapa punya harapan masing2,sebabnya,nakkan anak berjaya dan senang di masa hadapan.Pada saya,takpe menjadi anak soleh dan solehah,menurut kata ibu bapa,tapi kalau hati dah betul2 kata taknak,silalah tegaskan pendirian anda kerana anda punya hak sendiri atas kehidupan anda sendiri!

Tapi,sekali lagi,bukan doktor persoalan utamanya,the highlight of this post is,kenapa orang memandang jawatan setinggi2 langit dan 'position' yang dikatakan biasa2 saja hanya dipandang sebelah mata saja??

Tapi,bila difikirkan dari satu segi,motivasi untuk mendapatkan jawatan yang tinggi adalah untuk jadikan kita bercita2 lebih tinggi.Bak kata orang,aim for the star.Kalau tak,sampai bila2 pon kita takkan maju ke depan.

Tapi,tak salah kalau minat kita bukan pada jawatan2 yang profesional tu bukan?KAlau kita memang berminat menjadi penulis,wartawan,even menjadi chef,kenapa cita2 kita di'condemn' dan diperlekeh sekeras2nya?Kalaupun cita2 mahu menjadi pengusaha syarikat bas,pada saya,silakan,teruskan,sebab itu adalah cita2 anda!Jadilah pengusaha yang berjaya!

Yang penting,jadilah seorang penulis yang menulis tentang perkara yang membina dan menyumbang kepada pemikiran rakyat,jadilah wartawan yang bijak,bertanyakan soalan2 yang bernas,yang menjadi wakil orang ramai untuk bertanyakan soalan,ataupun jadilah chef yang hebat di seantero dunia,yang menghasilkan resepi2 dan menu yang sedap2 tapi tetap sihat.

Jangan diperlekehkan cita2 manusia lain walaupun sekecil2 jawatan.

Bagi sokongan,cari sedalam2nya di celahan mane2 mulianya dan bagusnya cita2 tu,sebelum meng'condemn'.

YAng penting,be the best of you want to become!
Dan saya akan menjadi ahli nutrisi yang terbaik!Biarpun tak menjadi doktor,ataupun ahli farmasi.

1 comment:

nas aliff said...

hehehe..
wat ak tingat mase kecik2 dulu
ble owg tanye.."ble besa nnt nk jd pe?"..
dan jwapan ak.."???"..ntah..
haha