
Plaza Rah,Kampung Baru..
Hari ni hujan,rasanya macam tak dapat ke bazaar,takut basah kuyup nanti.Housemates saya masih lena,lebih2 lagi bila terkena angin hujan yang sangat best ni!Membawa bau2an juadah berbuka dari bazaar Ramadhan Jalan Raja Alang.
Bau air freshener jasmine daripada Glade menusuk hidung dari tadi.Huhu,syikin tersalah beli air freshener,bau jasmine menakutkan.Suasana hujan mengingatkan saya pada beberapa tempat.
Hujan di Kampung Baru,
Angin bertiup kencang sangat,sampaikan langsir rumah nak terbang keluar daripada balkoni.Tapi,perasaan menghadapi angin tu sangat best,rasa tenang dan diam seketika,walaupun berada di celahan sibuk kota.Buat seketika,saya rasa jauh daripada semua.
Hujan di Tangkak,Johor
Malam tu,bunyi angin menakutkan,semacam ada suara budak perempuan menangis di tengah2 malam.Tapi,bila diamati betul2,bunyi tu adalah angin.Saya mula resah.Roommates yang lain masih lena,tak sedar kot,tidur mati,haha.Bila pandang ke atas,saya nampak siling bergerak2,
'giler scary!'
Hujan di Temerloh
Masa tu musim buah,dan saya masih kecil lagi.Sekolah rendah rasanya.Walaupun hujan renyai2 yang berterusan,Arwah Wan tetap menggagahkan diri keluar mengait buah bidara.
'Ni untuk awak makan,'kata Wan.
Sampai sekarang,buah bidara menjadi feveret saya dan tak boleh nak berhenti kalau dah mula makan sebesen.
Hujan di Adelaide
Tak la hujan pon,tapi,dengar bunyi guruh.Ingatkan nak hujan.Waktu tu summer,Nurul kata dah lama tak hujan.
'Haaa...sebab kita datang sini la,baru hujan,'kata Abah.
TApi,saya sentiasa rindukan angin pagi di sana!
Ada sesuatu yang saya suka tentang Hujan.(Bukan saja Hujan,indie band tu ye?)Tapi,saya sangat menikmati suasana selepas hujan.Tak tahu kenapa,ada satu bau selepas hujan yang sama je walaupun saya berada di mana2 sekalipun.
Allah turunkan hujan.
Allah turunkan rahmat.
Maha suci Allah!
1 comment:
ichah.....zira pu sgt suka hujan...hujan bgi kita tenang dan damai.....selamat berbuka..
Post a Comment