Friday, August 5, 2011

Apa kau tunggu lagi?

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Dan aku berpeluang sekali lagi berjumpa Ramadhan. Syukur Alhamdulillah.

Bila Ramadhan, hati tenang, tak ada nak marah-marah sangat. Even apa-apa benda atau masalah jadi, orang akan bagi chance sebab it's Ramadhan. Kena sabar. Bulan beribadah, bulan beramal dan manusia berlumba-lumba mengumpul pahala. Betapa Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Sekitar dua, tiga hari lepas, macam-macam isu ada. Soal penarikan balik iklan ramadhan 8tv dan yang latest aku baca, Pemuda Pas nak tv9 tarik balik iklan Sahur pulak. Macam-macam. Well, media's role is very very important, kan? Everyone can see that. Everyone has their own rights and opinions on that matter. Kebebasan bersuara kan? So, tak boleh nak salahkan mana-mana pihak, it's up to you on how you interpret the message and judge the issue. Rationally and intellectually.

Semoga kita lebih bijak dan memperbaiki diri sendiri. Islam bukan agama yang menghukum, Islam ada banyak alternatif. Kalau korang ada masa, silalah tengok video yang aku post dekat facebook, Bicara Selebriti yang ada Wardina, Ustaz Asri, Sham Kamikaze, and Ustaz Hasrizal. It's worth every minute of your time. Banyak boleh belajar. Apa salahnya luangkan masa 2 jam untuk belajar ilmu agama kalau kita boleh spend 2 jam untuk movies? At least, you gain something. :)

Insya Allah, semoga Ramadhan lebih banyak terisi dengan benda-benda berfaedah, rugi kalau kita tak ambil kesempatan.


Jom muhasabah dan refleksi diri,
Jom perbaiki diri sendiri,
Kalau tak sekarang, bila lagi?
Ajal dan maut mungkin sahaja menjemput esok, lusa atau sebentar lagi,
Apa yang kau tunggu lagi?
Tak nak dapatkan ganjaran Ilahi?

No comments: