Sunday, February 5, 2012

cerita lama

Dulu-dulu, masa sekolah SRA (sek rendah agama), ada seorang Ustazah ni. Ustazah Salina kalau tak salah. Seingat aku, dia mengajar khat masa aku darjah 1.Anyway, antara benda yang paling aku suka masa sekolah dulu ialah Ustazah Salina.

She's very soft spoken, lembut and the most important part was her story telling session.
Kalau kitorang dah siap salin khat, ustazah akan offer nak bagitau cerita.
Semua orang tertunggu-tunggu cerita ustazah. Termasuklah aku. Aku masih ingat melalui ustazah la aku dengar banyak kisah nabi Muhammad s.a.w.
Antara kisah Jibrail sampaikan wahyu, dan yang paling aku ingat sampai sekarang, kisah Israk Mikraj yang ustazah ceritakan.

Ditambah dengan subjek Sirah yang kitorang belajar masa sekolah since darjah 1.
Sejak kecil lagi dah belajar mengenal siapa Rasulullah s.a.w. Nanti dah besar kalau korang ada anak, silalah berbuat demikian, ye?

Post blog 'Cinta kepada lelaki ghaib' oleh Ustaz Hasrizal dalam blog beliau makes a lot of sense to me.
It's true. Kita punya pelakon2, pemain bola sepak, penyanyi pujaan yang duduk nun jauh seberang sana, cakaplah apa sahaja tentang nama penuh, anak bini, asal mana semua pun kita tahu. Jadi tak mustahil kita boleh sukakan orang yang tak pernah kita terpandang, dan berjumpa.

Jadi tak mustahil kita yang telah dididik sejak kecil mengenal kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah.
Tak mustahil untuk rasa cinta boleh hadir untuk kasih dan rindukan Rasulullah s.a.w yang tak pernah kita jumpa.


Selawat dan salam ke atas junjungan nabi.
Semoga kita sentiasa mencontohi dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.





Nasib baik ada TV Alhijrah sekarang. Baguslah, banyak input. :)



No comments: