Friday, July 31, 2009

Dalam dan luar


Kalau kuih tart,nampak sedap,cantik dan menyelerakan,sangat'tempting'.Tapi,kita tak tahu bagaimana tekstur kuih tart tu tadi.Rapuh ke,keras ke.DAri segi rasanya pulak,sedap ke tak jem nenas tu,manis ke,masam ke.

Saya mungkin nampak sombong,tapi,sifat dan perwatakan saya,siapa yang tahu?

Saya mungkin nampak lembik,cengeng,muka macam nak nangis,tapi,siapa tahu dalaman saya lebih kuat daripada MAlik Nor,Sazali,jaguh bina badan?

Saya mungkin pendiam,tapi,siapa tahu,saya punya kebolehan sendiri bila bercakap?

Saya mungkin dianggap berjiwa sentimental,tetapi,mana tahu,hati saya lebih keras daripada batu2 konkrit yang ada di jalanan?

KAlau diberi peluang,saya mahu kenal semua orang dari dalam dan luar.Sebab setiap orang tu unik.Punya personaliti sendiri yang menarik.Tak semestinya semua orang hadir dengan perwatakan yang stereotaip.Semua orang cantik dan menarik walaupun perkara tu bersifat subjektif pada mata masing-masing.

MAcam kuih tart,kalaupun disapu dengan kuning telur cantik mana sekalipun,kita tetap tak tahu tahap kerapuhan tart tu.Sama macam manusia.Walaupun dia nampak kuat,kita tak tahu dia sebenarnya sangat lemah bila berdepan dengan masalah.Walaupun nampak talkative dan nampak pandai,kita selalu pandang tinggi pada diorang,walaupun kita sebenarnya mampu berikan idea2 yang lebih bernas daripada diorang.

Luar nampak gagah,tapi hati dia lembut,siapa tahu?
Luaran cuma satu pelindung,'shield' untuk mengaburkan mata orang lain bahawa itu diri kita sebenarnya.
Dalaman kita simpan dan 'bungkus' elok2 supaya orang tak dapat tahu bagaimana diri kita yang sebetulnya.

Dalaman dan luaran kita tetap benda yang berbeza.

No comments: