Virus H1N1 menular.KTSN dikuarantin.Sebenarnya,k1 je yang kene kuarantin buat masa ni,kami di kolej2 luar masih blur dengan nasib2 kami.Tapi,rasanya,kelas confirm batal kot.Saya masih agak ketidak tahuan dari mana punca H1N1 ni.Tapi yang pastinya,saya seronok sebab takde practise silat minggu ni,yeay!


Semalam,kitorang baru je balik dari Program Komuniti Sihat kat Kampung Sungai Mulia,Gombak.(kampunglah sangat).Kampung ni adalah antara 7 kampung tradisi yang ada di KL.Maksudnya,kampung2 yang wujud sejak 100++ tahun yang lalu dan ada organisasi2 yang masih aktif.Yang kagumnya,aktiviti2 yang ada dlam kampung ni memang macam kampung2 yang ada kat negeri lain,macam,marhaban,kompang,memang nampak la ada persatuan dan gerakan belia kampung yang aktif.
Sebenarnya,expectation masa sebelum datang ke kampung tu,dalam kepala saya,rupa dan keadaan seperti di kampung2 saya,tapi,ternyata,sangkaan meleset.Well,kampung tu sendiri masih berada dalam kawasan Gombak,KL,dan Daerah Sentul.Jadi,memang,rumah2,yang boleh dikatakan ada banglo2 besar,kemuadahan semua ada,elektrik,air,masjid pon lawa.

Basically,FYI,student UKm ke sana untuk program klinikal antaranya,student biomedical sc,JPd(nutrition and dietetics),Audiologi,Speech therapy,Diagnostic+Radiotherapy,Optometry.Saya antara student2 JpD yang berkhidmat kat situ.Seriously,masa sebelum ke kampung tu,saya tak risau sangat pasal mak bapak angkat,tapi,saya lebih risau tentang soal klinikal.Apa taknya,saya belum berpengalaman,mampu ke nak bagi nutritional advise kepada orang2 yang datang.Tapi,alhamdulillah,setelah percubaan pertama,saya mula gain confidence sikit.Memang satu pengalaman berharga.tak sabar menunggu pesta konvo.

Bercakap mengenai bapa/mak angkat,program kali ni,tak berapa nak memberi peluang utk kitorang nak bermesra dengan mereka.Satu rumah,agak ramai,dalam 20-40 orang.Cuma da beberapa famili je yang dapat 4 ke 5 orang anak.Saya tergolong antara orang2 yang mempunyai adek beradik baru seramai 20 orang.Dan kitorg ditempatkan di rumah yang makcik tu nak sewakan kepada org.So,memang senang jugak,perempuan je yang duduk dalam rumah tu,takyah pakai tudung dalam rumah.
Tapi masa malam ahad tu,ada wayang pacak,memang best,tengok wayang beramai2,dan melihat gelagat budak2 kecik tengok cerita hantu,btw,cerita yang ditayangkan malam tu ialah 'Jangan Tegur'.
Tu cerita tentang PKS.Kalau boleh,saya nak join OPKIM pulak lepas ni.Sebab orang kata,lagi mencabar dan lebih menarik.

Saya baru lepas menonton 'Syurga Cinta' dalam laptop Cikin.Saya masih ingat masa mula2 saya menonton trailer movie ni,betapa saya mengutuk keras2,langsung tak mahu menonton cerita ni.Sebab pada saya cerita2 hasil arahan ahmad Idham memang tak pernah best.Dan jugak Prof Madya Razak Mohaiden(xtahu betul ke x eja).Tapi,sebabkan saya selalu dengar Ana,Nisa mengulas pasal cerita ni,tertarik jugak nak tengok.
Komen saya.....cerita ni kelakar,walaupun tema filem ni,adalah menyampaikan mesej dakwah,tapi,skripnya memang kelakar.Saya tak pasti samada mesejnya sampai buat penonton.Tapi,ceritanya,taklah tahap bodoh sangat macam Jangan Pandang Belakang Congkak tu.Tapi,watak Heliza agak tak signifikan dalam cerita ni,walaupun sebenarnya,watak Awal lagi menyerlah dan obviously lagi penting.
Haha,takda kerja,lepas menerima berita kuarantin,tengok cerita ni.
2 comments:
ichah doakan ktaorang kt cni elok2..krngpun dok elk2 kt sner...
filem syurga cinta 2 best... rugi kalau x tgk...
citer yg blh diakan agak bestlah berbndg felim2 yg lain...hiihihihi
nk join opkim ek..
jgn riso la..sbb kt opkim tu pon
elemen keuarge angkt tu pon cam ade xde je..
dtg abehkn beras uma owg je..=)
pasal surge cinta tu.
well, ak da tgk da..
boley la..
cite yg boley ditgk utk skali je..
2 kali tgk genti tdo..
hahaha
Post a Comment