Pengalaman menjadi pc kualiti makanan memang takkan lupa sampai bila2.Bayangkan,saya dicampak ke Kolej Ibrahim Yaakob sorang2 dan bermula dengan tiada sorang kawan pon.Tapi,lama2,saya seperti pc2 KIY sendiri.Escort student ke DECTAR,tolong pc makanan buat kerja,dan join post mortem mereka.Memang pengalaman yang takleh dilupakan sampai bila2.
Kena usik dengan super2 senior,haha,memang kelakar,dan terharu bila diorang bagi tepuk terima kasih untuk saya.
Minggu Mesra Pelajar dah tamat.
Kerja menimbang makanan,round2 cafe,usha2 dapur,tanya2 student's complaints,semua dah abis.
Tadi,saya ikut student junior ke KTSN berkonvoi beramai2.Lepas tu,ke K5 mengambil kunci bilik di Plaza Rah.Btw,Nisa dapat transfer ke K1,kami tak sempat menjadi housemates.Tapi,saya nak cuba memohon untuk ke K1 sebab saya mahu aktif semester ni.Saya mahu menjadi exco,sebab pengalaman menjadi pc ni memang banyak mengajar saya.Jadi,sila doakan untuk saya dan kawan2 saya ye?
Isnin,mak abah ke tempat Along.Along nak grad.So,untuk 2 minggu mak abah tak berada di sini mulai hari Isnin.Dan semester baru sudah bermula,dan saya akan mula hidup sebagai 2nd year.
Semalam,kitorang sempat merasa Perang Dectar.Mula2 Hayat cakap nak stay,tapi disebabkan Dr. Roslee sayangkan anak2 dia,terpaksalah kitorang keluar dari Dectar tu.Tapi yang pasti,seronok tengok Zaa'ba kena aim dengan semua kolej!
Disebabkan saya berada dengan KIY seminggu dan hari2 mendengar mereka ber'cheers',cheers mereka masih terngiang2 di kepala saya.Hehe.
Thanks to kawan2 saya,Nisa,Nadia dan Cikin sebab beri peluang untuk saya merasa semua ni!
Tepuk2 terima kasih.
Terima kasih,thank you,sie sie,nandre,syukran,arigatou hai!
1 comment:
tepok2...syg...
Post a Comment