Friday, April 9, 2010

Life is definitely not easy

Bercinta=tunang= kahwin?

His life is definitely not easy, which mean, our life too. His? Oh, jangan salah faham. Kata ganti nama diri kedua 'his' itu merujuk kepada abang saya.

Along nak kahwin?

Haha. Memang kelakar je bila bayangkan. But he's 26 this year. Dan memang tak pelik la kalau nak kahwin. Dan dia lagi rasa pelik sebab tak kawin-kawin lagi since majoriti kawan-kawan dia dan kahwin dan beranak pinak. * Dah kahwin masa study, memang la*

Tapi, kawan-kawan sekalian,
sila bear in mind. Bila anda mahu bercinta, seeloknya, orang tu yang anda mahu kahwini * bukan camtu ke?takkan suka2 nak bercinta dan clash dengan sape2?*. Dan bila anda mahu bertunang atau berkahwin, bukan anda sorang je yang terlibat dalam proses ni, sebab bakal pasangan anda dikira 'berkahwin' dengan keluarga juga.


Hah, kahwin. Isu yang dah boleh dibincangkan sekarang dalam keluarga saya.

Kalau dulu2, nak cakap pasal boifren girlfriend pon dah rasa macam nak kena halau rumah. Haha. Mak dan Abah sangat tak suka.

Dan membuatkan kami tak suka bila orang cerita pasal cinta2, suka2.


Sampailah bila masing-masing dah dewasa, dah matang dan tahu berfikir sendiri.

Entahlah, you may say anything, parents saya tak cool, tak chill, sebab tak pernah kami adakan open discussion mengenai 'cinta'. Tak pernah ada usik2 tentang cinta. It's a big NO NO.
Mungkin mak abah takut kami abaikan study dan lalai.

Tapi, saya rasa ada hikmahnya semua ni berlaku. Mungkin kami anak yang tak matang, bila bercinta, semua benda tak ingat. Ingat nak dating, nak call, nak msg all the time. Kami mungkin tak sekuat dan seteguh iman macam anak-anak lain. Entahlah.

Bila dah besar, saya sedar sendiri. Bila saya lihat sendiri dengan mata kepala macam mana rupanya orang bercinta.*alah,diri sendiri pon hampir terjebak,haha*Dan kadang-kadang saya sangat bersyukur dengan cara didikan mak ayah saya. Well, setiap orang kan lain-lain. Ada hikmahnya kenapa kami dididik sebegini rupa bila berkaitan dengan cinta.

Tapi, ada juga kekurangannya sebab kami tak dapat berbincang hal-hal sebegini secara terbuka walaupun masing-masing dah besar. Dah dewasa.



Saya mahu berkahwin dengan orang yang saya nak bercinta. SEriously. Meaning, saya takkan bercinta saja2. BErcinta bodoh2. Maybe saya terlebih rasional dan sampaikan tak mahu 'indulge' dan enjoy life. No, that's not it.

Pada saya, bercinta bukan main-main. Bukan hari ni menyatakan harsat cinta, couple, tunang dan kahwin. Oh, it's not as easy as that. Bercinta is definitely lead to marriage kan? Jadi, takkan nak couple dan clash sesuka hati?? Dan buat dosa semata2?

Dan bukan juga sekadar merisik, bersetuju, tunang dan kahwin.

Pendek cerita, kalau dalam hati, kita tahu dia bukan orang yang kita nak jumpa hari2 dalam hidup, orang yang kita sanggup terima dan teman sepanjang hidup, what;s the point kan?
Tapi, kalau tak kenal, macam mana nak tahu he's the right one for you? KAn?Sebab tu, kena solat istikharah, mintak petunjuk?Tak begitu?
Betulkan saya kalau saya salah.
Betulkan saya kalau masih banyak yang saya tak tahu.

Ah, makin complicated.

Malas nak fikir, Tapi,marriage and love definitely bukan benda main-main. Dan memanglah saya bukan orang yang sesuai untuk bercakap tentang semua ni.
Saya sendiri belum pernah berkahwin, bercinta lagi la tak.

Saya masih jauh ke belakang dalam hal ni.

And my life is definitely not easy when it comes to marriage and love. *haha, tengok Along je dah tau*



Pelik gila bila mak cakap mak mimpi ada orang merisik aku. Ah, tak sanggup, Takmo kahwin lagi!!



No comments: