Terima kasih Tuhan.
Atas cinta yang Kau kurniakan.
Atas rahmat yang Kau limpahi.
Tiap titisan kasih dan sayang yang Kau berikan.
Rasa bersyukur sangat dapat duduk di Plaza Rah. Tiap-tiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari ada orang baca Quran. Berganda-ganda pahala Allah bagi walaupun setakat mendengar. Alhamdulillah.
Lepas perbincangan 'pillow talk' bersaksikan Menara KL dan juga KLCC dan Kampung Baru, saya rasa sangat seronok. Ini benda-benda yang memang wajib saya akan buat dengan kawan-kawan saya sejak sekolah, matriks dan sampailah ke universiti.
:::Reminiscing:::
Bila terkenang-kenang zaman kejahilan, kejakunan, memanglah kita dah makin matang. Bak kata Syikin 'Aku rasa aku makin matang'
Haha, tak boleh blah tapi tu lah kenyataannya. Kalau dulu-dulu, masa mula-mula duduk Plaza Rah, galak gila keluar.Seminggu at least sekali, tak tengok wayang, main boling, paling cikai pun, keluar makan-makan.
Well, tu masa muda-muda, sekarang bila masuk 2nd sem, kami berperangai lebih elok dan lebih sopan. Berbelanja pon berhemah, keluar pon bila betul-betul rasa nak keluar. Tak ada la 'tiba-tiba' yang kerap macam dulu.
Ya, kami jauh lebih matang.*hah, ayat takbleh blah*
Alhamdulillah.Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, ada sebab musababnya. Terima kasih Tuhan, atas segala pengajaran yang Kau berikan!
No comments:
Post a Comment