Mata dah kering.
Dah kering. Dah penat.
Saya nak berhenti menangis. Sebab pemergian orang yang dah pergi bukan untuk ditangisi.
Perjalanannya di dunia terhenti hari ini. Dan kembali kepada yang Maha Menyayangi.
Mata berulang-ulang menatap slide yang sama.
Kaedah pemakanan,blablabla..
Enteral...blabla...
Tapi, fikiran saya seringkali melayang ke tempat lain.
Kenapa tak balik?
Janji-janji saya mahu ke Muar semasa cuti pun tak pernah saya tepati.
Kenapa tak pernah terfikir mintak Atuk Aki passkan telefon pada Atuk Wan?
Dan air mata saya mudah sekali tumpah lagi.
Walaupun sudah kering. Mudah sekali mengalir. Tiap kali dapat call daripada Mak dan Nurul.
Masa menjawab paper PM, dalam mencari-cari jawapan, airmata bergenang sepanjang masa. Tak tahu macam mana nak alihkan fikiran dan concentrate menjawab soalan.
Saya hanya tercari-cari jawapan kenapa saya di sini?Kenapa perlu di sini??
Sebab arwah atuk, saya nak belajar Pemakanan. Sebab masalah kesihatan arwah atok, saya nak belajar Pemakanan.
Sebab tu saya kena teruskan.
Jawab soalan. Jawab apa yang terdaya. Dengan rasa kecewa.
**********
Saya cuma boleh berhubung dengan orang di Muar untuk dapatkan berita. Walaupun dalam fikiran, saya terbayang-bayangkan wajah atuk Aki, terbayang-bayangkan Atuk Wan dimandikan, dikafankan, dan disembahyangkan.
Dan airmata tumpah lagi, ah, penat sungguh!
Tapi, pemergian bukan untuk ditangisi. Menangis berbulan-bulan sekalipun dia takkan kembali.
Hanya doa yang mengiringi.
Moga Atuk Wan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment