Thursday, May 6, 2010

Update.

Alhamdulillah.
Dah dekat seminggu cuti and i'm enjoying every second of my holiday.
Well, baru seminggu kan? haha.masih ada cuti berbaki 2 bulan. Lama tu.
Mula-mula saya ingat nak kerja. Tapi, tak berkesempatan dan tak diberi kebenaran. Elaun cuti tak ada. Awal-awal lagi abah dah bagitau. Masa study week lagi. Jadi, memang tak berkesempatan untuk berronggeng la sebab saya pon memang tak ada duit. Kena simpan untuk naik sem nanti.

Nasib baik En Toshiba dah sihat sejahtera setelah dihantar ke Low Yat kelmarin. Ada la jugak peneman semasa cuti untuk berhubung ke dunia luar.

Nasib baik kakak dan abang saya juga di rumah. Tak de lah sunyi, dan jadi gila duduk rumah sorang-sorang macam semester lepas.

Nasib baik ada Wii, boleh main game dan exercise di kala kebosanan.

Hujung minggu ni saya akan ke Temerloh dan mungkin ke Muar selepas itu untuk jangkamasa yang lama. Meneman atuk aki tersayang.

Jadi, dah seminggu cuti. Setakat ni, belum rasa bosan.
Dan agak banyak jugak yang dah dibuat dalam list 'to be done' yang telah saya senaraikan sebelum cuti bermula.

That's all for now.


No comments: