Monday, May 31, 2010

Bila hak kemanusiaan dicabuli

Nasib 700 nyawa dalam Mavi Marmara masih menjadi tanda tanya.
Dan satu-satunya senjata yang mampu disumbangkan sekarang ialah doa.

Semasa menonton tv petang tadi, sedang berkira-kira mahu memilih channel untuk ditonton, saya tersentak tatkala melihat paparan video di AWANI. Paparan tentera Israel yang turun dari helikopter dan mendarat di atas Mavi Marmara mengejutkan saya.
Walaupun perkara ini memang sudah dijangka, kerana Israel tak akan biarkan bantuan misi kemanusiaan itu sampai ke Gaza.

Tapi, tindakan yang mencabuli hak kemanusiaan itu dan dilakukan di perairan antarabangsa memang tak boleh dimaafkan.

Sememangnya tindak-tanduk Israel tak pernah boleh dimaafkan.

Kawan-kawan.
Silalah berdoa.Untuk nasib 700 aktivis pengaman yang masih tak diketahui.
Silalah berdoa. Untuk misi bantuan ini selamat sampai ke Gaza.
Silalah berdoa. Untuk saudara muslim kita di sana.

Dan silalah melengkapkan diri dengan pengetahuan sepatutnya. Sila baca berita, ikuti AWANI, Al-Jazeera.

Semoga Allah bantu mereka di sana!
Amin.

No comments: