Tuesday, May 11, 2010

Cinta yang mengharukan.


Cinta yang mengharukan ialah cinta yang sejati.

Cinta yang dipunyai oleh sepasang suami isteri, yang bersama-sama bersusah payah dan bersenang lenang.
Cinta suami isteri yang tak pernah luput dimakan usia.
Walaupun si isteri tak lagi berkulit tegang, berdahi licin dan berkedut kerepot rupanya.
Walaupun si suami tak lagi segagah dulu dan acapkali mengadu sakit belakang.

Namun, cinta dalam hati tetap membara dan mengharukan.
Mengharukan hati saya.

Ah, mungkin cinta itu dipupuk sejak muda remaja, ketika masih cergas dan menawan, tapi, cinta si tua yang berkekalan hingga ke akhir hayat tetap cinta yang sentiasa mampu membuatkan saya menitiskan airmata.

Biarpun si suami tak sekacak Fahrin Ahmad, mahupun semacho Aaron Aziz.
Mahupun si isteri tak sejelita dan seseksi Tiz Zaqiyah dan Scha Alyahya.

******

Setia menanti di hujung katil, saban hari menunggu si suami yang tenat di hospital. Si isteri tak punya sesiapa, cuma suami tersayang yang sakit dimamah usia itulah buah hati pujaan hati. Kadang-kadang, gusar mahu meninggalkan walaupun buat seketika, kerana takut si suami akan meninggalkan dia buat selama-lamanya. Jadi, si isteri meminta belas pertolongan orang sekeliling untuk membelikan makanan buat dirinya sebagai bekalan kudrat untuk menjaga suami tersayang.

Ini baru cinta sejati.

******

Si suami tak mampu membaca, nikmat penglihatan ditarik Yang Maha Kuasa, yang tentunya Dia lagi Mengetahui sebab musababnya kenapa. Namun, si isteri setia membacakan kisah cerita kegemarannya di sisi, Walaupun kadang-kala si isteri lambat-lambat membaca kerana penglihatan yang kabur, namun, si suami sabar menunggu cerita dari si isteri.

*****

Si suami lah pengganti doktor apabila di rumah. Tekanan darah diambil, suntikan insulin diberikan apabila si isteri memerlukan. Jika si isteri mengadu kepenatan, si suamilah yang bersedia menyediakan makanan buat si isteri. Tiga kali seminggu si suami setia menghantar dan menjemput si isteri tiapkali ada sesi dialisis di hospital. Cinta buat sang isteri melebihi rasa penat dan letih yang dirasakan.
Demi kasihnya buat si isteri.

*****

Apabila si isteri tiada lagi di sisi, pergi menghadap Ilahi, hidup si suami kini sunyi. Penguat semangatnya sudah tiada. Tiada lagi orang yang akan menunggu dia sekembalinya dari masjid. Tiada lagi teman bergaduh dan mengadu kasih.

Semangatnya dikuatkan. Langkah diatur ke pusara si isteri setiap hari. Selepas menunaikan solat di masjid, tak pernah sekalipun si suami lupa untuk singgah ke pusara isteri tercinta untuk mendoakan kesejahteraan hidupnya di sana. Kerana dia isterinya dunia akhirat.

*****

Setiap biji batu yang dikumpul, dibersihkan, dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Esoknya, si isteri akan mengatur batu-batu itu di pusara suaminya. Demi cinta dan kasih yang tidak pernah padam, doa si isteri tak pernah putus-putus dihadiahkan buat si suami tersayang.

Cinta dan kasih kekal hingga ke tua, hingga mati.
Cinta yang berkekalan dunia akhirat.
Cinta yang mengharukan.

'Whoever that person is, this is my dream. I want to have this kind of love.
Regardless of his looks, or wealth. As long as he loves me as sincerely as he could.
and bring me closer to Him.'
Amin.







5 comments:

et said...

kt nanges mase bc entry neh.serius.touchy gile.dunno why but it seems like i miss someone dat didn't noe who.really,miss dat person.susahnya nak describe.my tears keep on running down rite now.really.really.really touchy.huhu.

memyself said...

huhu...sori zati...
buat zati nangis.
huhu...i didn't mean it..
ini entry tetibe rasa nak buat..

et said...

ouh,xpe.it means yg awk mampu olah ayat ngn baek.tahniah2.^^

nadiakivie said...

mesti nak gak selit fahrin n aoron kan?!..haha..

amalina dz said...

omg! berair mata baca. sobsob :'(