Wednesday, January 12, 2011

There's Gotta be More to Life.

Saya pergi bukan sebab mahu membawa perubahan terus kepada kampus saya.
Pergi bukan atas dasar saja-saja ataupun suka-suka. Bila berbuih mulut Nadia dan Syikin mengajak dan memberitahu, honestly, saya memang tertarik. Sebab isu-isu yang dibincangkan bukan sekadar isu remeh-temeh.
Dan bukan  mengenai apa yang kita belajar di uni setiap hari.

Kalau sebelum ni, saya cuma berpeluang bincang isu-isu ini dengan famili, tak pun rakan sekolah, sekarang, dah ada orang yang boleh bincangkan dan bantu saya memahami isu ni dengan lebih terbuka.
Ini masa untuk berjumpa ramai orang. Dan sedar betapa kerdilnya saya di kalangan mereka yang punya isi-isi bernas dan pendirian sendiri dalam mengutarakan pendapat.
Banyak lagi yang tak tahu. Sangat.

Tapi, tak bermakna saya perlu diam dan membatu. Tapi, terus baca dan belajar serta lihat sekeliling.

Yes, we are students. Kerja kita pergi kelas, balik kelas, buat assignment, buat presentation, buat projek, blabla. Tapi, kalau setakat skor exam, tak tahu dunia sebenar, apa yang berlaku kat negara sendiri, sila fikir sendiri apa jenis student la tu.
Being completely ignorant doesn't make you look cool.


Kan lebih cool dan menarik kalau kita ambil tahu tentang dunia luar?
Sekurang-kurangnya kita tahu dan tak duduk bawah tempurung besi!

Jom jadi katak-katak yang cool dan selalu menjenguk-jenguk dunia luar sambil bermesra dengan katak-katak lain dan cari tempat berteduh seperti tempurung yang 'see-through'  :)

No comments: