Sunday, January 30, 2011

Down with the regime

Di Mesir, kebangkitan rakyat yang terus-terusan memprotes dan melaungkan 'Down with the regime' sejak semalam sedikit sebanyak mula mendatangkan hasil. Hasil keberangkatan si pengecut ' Ben Ali' di Tunisia memberikan semangat buat rakyat di Mesir. Malah, ini adalah pergerakan dan kesatuan rakyat, tanpa ada asal-usul dari mana-mana punca pergerakan dari mana-mana parti politik. Ini gerakan rakyat sendiri.
Kebangkitan mereka buat bulu roma ku berdiri tegak!
Sudah masanya Husni Mubarak pergi sejak bertahun lamanya.

Kebangkitan mula hadir di negara lain.
Yemen pun sama. sila baca sini

Moga-moga keadilan akan terbela.

p/s :Muslim Brotherhood chanting Allah Akbar. Crowd stopped them chanting louder: Muslim, Christian, we're all Egyptian #Egypt" latest tweet.

Something for us to ponder?

Berhenti seketika,ambil tahu dunia luar selain menjenguk beautifulnara.
Mari menjadi manusia yang lebih berkualiti.
Banyak lagi yang berlaku di dunia luar selain kisah sampah fasha sanda yang ditinggalkan.
Tatkala sahabat seusia kita di negara luar berkobar-kobar mempertahankan negara dan menegakkan kebenaran, kita masih terkapai-kapai lemas di bawah tempurung besi.

* Renungan buat diri sendiri dan rakan-rakan*

No comments: