Aku tahu aku perempuan.
Aku faham apa perasaan perempuan.
Mejadi perempuan.
Dan walaupun aku suka nak mengaku konon macho, dan tak suka berlaku feminin,
tapi aku sedar, fitrah aku adalah menjadi perempuan.
Seperti apa yang Allah jadikan.
Aku tahu perempuan ada banyak emosi.
Aku tahu perempuan tu lemah dari banyak segi kalau nak dibandingkan dengan lelaki.
Aku juga perempuan, Aku tahu apa yang kau rasa.
Tapi, bila kau mengadu domba berganda-ganda di alam maya mahupun alam nyata, kau cuma merosakkan imej perempuan-perempuan lain di muka bumi.
'Sedih'
'Kecewaaaa ~~~~~'
'Dia tak layan akuuu,huhuhuhuu'
Come on!
Perempuan tak selemah itu, kau tahu?
Aku bukannya wanita besi, mahu berlagak kuat, mahu menunjukkan aku setaraf dengan lelaki, baik emosi mahupun tenaga kerja.
Cuma, bila kelemahan kau, kau tayangkan dengan jelas dan nyata, dalam kadar kekerapan yang sangat tinggi di hadapan orang ramai, aku jadi meluat.
Tak pun, kau tak tahu apa fungsi social network itu sebenarnya.
Kau meraih simpati di sana-sini. Kau tak punya kawan kah untuk bercerita? Atau ahli keluarga yang memahami?
Ataupun kau lupa wujudnya perkhidmatan SMS dan juga panggilan telefon?
Yang dapat memberikan kau kelebihan yang mereka namakan privasi?
Walaupun aku boleh berbuat-buat bodoh dan tak nampak, kalau dah kerap sangat, semua orang pun naik menyampah kan?
Cukuplah.
Aku doakan kau lebih kuat dari segala segi.
No comments:
Post a Comment