Saturday, February 5, 2011

Either death, or freedom

Hati mana tak sakit kalau tengok perilaku kejam manusia. Sekejap, mereka bukan manusia, tapi mereka binatang.
Hati mana tak sedih bila manusia bermati-matian menginginkan keadilan, tapi si tua bangka yang sempurna lima panca indera hanya memekakkan telinga membutakan mata.
Rakyat menderita, dia senang lenang bergelak ketawa ?
Kata kau, kalau kau turun takhta, situasi jadi carca merba?

Sungguh, kau lah manusia paling bodoh sekali di dunia!
Kau fikir kau selamat di dunia?
Kau fikir kuasa itu segala-galanya?

Kau lihat,
mereka tak pernah gentar!
Mereka tak pernah gusar,
kerana mereka tak lagi takutkan kau!
Atas nama keadilan, mereka bersatu hati,
walaupun mereka berlainan agama
solidariti mereka sungguh aku kagumi!

Nah Mubarak,
satu dunia memerhati,
Jangan kau ingat kuasa itu segala-galanya,
Kerana yang pasti,
ia memakan diri kau sendiri!

Nyah kau pergi!
Berambus kau dari sini!


Siapa tak marah, bila manusia memprotes secara aman,diperlakukan begini?sini dan juga sini.
Nah, kau lihat sendiri . Yang kristian melindungi yang muslim saat mereka melaksanakan solat.

Kau tunggu dan lihat sendiri.
Akan mereka perjuangkan sampai mati.
Kau lihat betapa nekadnya mereka ini.


One protester in Cairo told Al Jazeera that demonstrators would continue protesting until Mubarak steps down.
"It's either death, or freedom," he said.

No comments: