'Kena suruh solat dari kecik, biar lama-lama dia biasa lah', tegas Mak, menegakkan hujah-hujah mendidik budak kecil bersolat.
'Lagi satu, kena ajak pergi surau/masjid dari kecik lagi, takpe, nampak macam paksa, tapi lama-lama nanti sendiri pandai lah,' sambung Mak lagi.
'Tapi Mak, kalau buat secara terpaksa tak ada kerelaan hati, tak ke kerja sia-sia namanya?' Aku mencelah.
'Nurul rasa, mungkin idea suruh dari kecik-kecik memang bagus, tapi kena fahamkan kenapa nak kena solat, kenapa nak kena pergi masjid. Bila dah faham, automatik ikhlas nak buat sebab dah tau kenapa dan automatik akan praktik sampai ke tua. Tak gitu?' kata Nurul.
******
Nak melentur buluh biar dari rebungnya. Sebab masa dia jadi rebung, dia lembut lagi, senang nak bentuk, senang nak lentur. Tapi, bila dah jadi buluh, bila dah keras, memang susah lah nak bentuk.
Tapi kalau melentur saja-saja, tak ada asas yang kukuh, buat apa-apa tapi tak ada pemahaman. Seriously, apa gunanya? Bila ditanya, kenapa solat? Kenapa puasa?Kenapa kena tutup aurat? Cuma setakat jawab sebab wajib, kena buat tapi tak faham apa kepentingan di sebaliknya.
Seriously?
Let us do some reflections. Aku sendiri tak banyak ilmu, banyak yang belajar masa sekolah agama dah ingat-ingat lupa. Lepas sekolah menengah, pergi matriks, masuk uni, tak ada effort langsung pergi belajar agama. Ceramah pun pergi sekali-sekala. Dok fikir study je semata-mata lepas tu berdoa beria mintak lulus exam.
Gila ungrateful.
Sama lah macam belajar. Kenapa belajar? Kenapa masuk uni? Sometimes, we do things just because it's part of our life that we think we have to go through. We don't really try to understand what is it for, the importance, and even benefits we gain from it.
Mungkin aku adalah salah satu rebung yang memang dilentur sejak kecil lagi. Alhamdulillah, tapi sebenarnya banyak lagi yang aku tak faham kenapa aku kena buat. Banyak lagi yang aku sendiri tak faham kenapa macam tu, kenapa macam ni.
So, yeah, I agree with Nurul's statement.
It's ok kalau tak tahu, tapi kena belajar mengambil tahu. Ye, malu nak mengaku sekarang, tapi lagi malu di kemudian hari kalau buat amal ibadah tapi tak tahu nak explain kenapa kena buat bila ditanya orang.
******
'Dulu-dulu masa abah kecil, arwah moyang ajar bangun solat subuh pagi-pagi dan solat dekat surau berjemaah.
Masa mula-mula nak buat dulu memang liat, lepas tu, constantly, abah dengan budak-budak kampung lain bangun jugak subuh solat kat surau sampailah cukup 40 hari.
Lepas je dapat cukup 40 hari, tak pernah tinggal sehari pun, arwah moyang jamu kitorang dengan makanan, lebih kurang macam ganjaran la.
Macam budak kecik puasa sehari dapat seringgit.
Sejak tu, memang rasa seronok bangun pagi-pagi pergi surau dengan kawan-kawan semua, belajar mengaji, macam-macam lah,
Dulu-dulu seronok, orang kampung ramai-ramai berkumpul kat surau, Tilawah Al-Quran tu pun ramai-ramai pakat excited nak dengar macam orang sekarang dengar konsert.
Sekarang, hiburan manusia dah lain. Hedonisme je semata.Pakat dok tengok konsert berjemaah kat rumah adalah,' Jelas abah masa dalam kereta on the way balik ke Putrajaya pagi tadi.
So ,yeah.
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tapi tak ada salahnya kalau dah nak jadi buluh tu nak belajar lagi.
No comments:
Post a Comment