
"BAgitau mak ngn abah,Along mintak maaf sangat2 kalau sebelum ni Along salahkan diorang sebab suruh amik medic,"Along pesan.
"Ye,nanti Icah cakapla,"
"Cakap tau,exam esok susah giler2!"
"Paper pe?"
"Takde paper,clinical exam,"
"Ooh..ok,nanti Icah cakapla kat Mak Abah."
5 tahun yang lalu
Along dapat offer further study in medicine kat UK dengan scholar JPA.Tapi pada masa yang sama,dia tengah belajar di UTP,Tronoh,dan dpt offer further studies di Jepun.Along pernah cakap pada saya,cita2 dia nak ambil engineering dan further study di Jepun.Sejak Form 3 lagi dia dah bercita2 demikian.
Bila peluang di depan mata,dia terpaksa mengambil kira cita2 Mak Abah.Saya tak tahu kenapa,tapi mesti ada ibu bapa yang inginkan sekurang2nya seorang anak memegang profesion medical doctor(MD).Tak tahu kenapa.Saya masih ingat malam tu,susah benar untuk dia tidur,memikirkan pilihan mana yang perlu diambil.Sebab once that one step taken,he can't look back anymore.
Akhirnya,Along mengalah.Dia ikut kata2 Mak Abah.Walaupun Abah tak memaksa sebenarnya untuk Along ambil medic,tapi,dia tahu,tu yang Mak Abah ingin2kan.
"Kenapa awak amik medic gak,Long?"Soalan tu saya tanyakan pada dia.
"Ala..nak harapkan korang?Takdenya yang nak jadik doktor,ntah2 result pon tak gempak nanti,so,biarla Along ikut cakap Mak Abah,"balasnya.
Dalam hati saya,
'Padan muka!haha,sape suruh jadik anak sulung!'
Walaupun jauh di sudut hati,kesian jugak sebab terpaksa ditolaknya jauh2 nminatnya dalam bidang engineering tu.
Dari kecik lagi,Along memang nampak berbakat dari semua segi.Belajar pandai.Sports pandai.Sekolah agama pandai.MEmang anak soleh la.Dan saya,hingga kini,masih mencemburui dia.Semua orang pandang tinggi pada dia.Kalau balik kampung pon,semua suka Along.Apa?Best sangat ke pakcik tua tu?Huh!
Tapi,semua tahu,belajar medic memang bukan senang.Dan Along yang saya kenal cara belajarnya memang kuat sangat.Along study macam budak cina.Mungkin lebih lagi.Sangat hard.DAri sekolah rendah lagi.Sepanjang lima tahun dia di Newcastle,selalu mengadu susah nak belajar.KAlau saya,mungkin preparation untuk exam saya buat at least paling awal pon sebulan,tapi dia,pelik,skema.
"Tengah buat pe long?"
"Study la,6 bulan lagi nak exam."
And I was like...tetttttt.APakah,?6 bulan lagi?lama lagi,lepakla.Haha.Maybe tu sebabnya saya bukan pelajar medic.
Along bukan lagi pelajar yang meminati engineering,dia sudah betul2 menjadi student medic sejati.MAcam2 aktiviti persatuan dia join,ke Acheh,Vietnam,buat program Sunathon la(mengkhatankan bdk2 lelaki beramai2).Dan dia sendiri cakap,dia enjoy medicine.Good for him,though.
Pejam celik,pejam celik,5 tahun dah berlalu.Saya masih ingat waktu dia menangis sepanjang perjalanan ke KLIA waktu menghantar dia pertama kali.Haha,takkan lupa masa tu,sebab saya pon menangis jugak.Hehe.Sekejap je masa berlalu.Esok,dia ada exam.Bulan 7 ni grad,bulan 8 balik M'sia dan bulan 9 dah start kerja.Haha,kesian,takde rest langsung!
Walau macam mana sekalipun,dia tetap abang yang paling saya sayang!(mana de abg lain dah).Dulu,bila saya bergaduh dengan kakak saya,Alonglah akan back up saya.Dia akan pertahan kan saya,dia pernah cakap,
"Along sayang awak,Icah,"
MAsa tu,memang rasa terharu sangat!
All the best!Semoga segala payah,perit yang dilalui selama ni berbaloi!Semoga berjaya di dunia dan akhirat!
dan.....cepat2 cari calon!haha.
2 comments:
aku nak nangis ok baca n3 ni!!
[emo br bgn tdo]
susah jadi anak sulung
kadang2 apa yang kita buat
hanya utk puaskan hati ibubapa
apa yang diri sndr nak
itu dah tak penting lagi
[uuu,tiba2 rs sebak]
aisyah!!!haha..ko bace blog ak kak??kena bg access utk ak ke blog ko jugak!haha..
of koz la..memahami..kamu anak sulung!haha
Post a Comment