sTONE cold?
Saya tahu,ramai yang menggelar saya begitu.PErtama kali mendengar term tersebut diberikan buat individu.Saya hati batukah?Stone?Really?
Biarlah saya mewakili orang2 yang berhati batu ni,untuk memberikan sebab dari perspektif kami on why we have been what u call as stone all this while.
Saya dah melalui banyak episod2 yang membuatkan saya menjadi saya sekarang ini.Dari kecik lagi.Dari sekolah.Tapi tu tak bermakna saya tak punya perasaan.Tak punya hati.Dan tak pernah terasa hati.Kalau betullah wujud seorang yang genuinely STONE,percayalah,orang tu tak normal.
Dari dulu,bila berkawan,saya lah yang menjadi pemujuk,dan kawan2 sayalah yang selalu merajuk.Kadang2,saya tahu,masalah kecil je,tak besar mana pon,tapi sebabkan perempuan,dan selalu sensitif dan cepat sensitif,maka,ia sangat difahami.Tapi,seriously,saya tak faham kenapa tahap sensitiviti seseorang tu sangat tinggi.Sebab perubahan hormonkah?Tapi kalau kecik lagi,masih sekolah rendah ,masih dikira perubahan hormonkah?Atau pun,sebab kekurangan kasih sayang dan perasaan ingin bermanja2 tu agak ekstrem.Saya pon tak faham.Takla nak kata saya ni tak cepat sensitif tapi,come on,nak bersensitif pon mesti la bertempat dan rasional kan?
Mungkin sebab personaliti masing2 ,ada orang berfikir mengikut hati dan perasaan dan kadangkala logik akal prioroti terakhir dalam list untuk membuat pertimbangan.Dan saya,orang yang dikatakan STONE,happen to be the person who think and decide on logic dan rasional.Tapi,saya manusia dan perempuan biasa,of course saya masih menggunakan hati dan perasaan kadang2.
Dan disebabkan saya yang selalu mengalah,dan berusaha lah memujuk,saya jadi penat.Seriously penat.Saya dah tak larat,merasa bersalah atas semua yang mungkin ya dan mungkin tidak salah saya.Saya penat mengharap,ada yang akan memujuk saya,ambil hati saya,tapi that turns out to be harapan tinggal harapan.Dan saya give up.Saya mengalah dan tak mahu lagi berasa sakit hati.Saya dah penat dipermainkan orang,dipergunakan untuk orang lain rapat dengan orang lain,saya penat!!!!!DAn saya fikir,sampai bila saya mahu begini.And then saya decide,ini noktahnya.Cukup.Saya nak berhenti menjadi terlalu care,menjaga hati dan perasaan orang lain,sedangkan tak pernah pon orang jaga hati dan perasaan saya.
DAn,sejak itu,bermulalah episod saya menjadi 'tak kesah'.Dan bukan senang.Tiap2 hari saya akan katakan pada diri sendiri,takpe cah,buat tak kesah je,jgn fikir sgt.Dan akhirnya,sampailah saya jadi benar2 tak kesah,dan sejak itu saya memilih untuk tak berkawan rapat dengan sesiapa supaya saya tidak menjadi attached,dan sayang sangat dengan orang tu.Cukuplah apa yang dah saya lalui.
Dan lama kelamaan,kawan2 saya mengatakan saya tak kesah.Dan tak kesah menjadi sinonim buat saya.Tak pe,icah tak kesah nya.Walaupun hakikatnya saya kesah,saya buat2 tak kesah.Jadi,lama2 saya pon jadi tak kesah.Tapi,saya tahu,menjadi sangat tak kesah sangat memberi kesan buat saya,sehinggakan orang pon tak kesah dengan saya.Sebab diorang rasa,saya mesti tak kesah nya.Dan saya menjadi seorang yang memendam sejak itu.Walaupun saya kisah,tapi,saya letakkan perasaan kisah tu hujung2,dalam2 di satu compartment di hati saya.Saya tahu,bahaya,sebab saya akan meletup bila2 masa.Dan percayalah,saya belum meletup lagi hingga kini dan tak tahu bila.
Tapi,lama2 sejak menjadi kembali rapat dengan seseorang di matrik,saya kurangkan perangai tak kesah saya.Sebab saya sayangkan dia.Tak kira macam mana pon saya nak tak kesah,tapi dengan dia,tak boleh,saya akan jaga hati dia sebaik mungkin,saya pon tak tahu kenapa.Saya nak jaga dia,saya tak suka tengok dia berjalan2 dengan lelaki.Saya tahu dia cantik,dan saya cuma nak protect dia.Tapi,saya tak mahu katakan apa2,sebab saya tak mahu sekat dia,dan tak mahu dia membenci saya.And that is the last thing i want to happen.Saya rasa ada hikmahnya kami tak se'uni'.Sebab kalau tak,sampai sekarang saya akan hanya dengan dia je.Dialah teman saya bergayut,bermesej,berwebcam,main game,dan dialah laling saya.
Tapi saya tahu,dan dia pon tahu,sampai bila kami hanya mahu berdua?Banyak lagi ornag kat duni ni saya nak kenal,dan saya tahu,dia pon macam tu.Tak nafikan,memang kalau tengok fb atau fs gambar dia dengan kawan dia,saya cemburu.Tapi,takpelah,dia ada hidup saya dan saya pon punya hidup saya.Somehow,walau rapat macam mana pon,ada boundaries yang tak patut saya langkaui.PRivasi hidup masing2.
Dan dengan dialah,saya mula belajar,sebenarnya,it's ok to be care,and it's ok to play dumb and being stone.Tapi,kena pandai control,because if i overdo and less doing it,i'll tend to hurt people.They might think i don't give a damn to people's feelings.Ataupun,mereka akan rimas sebab saya terlalu kisah.
Saya masih belajar control perasaan tak kesah.Saya tahu,setahun dalam uni ni pon saya dah banyak sakitkan hati orang for being so tak kesah.PErcayalah,kadang2 saya kisah,tapi,disebabkan nak sedapkan hati sendiri,dan menjaga hati sendiri,saya pon buat2 tak kesah.Sebab saya percaya,tak ada org yang nak jaga hati saya kalau bukan saya sendiri.
HAkikatnya,orang yang digelar STONE itu,bukanlah betul2 stone.Orang ni cuma berlaku adil buat diri sendiri,tapi tak kepada org lain.Biar dia sorang je yang kesah,dan tak mahu menyusahkan orang lain.Cuma,orang ni accidentally hurt others in order to avoid being hurt.Dan kadang2 mereka tak sedar.They don't have the intention to hurt others,they just want to defend themselves.Dan orang seperti kami perlu diberitahu,sebab kadang2,kami memang tak tahu if we did hurt other people!
No comments:
Post a Comment