"Ooh..kasi aku harapan palsu,majuk la,"
Haih,saya memang lemah sikit bila kawan saya merajuk.Sebabkan dah janji nak datang,kena lah datang juga.Lepas je mesej Cik Nisa,cepat2 gerak ke kolej.Mula2 nak naik komuter,memang agak merugikan dan membazir tenaga,tapi,saya lebih selesa.
Tengah jalan kaki ke stesen komuter Segambut,dari jauh,saya nampak 2 orang lelaki di bawah jambatan,agak mencurigakan.Tak semena2 saya terus patah balik.MAmat yang di belakang saya membuat muka pelik.
"Pe pandang2?"Dalam hati berani la cakap cam tu,haih.
Tak mahu mengambil apa2 risiko,saya terus ambil bas rapid KL.Saya bukannya tak nak ambil dari awal,cuma,tak biasa.Takut salah amik bas.
Bila dah dpt kepastian dan tanya akak drebar tu bas ni ke Titiwangsa,saya pon terus bayar rm2.
Tiba di Titiwangsa,alkesah,nak naik teksi.Boleh pulak mamat ni mengambil kesempatan.Nak caj rm2 sorang,sebab kebetulan saya nampak senior saya,saya ajak la naik sama2.Sebabkan nak sampai awal,saya pon turutkan je la kata mamat teksi tadi.
"rm2 pon rm2 la..janji sampai,"
Dalam hati gak menyumpah menyeranah mamat tu,sebab dia sengih2 je,eisy..memang nak kena pukul je rasa.
Sampai di KTSN,terus ke blok F,jumpa diorang.Wah,seronok bangat!!!Bukan senang dpat jumpa time2 cuti ni.Saya rindu gila kat Nisa,Cikin dan CIk Ji.Dan jumpa NAdia sekali lagi.
SAmpai saya terlupa nak makan tengahari.huhu!
So,biasalah,bila da jumpa,memang bising la.Kecoh!
Dalam pukul 5 lebih,mak datang jemput dan saya pulang ke rumah.
Kesimpulannya,saya puas dapat jumpa mereka.Sekarang,diorang on the way ke Terengganu,pergi kursus BTN,huhu.Semoga selamat sampai dan selamat balik guys!


No comments:
Post a Comment