12.00 am
Lampu dah padam.Semua orang dah tido,router wireless dah off,malas nak turun nak on.Makan biskut sekeping sebab perut rasa kosong sangat.
'Tutup semua lampu b4 going to bed,Cah' Emi mengingatkan.
12.15 am
Bermesej sekejap dengan Syaz.Ingatkan nak online nak borak dengan makcik tu,tapi semacam tak bertenaga.Lepas mengucapkan selamat malam,saya terus ke katil.Perut masih terasa seperti lapar.Turun semula,isi air dalam botol buat bekalan sepanjang malam.
2.30 am
Bunyi kereta speed tiba2 di tengah2 malam.Tidur saya dikejutkan.Saya cuba lelapkan mata,baca selawat banyak2.Cuba pejamkan mata,pejam dan lama2 malam kembali kelam.
3.00 am
Terjaga sekali lagi.Perut masih tak selesa.Tak tahu apa masalah,cepat2 saya capai botol air di hujung katil.Sesekali bunyi motor memecahkan kesunyian malam tu.Kepala mula pening.Tapi,saya pujuk juga diri untuk lelapkan mata.
3.30 am
Terjaga lagi lepas mimpi yang agak menakutkan.Tiba2 saya teringat arwah Wan saya,dan sekali lagi saya rasakan perut saya masih tak selesa.Cuba untuk tidur lagi,dan lagi.
4.00am
Saya terjaga lagi,masih bermimpi,tapi tentang orang lain.Tak payah cerita kot.Saya duduk,minum lagi air yang tinggal setinggi jari kelengkeng.Cuba lelapkan mata.Entah kenapa,malam ni payah betul nak tidur.Terasa malam ni sangat panjang.
5.30am
Terjaga lagi.Terdengar sayup2 suara Ustaz Mad,mua'zin surau di kawasan rumah saya.Saya tak tidur.Terus mendengar zikir ustaz tersebut sambil berbaring,Apakah ujian Dia kali ni buat saya?
Saya mencapai botol air saya yang dah hampir kosong dan terus turun ke dapur untuk mengisi semula.Dan saya terus ke bilik di belakang.Berbaring sambil menunggu azan.Lepas je azan Subuh,Abah dan Emi ke surau.Dan saya akhirnya dapat melelapkan mata buat seketika.
6.30 am
Terjaga lagi.Kali ni sebab Abah tengah bersiap2 di dapur.Saya tak larat nak bangun.Kepala agak pening lagi.Saya berbaring dan senyap saja dalam bilik tu sampailah Mak dan Abah ke tempat kerja.
7.00am
Saya tak boleh tidur.Saya terus bangun,makan roti whole meal sekeping,telan pil yang saya ambil dari klinik dan cuba untuk tidur di ruang tamu.Saya on tv,tetap tak boleh tidur.
Kira2 sejam lepas tu,Emi bangun,dan masakkan sarapan.Lepas makan nuget sekeping,saya pon cuba untuk tidur.Akhirnya,saya berjaya lelapkan mata sampailah pukul 11.00pagi.Tapi sampai sekarang perut saya masih seperti malam tadi.Tak selesa.Rasa lapar sangat,tapi tak bertenaga.Masa saya demam Jumaat lepas,saya tak makan 2 hari,(bukan sengaja,tapi tak boleh nak telan).Berat saya susut 4 kg.MEmanglah berita gembira untuk saya tapi saya taknak tutun berat dengan cara begini,tak sihat!
Saya masih tak berselera nak makan.Macam tengahari tadi,saya cuma jamah nasi sikit je,tak larat nak makan,tapi perut saya lapar.Tapi semacam penat.
Saya harap sangat malam ni saya boleh tidur dengan nyenyak,sebab saya masih penat sebab tak cukup tidur malam tadi.Doakan selera makan saya semakin baik,Insya Allah.
7 comments:
susah kan kalo xleh tido..
huhu..
sye sgt2 memahami anda..
tp ape punce ande x boley tido..
adakah smate2 mslh kesihatan..
atau ande ade mslh?
xtahu kenapa..
xde mslah kot..setakat ni..
entahla,
i juz dunno why...
sy selalu xley tdo..
relaxla...ley wat mcm2...
seperti...tgk bola!..haha..
Shaz = Shazreen h03 kah?
[penSIBUK!]
hehe..aisyah..
xla..Syaz tu Syazana Fo3..huhu..
syaz nk msg ak??alamatla..
mungkinkah kerne da tlalu byk tido..
tu slh stu reason yg sgt2 leh dpertimbgkn..
hakhak..
tp skng sye sgt happy..
sbb kul11 je sye da ngantok..
best nye idop..
icah pny prob mcm ibu2 mengandung plak, xley mkn ler, xley tdo ler, minum jek...hehe
Post a Comment