Sunday, August 15, 2010

Ramadhan kali ni.

Bila langkah diatur ke bilik itu, acapkali mata terbayangkan sekujur tubuh sedang berteleku menghadap Ilahi. Saya rindukan wajah tua itu. Saya rindukan kata-katanya. Rindu akan suaranya.

Ramadhan kali ini,
Atuk Wan tiada bersama. Kalau dulu, selepas subuh, saya akan ke bilik atuk, dan berbaring bersama sementara matahari naik. Bertukar-tukar cerita sambil bermanja-manja.
Tapi, kali ni, Atuk dah tak ada. Dan saya tidak lagi ke bilik itu selepas Subuh. Ah, rindu sungguh pada atuk.

Ramadhan kali ini yang pertama tanpa Atuk Wan. Juga bakal menjadi Aidilfitri pertama tanpanya.

Ramadhan kali ini,
Moga bertambah-tambah amalan. Seronok dapat berbuka bersama rakan, solat dan tadarus bersama-sama. Syukur pada Tuhan.
Bahagia bila di rumah, berbuka bersama keluarga. Sekurang-kurangnya, sebelum Emi pergi.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumya, Amin!


No comments: