Friday, August 27, 2010

Surat untuk Hilmi

Ke hadapan Hilmi kucing meow lalalala,

Selepas awak pergi pagi tadi, Icah dah pun rindu kat awak. Oh, bila lagi mahu berjumpa?
Negara Kanada sangat jauh di mata.

Nurul kata, Abah diam seribu bahasa. Mak tak sudah-sudah mengalirkan air mata. Along pulak lain cerita, sangat gembira, mungkin lulus exam viva.

Bak kata Along, dah tak de kuih char koy atas meja masa berbuka.
Siapa lagi nak beli makanan petang-petang kat bazaar Ramadhan.
Ah, tak de orang nak complain2 pasal makanan tak cukup kat rumah lagi.

Seminggu dua ni, mesti mak abah sedih lagi. Takpe, it takes time. Lama-lama, oklah tu. Dulu masa Along dengan Nurul fly pon macam tu jugak kan?

Ingatkan tak nak nangis, walaupun Icah tau mesti confirm menangis punya.
Yela, I've been with u since forever. Dari kecik sampai besar.

Walaupun selalu gaduh-gaduh,
tapi,
awak tetap adik Icah.

and of course,
i love u.always.

Your sis,
Macicah lalalala.

No comments: