Sebagai umat Islam dan kepercayaan yang kita pegang bahawa Allah itu ada, dan hanya kepada Dia kita sembah.
Juga kepercayaan bahawa atas Islam dan kerana Allah lah tujuan kita hidup di dunia.
Kita manusia biasa.
YA, kita lupa.
Atau sering buat-buat lupa. Bila kesenangan, kecantikan dan kemewahan terbentang di depan mata, segala-galanya kita sanggup tolak ke tepi. Kita putar belitkan apa yang kita tahu, supaya kita nampak seperti tak pernah lari dari landasan Islam yang sebenar.
Ya, kita manusia biasa. dan kita bukan bersifat 'maksum'. Tapi, atas sebab sifat manusia yang lemahlah yang membuatkan kita perlu sentiasa ingat pada asal usul kita. Dan tujuan kita hidup di dunia.
And ,back to basic.
Kita manusia. dan kita hamba. Dan kepada Dia kita berserah. Kepada Dia kita memohon.
Supaya hati kita sentiasa dalam iman. Supaya kita merasai nikmat iman. Supaya kita berada dalam golongan beriman. Sebab kita tahu perkara utama ialah Iman.
Iman adalah mutiara.
Kita manusia. Kita lakukan kesilapan. Tapi, itu tak buatkan kita berhak untuk sering terjatuh untuk membuat kesilapan sehingga akhir hayat. Sebaliknya, kita belajar daripada kesilapan. Untuk menjadi manusia berguna.
Bila kebenaran yang terbentang di depan mata, tapi hati tak pernah menerima. Kita tahu, tapi buat-buat lupa. Kita tahu tapi kita tak mahu.
Ya, kita tahu tapi tak mahu. Mata tak pernah menipu, tapi hati selalu berkata yang palsu.
Dan akhirnya, kita keliru.
Tapi, kita tahu, Allah sentiasa ada. Panduan sentiasa ada di mana-mana. Kalau kita takl tahu, kita bertanya. Dan menyediakan diri untuk benar-benar belajar dan menerima kesalahan diri sendiri. Supaya kita tidak mengulangi.
Muhasabah diri.
Kita manusia biasa. Kita tahu asas hidup perlukan pegangan iman yang kukuh. Dan bila kita tahu kita lemah, kita belajar. Supaya kita dapat membaiki kesalahan diri. Dan menerima kesilapan yang kita lakukan .
Hidup ada tujuan. Bukan saja-saja.
Ada sebab kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi. Ada sebab kenapa kita berada di sini.
Ada sebab kenapa kita menjadi begini.
Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Semoga kita memperbaiki segala compang-camping yang terkoyak rabak.
Untuk menjadi hamba yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment