Tuesday, August 31, 2010

Erti merdeka buat diri saya

Merdeka,
bukan setakat bebas daripada cengkaman penjajah, tapi merdeka dari segala sudut. Dari segi pemikiran, budaya dan juga aspek-aspek lain.

Alhamdulillah,
kami tidak hidup dalam ketakutan. Bukan dalam keadaan darurat. Dan kalau nak dibandingkan dengan rakyat Palestin, yang masih dibelenggui dengan musuh zionis walaupun di tanah air sendiri.

Merdeka bukan setakat pameran bunga api pada tanggal 12 malam.
Merdeka bukan setakat laungan merdeka kosong tanpa penghayatan.
Merdeka bukan setakat nyanyian lagu Sudirman setiap Ogos pada setiap tahun.

Tidak, merdeka lebih dari itu.

Supaya kita lebih menghargai kemerdekaan yang dicapai.
Jasa semua yang terlibat dalam memerdekakan tanah air.

Misi kita sebagai anak Malaysia yang lahir selepas kemerdekaan;
memerdekakan diri sendiri.
Yang punya jati diri anak Malaysia.
Lebih maju dan bertamadun, lebih sensitif dan peka terhadap kepentingan semua pihak, dan tiada lagi kepincangan, dan berhenti bertelingkah atas kepentingan diri sendiri mahupun parti politik.



Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53.



No comments: